Berpagian aku bangun pagi semalam (25/09/10). Lebih kurang pukul 8 a.m gitu ar. Agak awal la bagi aku untuk hari minggu.Mana taknya sampaikan bila aku jumpa kawan aku waktu nk pergi mandi pagi tu dia pandang aku semacam je dah tu sambil buat mimik muka pelik. Erkkk..hairan aku bangun awal di hari kemingguan. Hahaha
Ini semua sebab aku join contest la kat pesta konvo tuh. Kalau tak jangan haraplah nak bangun awal. Harap-harap bakal mertua tak baca entry ini lalu tak sanggup nak jadikan aku menantu. Ok sambung cerita asal. Semalam aku dan kawan-kawan seperti berikut (tgk gamba jap agi) join satu contest nama dia Apprentice. Ada sape-sape tak tau ke apprentice tu hape? Aishh...kenal tak Donald Trumph...kalau kenal angkat jari kelingking kawan sebelah ok. Haa..Donald Trumph yang kaya jutawan bagai tu ye, bukan Mc Donald hokey. So, contest tu start pada pukul 10 a.m sebab itulah kami pulun bangun berpagi-pagian.
Sesampainya kami di tapak pesta, terus mara menuju ke booth ADAbi yang tersergam indah. Briefing serba sedikit. Kami diberikan sehelai jersey setiap sorang dan wajib pulak untuk pakai baju tu sepanjang contest berlangsung.
|
waktu ni tengah briefing.
Tugas kami pada hari tersebut adalah memasarkan barangan Adabi seperti Kopi 5 in 1 dan empat perasa cucur. Kumpulan yang dapat keuntungan paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. Ekceli 3 group je yang join, so kalah menang pun dapat hadiah gak. Kami join pun suka-suka je sebab nak dapat sijil. Apa yang best semua peserta akan dapat 2 buah novel sumbangan dari Alaf 21. |
Kami dapat sekaki payung yang besar macam yang selalu nampak kat kedai makan tuh ngan meja dan kerusi. Haruslah kena cari tempat jualan yang strategik. Tapak jualan yang kami pilih memang gila strategik ar. Kat tengah-tengah jalan orang nak masuk kat tempat jual kain. Haruslah makcik-makcik yang ramai masuk situ. Yeah dapat promote cucur habis-habisan.
|
khusyuk betul kawan aku set-up gerai |
|
big boss |
|
inilah gerai kami! |
|
kopi adabi sedap |
|
interframe sekejap (-_-") |
|
aiyooo kenal tak kenal tak?? Ini Dior ok |
|
Shajiry pon ada gak hari tuh. Dorang memang best and sangat sempoi |
Macam-macam cara yang kami lakukan untuk promosi barangan kami. Hasilnya Alhamdulillah laa banyak jugak yang terjual. Tiba masa untuk pulang dan kemas barang sebab dah tak larat nak diri lama-lama kat situ. Apa yang paling best kami kena balik jalan kaki. Sedih wey. Takde la jalan kaki sampai ke blok kami yang nun jauh disana KDSE. Ibarat utara selatan tau kolej kami dengan tapak pesta. Kalau korang budak UTM korang tahulah camner. Kami sempat tumpang bas budak nak pergi open house. Tu pun sekerat jalan je nasib baik aku ada sorang kawan yang tak tau malu. Hahahaha. Kenapa aku cakap camtu? Sebab dengan selamber badaknya aje dia tahan kereta sorang mamat nih mintak tolong hantarkan. Nasib baik mamat nih berenti dan tumpangkan kitorang. Memang baik hatilah lu mamat.
|
jom jalan ngan kami |
|
yok jalan jalan |
Maka berakhirlah kisah kami pada hari itu. Esoknya pula penentuan juara, naib juara dan turun juara...eh2 tempat ketiga. Aku paling tak sangka yang grup kami boleh dapat naib juara a.k.a tempat kedua. ahakss. Best la jugak dapat hamper barangan Adabi, goodie bag yang dalam tuh ada novel 2 biji sorang u olss, dapat medal and ofkos la sijil.Oh lupa, dapat duit juga RM 50. Gambar hamper tak sempat nak amik sebab kami sibuk nak pelerai satu-satu barang dalam tu. Bila dah buka semua baru lah one of us cakap ''Eh, tak amik gambar dulu ke korang?" Takkan kitorang nak susun cantik-cantik balik kan...Korang imagine sendiri lah ye camner rupa hamper tuh. Ada maggie, ada perencah nasi goreng, ada garam, ada cucur. Aaaah tensen kami, wut the H?? Mane kami nak masak semua tu, kat kolej tak leh masak la ADABI. Bagilah kopi yang 5 in 1 tu ke. Haha gila tak bersyukur betul. Kami sepakat lah nak bagi-bagikan perencah and whatsoever tuh kat makcik-makcik yang berniaga kat gerai berdekatan. Sedekah amalan mulia. Apa kami buat dengan duit RM 50 tu ye? Haruslah call teksi pergi Jusco Taman Universiti dan melantak Pizza Hut sampai kenyang......
|
first medal aku pernah dapat selama keberadaan di UTM selama 3 tahun
~THE END~ |
p/s: entry nih dah lama aku simpan kat peti draft. So, jangan soal pasal tarikhnya ye!
No comments:
Post a Comment