Scene 1
"eh Fin, jom call McD nak?" cakap kat rumet.
"nak nak. aku lapar" dengan penuh enthusiastism atau pun dalam bahasa kelatenya (bersungguh) rumet menjawab.
Scene 2
tok tok tok..."salam kak Te'ah ada nombor mcD delivery tak?"
"hah..ye ada. nak order mcD ke? nih amik no. ni"
"thanks kak Te'ah". sambil tekan-tekan keypad henfonku.
Scene 3
"Hello, saya bla bla bla....boleh buat pesanan satu set happy meal beef burger dan satu set fillet-O-fish"
"okay. pesanan diterima. sila tunggu sementara penghantaran dibuat ya cik"
"ok". klik. talian diputuskan.
jam menunjukkan pukul 10.25 malam.
15 minit kemudian
.
.
.
.
takde tanda-tanda servis penghantaran sampai
30 minit kemudian
.
.
.
.
ponnnn takde jugak. aku dah mula gelisah. LAPAR. takpe, maybe sebab hujan kot. despatch takut beger dia masuk air kot. Optimis sikit.
1.30 jam kemudian
.
.
.
.
haih tak sampai lagi. ni dah lebih ni. dah laa first time aku order kot delivery. call balik mcD lah
" err hello boleh tanya tak, saya ada buat pesanan dah dekat dua jam tapi pesanan masih tak sampai lagi. macam mana ye" berbudi bahasa lagi tuh. padahal dah geram gilerr
"oh ye cik. no. order cik bla bla bla tu ke? maaf ye kerana terlambat, saya akan hubungi store berhampiran sekarang juga" apsal la pompuan yang angkat. kalau laki dah boleh ngorat kan. hahaha
"ok..tq". lega sikit. aku ingat pesanan tak konfem ke hape
2 jam kemudian
.
.
.
"tet..tet..tet" bunyi mesej
"McDonald arrive at w3"
hah sampai pun kau. dah nak majuk dah ni. haduiiii memang macam ni ke lewatnya kalau guna servis delivery nih. kalau tau lah aku dah ajak member aku pergi buat drive thru. Kalau yang memang tengah lapar gile dah tinggal arwah agaknya. eh melampau pulak sampai tinggal arwah. hehe
okay baru habis melantak. dah kenyang dah. time to sleep. eh silap time to continue my works.
kesian kat my rumet coz dia tengah loya-loya sebab perut masuk angin.
-Bye-
No comments:
Post a Comment