Nuffnang

Friday, October 15, 2010

(B.I.G) apa itu B.I.G? Bina Insan Guru lah


(ayat pertama bermain difikiran)

"Gurukah aku?"

"Tak. Kau bakal guru"

"Boleh ke aku jadi guru"

"Kau mesti boleh"

"Yes, pasti boleh dan yakin boleh"

dengan bangganya

"I am the future sophisticated teacher"

keterujaan melampau

sudah. full stop


hah tu dia...belajar dah nak habis. Latihan mengajar pun dah. Tunggu nak grad je sekarang lepas tu dah boleh mulakan tugas sebagai pendidik. Lepas ke tak belum tentu lagi. Jangan ingat nak jadi cikgu sekarang senang-senang je. Ramai yang beranggapan "Oooh belajar amik pendidikan untunglah kau keluar je dah dapat kerja". Eh pelisss kami pun belum tentu dapat kerja lagi ok. Bila keluar je nanti kena buat ujian personaliti, interview, interview dan interview lagi sebelum dapat tittle 'PEGAWAI PENDIDIK SISWAZAH'. Perasan tak banyak kali aku state perkataan interview tu? memang itu lah lumrahnya nak jadi cikgu. Bukan senang ok.

Dah tu apa kena mengena pulak ngan B.I.G ni ek. hmm program B.I.G ni kat mana-mana IPTA pun ada. Cuma bezanya maybe pada nama. Kalau kat UTM ni macam itulah gamaknya. B.I.G dorang panggil. Bina Insan Guru. Program yang menyebabkan aku tak leh keluar lepak dan shopping pada weekend hari untuk dua minggu berturut-turut. 

Weekend pertama hari pertama, aku kena attend ceramah pasal olahraga. Segala bagai lah kena amik tahu. Fungsi pengadil olahraga, fungsi bendera putih dan whatsoever tak larat nak cakap. Hadui..penat!. Hari kedua pun sama, ceramah lagi. Nah masuk hari ketiga habis cramp segala tulang temulang aku. Siapa suruh tak mau aktif kan. Sekali kena bersukan dua hari jalan macam robot. Otot-otot kaki dan tangan aku mengalami kejutan yang amat sangat. Ye lah mana tak nye. Cuba bayangkan dalam satu hari kena belajar empat jenis permainan. Mula-mula pagi tu kena main bola baling. Nasib baik waktu KoQ hari tu aku amik subjek bola baling dan sempat dapat sijil kejurulatihan lagi tu. Hamboiii... nak jugak promote. Tehee! Lepas tu pergi main bola tampar pulak. Perhatian!! coach handsome ok. Semangat jer main. Haha. Then rest kejap untuk solat dan makan tengahari.

Sambung balik dengan belajar main lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera. Coach handsome lagi!! semangat. Ini pun aku bulih handle sebab masa darjah enam dah pernah wakil sekolah untuk lontar peluru. Darjah enam ok! Nampak sangat waktu darjah enam dah berbadan sasa. No wonder! Last game untuk hari itu acara larian berganti empat kali seratus. Aku dah surrender cakap siap-siap kat coach tak mau lari nak jadi pengadil pegang bendera je dengan alasan kaki aku injured. It's true ok. Injured setahun yang lepas waktu praktis bola baling so, sampai sekarang kalau lompat-lompat atau lari berlebihan sakit akan terasa. Kesian dah tak boleh nak aktif sangat. Hmmm...Maka habislah B.I.G bahagian pertama. Untuk pengetahun semua, bukan cikgu sains sukan atau pendidikan jasmani je kena belajar pasal sukan ye. Ustazah, cikgu kimia, cikgu math pun kena jugak. Barulah mantop! Bosan ek aku bebel. Sorry time ni takde gambar.

Masuk weekend minggu kedua. B.I.G bahagian kedua. Kena camping babe. Dah lama giler kot tak gi camping. Paling last pun time tingkatan lima. Itu Kem Bina Insan. Kira lebih kuranglah kan. Ada juga persamaan. Sama-sama ada perkataan Bina dan Insan. hehe. Nak tahu tak kat mana kitorang punye camp site? Ahah..tak sampai lima minit jaraknya dari kolej aku. Save budget sungguh UTM ni kan. Tak merasalah kitorang gi camp kat luar. Tapi apa-apa pun camp tu sangat best. Haruslah sebab dapat camp comander yang sangat best. Fasilitator pun semua best. Jom layan gambar ! Penat dah wat senaman jari.


sila klik pada gamba untuk tumbesaran tulang temulang

Day 1
aktiviti
-pasang khemah
-masak untuk makan malam
-night walk


Day 2
aktiviti
-orientering
-kayak
-malam kebudayaan


Day 3
aktiviti
-explorace
-majlis penutup



maka itulah aktiviti gue selama tiga hari. enjoice u olsss

my happening group members





2 comments:

nAdiEy said...

eh, ada...mu LM dh ko?

Adahunny said...

yup..lamo doh..setahun yang lepas..huhu