Nuffnang

Friday, October 15, 2010

Tips untuk hilangkan lenguh pada kaki


Nak tips ke tak nak nih? Tak nak? Tak kira. Nak bagi jugak.

Lu pernah tak rasa lenguh pada kaki? Kalau lu kata tak pernah bawaklah bertobat sebab gua tau lu tipu. Gua selalu je rasa lenguh kat kaki, to be exact kat tapak kaki. Ahh...tak kisahlah asal namanya kaki kan. Selalunya bila kuar window shopping lama-lama. Waktu balik B.I.G hari tu pun lenguh gak. Time uh memang rasa sangat. So, apa gua buat? gua godek la internet cari petua. Nih antara yang gua jumpa.


1. Rendam kaki lu dalam air suam. Kalau nak kasi best lagi lu letaklah garam sikit. Rendam selama 15 minit je. Disamping boleh hilangkan lenguh-lenguh kat kaki lu, fungsi garam tu jugak untuk bersihkan kaki lu. (Gua buat yang nih)

2. Urut kaki lu. Haha typical kan. Tapi siyes, lu akan rasa lega. Lebih-lebih lagi urut guna scrub. Lagi best suruh kawan lu urutkan. 

3. Lu pakai timun atau limau. Lu just golek-golekkan je buah tadi tu kat kaki lu.

4. Lu kena tidur dalam keadaan meniarap. Esok bangun konfem hilang lenguh tu. Bila lu tidur ikut posisi uh darah lu akan jalan lancar.

5. Ni tip yang paling berkesan. Lu amik sebiji limau nipis. Lu potong dua. Sebelah lu perah dalam mata belah kiri, sebelah lagi belah kanan. Cara ni konfem jadi sebab lu dah tak fikir dah pasal kaki lu yang lenguh tuh. Pedih dalam mata lu mengatasi segala sakit yang lain. 




itu aje yang gua jumpa. Nanti kalau jumpa banyak lagi gua update lain.


3 comments:

sonnet™ said...

no 5 tu ko penah try x adah? :P

Princess Fiona said...

haha nak jugak try kalo dah memang sakit giler..meh kita try bersama.huhuhu

Hairunissa Jopri said...

Tq admin sharing y cukup best.blh cb ni..Jom ke blog sy utk sdkt perkongsian utk atasinya..

http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/ostematrix-bukan-sekadar-kaslium.html?m=1

Nissa
0193584312