Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

Dui bu Qi ! 对不起 !




Dui bu qi !
Maaf dalam bahasa melayu kita
Oh! itu bahasa mandarin ye kalau ada sesiapa tak tahu. Tak percaya sila buka new tab atau tekan 'control T' pastu type google translate sekarang. Sekarang ye !




Dah. Dapat kan? tu lah...tak tipu punya. Maaf memang mudah sangat diucapkan tapi sangat sukar untuk memaafkan? Mengapakah begitu? Sebab dah memang asas perempuan mempunyai hati yang sangat fragile, sangat sensitif. Sekali terasa panjang pula rajuknya. Dan oleh kerana sifat asas hati perempuan ni fragile jugalah, marahnya pasti tak lama sangat. Tiba masa pasti akan memaafkan jugak. Macam enjin kereta yang panas lama kelamaan sure akan sejuk juga. Cuma kena sabar sikit je. 




Tiba tiba...di malam yang hening ini (ceit ko ingat ko tulis novel ye?)

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada pengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir sedang berkumandang. 
Layan lu ah!




Nak lirik penuh sila GOOGLE le sendiri malas betul ampa nih!

Dan tibatiba juga riak takbur mode :: saya pandai cakap mandarin ::


我的名字Adahunny。我二十二年。我来自吉兰丹州。现在我就读的UTM。我喜欢所有的游客,我的博客读者。我的爱好是喜欢写博客。我的志向是成为一名教师。我有一个男朋友。我很喜欢他。

Wǒ de míngzì Adahunny. Wǒ èr shí èr nián. Wǒ lái zì jí lán dān zhōu. Xiànzài wǒ jiùdú de UTM. Wǒ xǐhuan suǒyǒu de yóukè, wǒ de bókè dúzhě. Wǒ de àihào shì xǐhuan xiě bókè. Wǒ de zhìxiàng shì chéngwéi yī míng jiàoshī. Wǒ yǒu yīgè nán péngyǒu. Wǒ hěn xǐhuan tā.



cop mohor rasmi

Sunday, November 28, 2010

Puaskah kau sakiti aku?




Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah Sayangku?



Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku



Mungkin hanya bila ku mati
Kau 'kan berhenti' tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini...



Puaskah-Wali Band

Saturday, November 27, 2010

Syok oh lagu ni- terbaikkk- two thumbs up!




Bagaikan Bidadari-Tomok





(intro)
Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama



(korus)
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi




(ulang intro & korus)
Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga



(ulang korus)
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku

jom ah layan bideokelip dia



Hot Tips for your LIPS



Full Bodied Lips

- Skip the lip pencil. If that is sacrilegious, then soften the outline   with your finger.
- Go matte instead of gloss or shine.
- Choose deeper, muted colours like purples, browns and bronzes to soften the fullness.




Thin Lips

Draw a neutral-coloured pencil slightly beyond the lip.  Then apply lipstick. Your lipstick will catch onto the liner to give an illusion of fuler lips.
- Apply lip gloss to the middle of the bottom lip to make it pop and appear fuller.
- Wear lighter, brighter shades,


Bottom Heavy Lips

- Use a lip pencil of the same shades as your lips.
- Then use a brown lip pencil to draw a second line in the middle of  the   upper lip.
- Apply lipstick. The brown will blend in and your upper lip will look fuller












Let's give a try!!!!

Don't despair and never loose hope





Everytime you feel like you cannot go on. You feel so lost that your so alone. All you is see is night and darkness all around. You feel so helpless you can’t see which way to go. Don’t despair and never loose hope. Cause Allah is always by your side
Insha Allah 


You’ll find your way. Everytime you commit one more mistake you feel you can’t repent. And that its way too late. Your’re so confused, wrong decisions you have made haunt your mind and your heart is full of shame. Don’t despair and never loose hope. Cause Allah is always by your side
Insha Allah 



You’ll find your way. Turn to Allah He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray

OOO Ya Allah


Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah by Maher Zain


Datang bulan

bila datang bulan
semua perkara yang kita buat semua rasa tak kena
itu belum lagi kalau orang lain buat salah
senang je nak melenting kat orang tu kan
lagilagi kalau ada boipren
sepatutnya boipren ni kena take note la bila gepren dia datang bulan
bukan apa at least kalau gepren dia tetiba je marah tak tentu pasal
or marah sebab perkaraperkara kecil yang tidak sepatutnya
dia boleh consider la ngan apa yang si gepren dia tu cakap
maklumlah time tu memang la si gepren nih dah naik hangin satu badan kan
emm datang bulan yek?
agakagak ada tak orang yang datang bulan tapi still cool relax je
takde rasa nak hangin langsung
ade tak ade tak?



Thursday, November 25, 2010

Kebetulan yang bukan kebetulan

Baru je bercakap cakap pasal kebetulan bukan kebetulan with the buddiez tadi. Paham tak ngan phrase kebetulan yang bukan kebetulan  ni sedara? Pernah tak dengar kalau mata kiri anda bergerakgerak dengan sendiri orang cakap ada benda buruk bakal jadi. Katakan mata anda bergerakgerak sendiri then lepas tu anda jatuh longkang and anda pun cakap "patutlah mata kiri aku gerakgerak tak berenti dari tadi nak jatuh longkang rupanya". Anda sebenarnya dah menuju ke arah syirik sebab percaya anda jatu longkang sebab mata anda bergerakgerak walhal sudah memang ketentuan yang tertulis di Loh Mahfuz lagi anda akan jatuh longkang pada waktu dan ketika tersebut. Itu lah yang dipanggil kebetulan yang bukan kebetulan. 





Ada lagi, waktu sekolah dulu majalah Remaja tersangatlah femes kan. Sebab apa? sebab kat belakang tu ada zodiak. Beli je Remaja terus selak kat bahagian zodiak then baca pernyataan tentang nasib masing-masing kat zodiak tu. Kalau ada admire kat someone tak lupa untuk baca zodiak budak yang di admired tu. Pastu siap cakap "eh match la aku ngan dia". "eh betul laa zodiak ni sama macam kejadian yang berlaku pada aku". Amik kau nah ngucap balik. Itu syirik namanya, mana boleh nak predictpredict apa yang bakal berlaku kat diri kita melalui zodiak tu. Semua tu kan kerja Tuhan. Memang la kadangkadang tu apa yang tertulis tu kena ngan diri kita tapi seperti yang aku cakapkan tadi la tu semua adalah kebetulan yang bukan kebetulan. 





Tadi pergi ngeteh ngan buddies gelak bagai nak rak mendengar cerita-cerita lawak mereka. Sumpah gelak macham nak pecah perut. Pipi pun rasa lenguh gila sebab asyik duk gelak aje sampai orang lain pun pandang kami semacham dua macham ajer. Lantak ah ada kami kisah? Janji hepi...hehe. Nak dijadikan cerita, aku pulak yang sedang mengalami kebetulan yang bukan kebetulan sekarang ni. Orang tuatua cakap kalau gembira@gelak@galok terlebih tandanya lepas tu mau nangess. Itu orang tuatua cakap aku tak percaya. Tapi iyalah memang kebetulan yang bukan kebetulan betul lah sebab sekarang aku memang macham mau nangess. Mood aku tetiba down disebabkan kenyataan yang aku anggap aku tak dapat nak terima. Ok fine taknak cerita kat sini. Tapi itu je aku boleh cakap aku sangat sedih sekarang. 





moral of da story: sampai hati awak buat saya!!! saya percayakan awak tahu tak???

Wednesday, November 24, 2010

Luahan hati seorang manusia bergelar pelajar


Lama betul rasanya i tak bermanja kat blog nih. Hari ni i nak manja puas puas. Nak story pasal final exam yang macham hareemmm + hampeh + spoil dan sama waktu denganya. Harap maklum. Pada awal sem hari tu bukan main lagi berazam nak study betul betul untuk sem ni. Kononnya nak kejar CPGA dean list sebab dah tak sempat nak kejar first class. Kalau CGPA dean list tu sempat la sikit sikit walaupun semput. *KONON*Sekarang dah semester ke enam dan ada lagi dua semester untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian di UTM, United Kingdom (Eh gila kau tahulah jeles tak dapat pergi oversea) hahaha..apa apa ajalah.






Harapan pada awal semester;

* tak nak tuang kelas 
berjaya lah konsisten untuk sebulan pertama. Masuk aje bulan kedua dan seterusnya faham-faham ajalah labuuuu. Bila dah sekali buat onar nak buat lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kelas yang paling banyak tuang semester ini haruslah kelas Kimia Fizik. tak minat oh fizik. selama lebih kurang 14 minggu tu hanya beberapa kali je berjaya menghadirkan diri ke kelas walaupun lecturer tu suka buat kuiz secara tiba-tiba. Dua kuiz dah burn. hehe still cool babe! hotakkk kau...jangan fail sudah. carry mark dah pun keluar untuk subjek tuh and Alhamdulillah dapatlah goodgood. Walaubagaimanapun, kelas Oral English langsung tak pernah tuang sebab setiap minggu sentiasa ada task baru. huhu bangga dengan pencapaian tak pernah ponteng kelas untuk satu subjek.





*nak terus buat ulangkaji lepas balik kelas
konon tak nak bagi study banyak banyak time final. sudahnya macam tu lah jugak gayanya. macam mana nak ulangkaji dah kelas pun asyik tuang. Rasanya semester ni mengadap notes time ke kelas je kalau kat bilik atas inisiatif sendiri nak buka notes dan setadi. JANGAN HAARAP. Sudahnya buka lappy dan buka mukabuku ataupun paling tidak pergi jalan jalan kat blog sebelah menyebelah. layan gosip artis dari siang sampai malam. apa kau ingat kau wartawan?



sekadar hiasan semata mata tiada kena mengena langsung dengan empunya blog ini. hehe




So, sekarang tengah final exam. Paper pertama, kedua dan ketiga tak dapat nak perform dengan baik. Tapi paper keempat goodgood lah. Alhamdulillah. Lusa paper kimia fizik. Yeaay tak tahu satu benda pun. Ini ke student? confused! Lepas tu paper kimia koordinat. subjek yang paling diminati. semoga sempat untuk study dan jawab dengan baik (see, baru nak study). Last but not least paper sociology. Harap En. Jamal baik hati bagi soalan yang senang senang aje tau. 

Rumusan cerita hari ini: Kau jangan nak perasaan nak kejar dean list. hahahaha *mental disoder*

Semangat yang hilang

urgh...aku tak mampu nak handle stress yang melanda

kalaulah...
aku seorang student yang istiqamah
kan bagus

kalaulah...
aku seorang yang rajin
kan lagi bagus

kalaulah...
aku suka pergi kelas walaupun satu haram pun tak paham apa yang diajar
kan bagus juga

kalaulah...
aku selalu berbuat kebaikan
bagus juga tu

kalaulah...
aku pandai jaga hati agar tak tercemar
paling bagus!

kalaulah...
aku boleh jawab final exam dengan baik
sukanya hati

kalaulah...
aku pergi study sekarang sebab esok ada paper
pun satu idea yang baik. daa~chow

-adios amigos-

Wednesday, November 17, 2010

Lembu, Korban dan dot dot dot!


"hai nama saya cik mbuu buu..esok saya akan jadi lauk"

alololooooo....kecian kat cik mbuu buu kita esok dia dah nak kena 'cut throat'.  Selamat menjadi lauk lah ye. hihihi... Whatever pon aku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. SELAMAT MENJAMU SELERA. 

WhAteVEr: Kepada si 'heartbreaker': thanks sebab berjaya broke my heart.

Monday, November 15, 2010

KAHWIN


It's been a while.....yeah miss you too!

kali nih aku nak cerita pasal kahwin. best oh kalau dapat kahwin awal. ishh gatal nye. meh garu meh. hehe
Negeri aku tercinta ada buat satu program KAHWIN PERDANA untuk 100 pasangan yang layak. bestnya rasa macam nak pergi daftar je. cerita ni dah lapuk sebab dah dua tiga hari lepas kot tapi aku nak post juga. meh baca jom


KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan 
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November 

WhAteVEr: baru je baca sinar harian dalam tu cakap masih ada tempat lagi. so, sesiapa yang berminat boleh la gi daftar sekarang....ingat tak entry lama aku? klik link nih. ok bye! kahwin pree ni bai...syok oh!

Tuesday, November 09, 2010

Kompilasi tips untuk perut KEMPIS menawan!



urghhh perut moncett. mencikkk!

1. Perut muncit sebab makan tak sikit
so, apa nak buat? jom kita review tips dari blog kevinzahri.com. Bagi sesiapa yang malas nak terbang ke blog dia boleh baca kat sini je. 


  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melakukan beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sesi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
2. Petua bagi yang malas nak buat senaman bagai.

Petua 1
Kamu bancuh segelas teh tanpa gula then, perahkan sebiji limau nipis. Minum. Konfemmm tercirit lepas tuh. hahaha serius weh. Buat la hari hari kempis la perut tu.
*sesiapa yang ada gastrik harap jangan tiru langkah ini


Petua 2

Kamu amik sedikit kapur makan dan perahan jus limau purut. Then, gaul kedua dua bahan hingga sebati. Sapukan campuran bahan tersebut pada perut kamu setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia kering pagi esok baru basuh.

Petua 3
Kamu beli losyen Secret Garden untuk bakar lemak tu. Sapu kat perut dua kali sehari tiap tiap hari. InsyaAllah berkesan hendaknya. Secret Garden tau jangan beli yang Dunia Herbs atau Yusmira Trading. Bukan kata tak jadi, tapi lambat kesannya berbanding Secret Garden. Mengikut pengalaman kawan dan diri sendiri. Tapi jangan jadi macam aku dua tiga hari je maintain sapu. Lepas tu dah tak amalkan. Hampas kelapa betul. 

3. Cara lagi mudah

Kamu pakai je korset. Kan berlambak di pasaran. Pakai selalu insyaAllah jadi.


Amalkan la kalau nak pewoot yang macam nih

sexxayy...lalalalala~

perghhhhhhh!
Mudah je sebenarnya kan...mau tak mau aje masalah nye. Bak kata pepatah..jeng jeng jeng...

"uhuk uhuk uhuk...hendak seribu daya, taknak seribu dalih"


WhAteVEr:teringat pulak gaya cikgu bahasa Inggeris(Sir Muhamad) aku cakap pepatah ni waktu aku darjah lima. Beliau selalu cakap pepatah ni kalau ada budak yang tak siap homework yang dia bagi. *sambil cubit pewoot ooo* sakit. Aku pernah rasa gak. hehe


AURA


Pernah dengar tak perkataan AURA?
pekebebal sangat aku tanya soalan. mesti ah semua orang tahu kan..ishhh
ke ada jugak yang tak tahu? haa meh aku terangkan apa itu AURA
bila aku google image aura keluar benda nih



banyak lagi gambar. sila google sekarang!

Alright, AURA ni sejenis kueh yang dimakan bersama cucur udang dan air kopi. Pelik? aku lagi pelik sebab tak tahu apa yang aku duk merapu nih. haha don't take it serious! gurau je babe.
Hmmm...Aura...aura...aura apa eh? selalunya bila sebut aura ada je orang yang kaitkan benda alah ni dengan paranormal. Apa kaitannya pon aku tak tahu. Kalau nak tahu apa itu aura dengan lebih lanjut sila godek sini. Malas nak story panjang panjang kat sini sebab aku nak cakap pasal aura lain.

Selalu aku dengar kawan kawan cakap ''eh tengok dia tu, dia tu ada aura tau sebab walaupun tak cantik tapi ramai suka dia, ramai orang suka kawan ngan dia''. Get it? haa aura ni lah yang aku nak story kat hangpa semua. Biasanya, orang yang cantik atau hensem la ada aura. Aikss aura ni  boleh nampak ek? aku pun tak tahu. Tapi aku boleh rasa orang yang ada aura ni. hohoho bajet macam magician la pulak kan. But really, I just know. Tak tahu lah gifted kot. Contohnya aku ada seorang kawan, dia ada aura yang tersendiri yang buat ramai lelaki suka kat dia. Ramai la yang dah aku jumpa. Kalau kat fesbuk tuh ada la dua tiga orang yang ada aura. Bila dia update je status ramai je yang nak komen setiap status dia. I means setiap apa yang dia buat pasti akan menarik perhatian orang dan orang suka untuk bagi perhatian kat dia. Faham tak? sebab aku dah rasa macham terbelit belit je ayat uh. haha

Contoh lagi, HANIS ZALIKHA. Semua kenal kan? bagi aku dia pun ada aura tersendiri yang akan buat orang suka kat dia at the first sight. I mean sekali je baca blog dia terus suka untuk follow. Macham aku lah. Sekali je baca blog dia terus suka dan follow dia punya update. Selain itu, cehh macam nak wat karangan la pulops. Aku nak amik contoh watak Chinta dalam drama Chinta yang tengah hot hot heat macam  fried banana tuh. erkk  fried banana? Chinta aka Fasha Sandha sememangnya seorang yang sangat gorgeous kan. (well aku suka dia. sapa tak suka sorry la) Ok, dalam drama tu aku nampak dia ada aura tersendiri plus dengan pakej cantik yang dimilikinya dia mampu buat semua orang gila pada dia. Ye lah walaupun semua orang tahu dia tu *kupu kupu malam* tapi ramai yang gilakan dia sampai sanggup bunuh bunuh orang, gaduh anak beranak and macham macham lagi lah. Kuat betul aura dia kan. 

Well, kamu rasa kamu ada aura tak? Apa yang buat kamu rasa yang kamu ada aura. Aku rasa aku ada...AURA POWER RANGERS. chopp aku power rangers kunin. hehe Chill!


Cool tak cool tak? weh kawan kawanku sekalian sila jangan marah....hihihi



WhAteVEr : first paper exam tadi membunuhku...need to struggle for the next paper. tak mo main main dah. sumpah!


Sunday, November 07, 2010

I just don't know why

I just don't know why
I hate everytime I see my blog
I am not into PINK

Arghh...do I need to change again?
but how i want it to be
is there something more interesting 
where  to find huh
maybe this is the last time i will renovate
hehe promise!

Lawatan sambil belajar ke Old Trafford, Manchester, United Kingdom, London


Baru-baru ini UTM anjurkan satu lawatan sambil belajar ke Stadium Old Trafford, Manchester.
hohoho...sangat best la sebab kebetulan waktu aku pergi melawat tu Beckham ngah wat latihan. hahaha berangan. tapi betul oke aku pergi sane tak caya sila tengok gambar ni.


macham real tak..siap ade snow lagi tuh haha

sekarang pecaya ke tak? 
hahaha aku memang betul betul takde kerja
gila. exam esok lusa je
aku tipoo jer larh..haha budak darjah satu pun pandai tengok gambar tu edit kan?
well...saje je sebab dari petang tadi duk pikir nak update ape sebab takde bahan
sekali teringat aku baru edit gambar ni untuk letak kat profil picture fesbuk aku
poyo kah?? bek lu takyah pikir. buek abehkan bogheh ajooo..

till then...jumpa lagi dalam rancangannnnnn JOE JAMBUL!!
sumpah rancangan fevret aku waktu darjah empat
hihi dah dah aku dah start merapu nih baik aku undurkan diri sekarang. BYE!

Thursday, November 04, 2010

rasa macam nak gelak kat diri sendiri...sadis betoi


huhahuhahuhahuhahuha

 terasa nak gelakkan diri sendiri lah wey

i am supposed to be on the train  right now. headed back to my kecintaan place. mana lagi kalau bukan UTM kan. tapi what can i do "takdir yang menentukan perpisahan yang tak disangka, takdir jua yang...." dah dah dah..toksah duk nyanyi nyanyi lagi dah. takdir yang menentukan perjalanan balik ke UTM terpaksa ditunda ke malam karang. ahahhh kenapa???

ni la nak cerita. mari dekat mari dekat mari dengar ini cerita. tak tau nak masuk dalam kategori lawak ke sadis ke hape. lu pikirla sendiri. tersebutlah tarikh bertolak yang tercatat kat tiket train itu pada 3 November 2010 jam 8.47 p.m. okeh dah siap-siap dah ni. saya dah ready nak balik UTM. wah semangat giler kot. nak dijadikan cerita my mum and my dad tersangatlah busy pada tarikh tersebut. jam 6.30 petang bertolak dari Bachok (kampungku yang aman damai dan indah lagi permai) ke Pasir Pekan (kampungku yang juga sepertimana disebutkan tadi). jam 7.15 tiba di Pasir Pekan. my mum and dad tinggalkan i kat sini and suruh my couz je yang hantarkan pergi train station yang terletak di Wakaf Bharu (kampung my kecintaan-wink2x)..berapa banyak description pasal kampung daaa. alright, then punggah la all my things masuk kereta my couz. my mum and dad pun balik semula ke Bachok sebab ada urusan pukul 9.00 p.m. See... busy betul mereka kan. biasanya tidak pernah tidak dapat tmenghantar i.  i siap boleh makan nasi kerabu lagi sementara menunggu semua bersiap nak hantar i ke train station.

tepat pukul 8.15 p.m waktu Malaysia my couz and i bertolak pergi ke train station. my kesayangan give me a ring tells that he's already at the waiting place. i pun cepat-cepat pergi kat tempat dia. then, tetiba terasa nak pergi beli air hundred plus pulak. maklum lah kat atas train air mahal giler. air mineral pun RM2.00. jeng jeng jeng...cari-cari purse nak bayar air. TAKDE. cari lagi. pun TAKDE. tetiba je ter'flashback' balik macam nampak-nampak je purse i ada kat seat belakang dalam kereta my dad. Ahhhh tidakkkkkk! time tu dah tak tau nak buat apa. nak call my dad suh hantar balik purse..impossible babe. lagi 5 minit train nak tiba. my dad pula dah entah sampai mana dah kan. emm..memang confirm tak leh naik train sebab tiket ada dalam purse tu. apa-apa pun kena call jugak my dad walaupun dah decide untuk beli tiket baru untuk esok. dah call. nasib baik tak kena bla bla bla bla bla (korang paham la kan?). nasib baik juga bila tiket untuk perjalanan malam karang masih ada. thanks to my kessayangan lah susah-susah pula u kena belikan tiket baru.

sebab tu lah boleh update blog ni. ada gak hikmahnya kan. hehe

hope malam karang purse tak tertinggal lagi