Nuffnang

Monday, October 24, 2011

Kau KENCING aku kau ingat kau boleh lari?

Aku memang degil. Tak caya tanyalah sesiapa je yang rapat dengan aku. Kalau dah aku kata nak...aku akan dapatkan benda tu on the spot. Tak fikir panjang walaupun macam-macam nasihat daripada kawan sekeliling. Aku selalu beli dan jual barang melalui atas talian ataupun melalui online orang putih kata. cehh. Jadi, aku ni mudah percaya kat oranglah. Dan nasib baik kot sepanjang menjalankan jual beli melalui online aku tak pernah sekali pun kena 'cong'. Cong tu tipulah kalau dalam bahasa bakunya.

Jadi nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu aku ditawarkan barang baikkkk punya pada harga yang murah oleh kawan aku sendiri. Kawan sekampung yang merangkap kawan satu kelas dari darjah satu sampai darjah enam. Kira aku kenallah siapa family dia, siapa kawan baik dia dan siapa orang sekeliling dia. Jadi, aku pun percaya dan yakinlah untuk berurusan dengan dia. Dengan harapan dia takkan cong aku punya, dan kalau dia cong aku sekalipun aku boleh cari dia. Mamat ni kerja kastam kat Perak, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kononnya mamat kaki cong ni dapat ejas barang murah yang lepas daripada kena bayar permit. Apa benda hot yang dia tawarkan pada aku tu?


Ini dia benda alahnya.

 Blackberry Torch 9810
Harga pasaran RM 1988
dia nak bagi aku RM800
 *jawbreaking*

Aku dengar je harga macam tuh terus gelabah excited giler satu badan. Terus rasa blackberry bold 9700 aku tu tak best. Rasa macam cepat-cepat je nak pindah milik. Kalau korang semua masih ingatlah..aku ada nak jual blackberry bold 9700 aku hari tu kan? Haa pasal inilah sebenarnya. Seingat aku hari tu hari Selasa minggu lepas. Masa nak duit tu macam-macam janji manis dia tabur. Kata barang akan dapat on Monday the next week. Dia macam gelapah rushing-rushing suruh aku masukkan duit tau. Katanya masukkan RM500 dulu, then bila dah dapat barang tu masukkan balance. Aku pun saje-saje lah letak kat status BBM cakap boleh dapat torch 9810 dengan harga RM800. Ada pulak member BBM aku ni nak gak. Padahal dia tak kenal pun aku in person, senang-senang je dia bank-in RM800 kat aku. So, aku pun dengan penuh YAKIN dan rasa PERCAYA kat mamat kaki cong merangkap member sekampung aku tu teruslah pergi bank-in kan RM1600 kat dia. Ye, aku pergi bank-in full weh..bukan separuh seperti yang diminta. Sebab terlampau PERCAYAnya aku kat dia. Fuhhh! OK, aku terima kalau korang nak kata aku BODOH!!! sebab sampai sekarang aku tak berhenti dari kutuk diri aku sendiri. "kenapalah aku ni bodoh sangat!''..full stop


Tiba hari yang dinanti aku contact mamat kaki cong ni. Kau tau apa dia cakap? dengan selambanya dia cakap barang takde sebab dah ada orang lain rembat dulu. Aku cakap kat dia apakess...kan ke ko beria sangat suruh aku bank-in cepat-cepat cakap barang dah ada then tetiba kata barang takde pulak. Aku dah start rasa lain macam dah. Dia kata try next week which mean this week lah. Boleh aku call dia banyak kali asyik keluar number busy memanjang. Kau dah apahallll...kalau betul-betul nak bisnes kenapa perlu lari-lari main ciku cak macam tu.?Ye dop?? Kalau barang tak ada cakaplah terus terang supaya aku taklah fikir bukan-bukan. Ini tidak...mesej aku pun satu habuk haram dia nak reply. So, sah-sahlah aku dah kena CONG!!! haram jadah puaka betul. Bagi anak bini makan duit haram. Aku rasa duit yang aku masukkan tu dia bawak pergi joli kat KL lah.. IBAB kau!!!

Aku dapat tahu ada kawan sekelas aku pun kena sama. Aku try call dia, first ayat dia bagi aku "kau pun kena jugak?" Hah...sahlah memang kami kena cong. Kawan aku tu kena sikit je. Dia order Samsung Galaxy Tab RM600. So, dia baru bayar half. Dari bulan 7 hari tu lagi kot dia bayar. Barang still tak dapat lagi.. Mulanya kata lepas raya puasa..pastu tangguh lagi tunggu raya haji pulak. Kawan aku cakap ada sorang lagi kena jugak RM900. Gila berani dia buat taik padahal satu kampung tu. Kami dah pakat raya haji nanti nak pergi cari dia kat rumah kalau barang still tak dapat gak. Aku kalau dapat dia taulah nasib dia. Baru dia kenal erti penyesalan.

Kalau boleh aku nak sumpah dia jadi BELACAN. Kenapa belacan? bukan beruk ke babi ke katak ke? Mesti korang tertanya-tanya macam tu kan?haha sebab belacan boleh buat sambal belacan. Aku suka sambal belacan. So, aku boleh imagine aku makan dia macam aku makan sambal belacanlah...Auuummm!! hahaha


Aku geram giler....aku masih try call dia dan asik kuar number busy je. Dia memang boleh set ek tak nak terima nombor aku? IBAB lah kau syaitonnnnnnnnnnnn....Kalau kau betul-betul kenapa nak lari 1000m berganti ganti macam tu???? KAU MEMANG PUAKA SYAITONNNNNN *aku marah giler sampai tercarut-carut kat sini* MAAF




p/s: You messed with the wrong person. Kalau kau tak bagi balik duit aku, aku akan pastikan kau sefamily makan pasirrrr..jangan mimpi kau akan pakai balik pakaian seragam kau tu. OK?

Friday, October 14, 2011

Eh..eh..eh

eh..eh..eh apa aku tengah buat nih? eh aku update blog lah..haha vengong sangat rasa aku ni kerja bukan main melambak tapi sempat pulak mengapdet blog.. Nak cite sikit je malam ni. nak citer aku cuti sampai selasa..wuhooo best woo. eh tak payah nak best sangat lah PSM tak siap lagi ada hati nak wuhoo bagai kannn..eh..eh nak layan city hunter bagi habis dulu sekarang baru episod 9. tengah klimaks weh...dah jom tengok...daaa



*update macam ni pun boleh yek? hahahha

Thursday, October 13, 2011

Used Blackberry Bold 9700 to let go

 *UPDATE: SOLD OUT

Hey guys...aku nak let go bb bold 9700 aku daa...Tapi aku sayang sangat kat bb tu sebab it was my birthday present from my heart. Kalau ada yang still ingatlah kat entry ---->NIH

Reason aku nak let go sebab nak beli Torch 9810. Serius bb aku ni takde masalah pape pun.. Cuma ada lah calar-calar sikit..biasalahhh..hehe..Kalau beli bb aku ni nanti dapat sekali 2GB memory card + 3 casing (1 silicon, 2 capdase). Harga?? harga aku nak bagi murah-murah dah laa sebab aku tahu korang pun bukan ada duit sangat kann...Muahahahaa kidding je weh jangan kang ada yang sentap mak nab pulak sudehhh. Ok aku taknak letak price kat sini. Kira kalau ada antara yang baca ni berminat boleh drop email kat mailbox aku. Takkan korang nak drop email kat mailbox korang sendiri pulak kannnn..either one of these (missbagman@gmail.com or xzist_ixora@yahoo.com). Still in good working condition. See it to believe...


pandangan hadapan (with anti-glare screen protector)



pandangan belakang

 Free case

Package includes: Phone + charger + usb cable

Wednesday, October 12, 2011

Kalau dulu kasar dan rugged itulah aku....tapi sekarang?

Masih ingat ketika aku di tingkatan satu, dua, dan tiga. Peribadi aku agak kasar dan rugged. Ramai kawan-kawan lelaki cakap aku kasar. Siap panggil otai lagi tu..tapi heran juga celah mana yang nampak otai pun aku tak tahu. Maybe disebabkan raut muka aku yang agak bengis/masam membuatkan mereka gelarkan aku otai. ahakss..padahal aku mudah je untuk tersenyum bila jumpa kawan-kawan melainkan aku betul-betul tengah hangin satu badan time tu.

Tapi itu dululah, sekarang tidak lagi...seboleh-bolehnya mahu kelihatan ayu di mata semua. eceh..mampukah? Maybe orang nampak aku agak kasar tapi orang tak tahu bagaimana rupa dalaman sebenarnya..Aku amat suka bahasa-bahasa puitis. Kalau ada banyak masa terluang, aku lebih suka untuk baca blog-blog yang menggunakan bahasa sastera tingkat tinggi seperti blog Tun Boja Bistara dan a. not. her. a. non. ny. mous. Asyik tau baca blog mereka nih. Perasaan terbuai-buai je rasa.. gitewww. Hoho. Ok ah Tun Boja ada update terbaru sekarang. Nak redah la jap..Daa

I miss YOU (bobeybobeydarihati)

Hey, Assalamualaikum....riiiiindu sangat dekat my blog kesayangan nih. Everytime online pun aku akan selalu jenguk tapi takde mood nak menulis..kira macam just lalu je singgah tak mau..tapi kali ni oleh sebab terlalu rindu nak menaip aku gagahkan jugak jejari ni untuk mencoret sepatah dua kata. Rindu sangat nak ber'blog' macam dulu-dulu tuh...tapi tu lah lately ni agak sibuk dengan pelbagai tugas yang menuntut untuk aku tidak enjoy sangat dengan life. Hurmmm final semester..haruslahhh



Apa pun...aku amat berharap supaya dapat menyiapkan semua tugas-tugas especially  my final project tepat pada waktunya. Semester ini tak banyak sangat pun kelas aku kena attend. Average setiap hari cuma ada 2 kelas. And apa yang best setiap hari selasa aku cuti umum. Tapi tak cuti sangatlah sebab still kena buat kerja kat bilik kan..Apa yang best tentang life aku sekarang? So far tak banyak sangat pun perubahan yang berlaku. Masih macam dulu...cuma sekarang a lil bit more happier dari sebelum-sebelum ini kot. Sebab apa? Sebab musuh tradisi dah grad dan tak perlu nak menghadap muka diorang kat kelas lagi dah..hihihi...bapak segala musuh masih ada kat sini, but thanks Allah, dia sambung master kelas dia start pukul 4 which mean takkan pernah terserempak dengan dia lagi dah...*urut dada...


Baidewei, now aku tengah nak sambung kerja-kerja penambahbaikan projek aku. Aku chow dululah...Good nite..Assalamualaikum....






eh...eh dah grad??

Tuesday, September 06, 2011

Seorang Penulis

Aku tak pernah bercita-cita ingin menjadi seorang penulis. Memang tak pernah dan tak pandai. Sebab itulah entry yang aku karang semua tak best. Jujur aku akui aku amat cemburu dengan mereka-mereka yang mempunyai gaya penulisan yang menarik. Adalah beberapa blog yang aku meman suka sangat baca. Malah, gaya penulisan pun sudah macam gaya penulis novel. Tidak keterlaluan jika aku kata mereka memang layak menulis sebuah novel.

Aku perhatikan, mereka-mereka yang pandai menulis ini kebanyakannya berjiwa sastera. Setuju tak? Mereka yang meminati bidang seni. Ya, aku bukan anak seni. *Tiba-tiba

Hehe..okbai


Monday, August 29, 2011

ESOK HARI RAYA HOI!!

BOOOOOMM!! BOOMMMMM! KEBAAAABOOOOMMM!!!...Macam gitulah bunyinya kat rumah aku sekarang. Sumpah annyoing gila...aku ngantuk nak tido la hoi..tahulah semangat nak raya semua tapi janganlah sampai ada yang beraya kat hospital. Sudahlah kat rumah aku sekarang ni ada baby tengah tidur...sumpah rasa macam nak doakan je sapa-sapa yang main mercun tu putus jari..opppssss Nauzubillahiminzalik..aku takdelah jahat macam tu sekali...Eh..eh...entry terEmo lebih pulak....


Oh..serius lama gila kan aku tak hapdett blog kesayangan ni. Bukan sebab busy ke hape..tapi sebab malas. hewhewhew!!!! Macam mana dengan persiapan raya korang? Ketupat dah anyam? Lemang dah bakor?? KITA BAKOR...KITA BAKOR...KITA BAKOR...*so yesterday lah tagline tu kan. ah lupakan..Nak tahu apa preparation aku buat? Hape pon tarakkk tahun ni. Tak rasa pun macam nak raya. Serius weh. Tahun ni aku bagi budak-budak kecik je lah raikan kemeriahan nak sambut raya tu. Biasanya di tahun-tahun yang lepas, waktu macam  ni aku dah siap iron baju raya dah. Tapi tahun ni nan hadoooo lah..Esok-esok je lah *BOOMM!! BOMMM!! KEBABOMMMM!! PRAKKKKKKKK...bunyi mercun lagi. huhh nasib baik takde lemah jantung tau..tanjat boboi...


Hmmm..ok lahh...nak layan movie lah malam-malam raya ni.. Disini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kawan-kawan dan juga yang mengenali diri ini. 0-0 lah ye semua...Daa... Assalamualaikum

Friday, July 29, 2011

Kalau Cik Epal ada Shaheizy Sam, aku ada Khairul Fahmi!! Korang ada?

Gila..tajuk entry kali ini memang agak tak boleh belah beb..Sebelum tu jom cerita pasal bola..Ahh malas lah..facebook, twitter, BBM semua cerita pasal bola. Apahal pun nak cakap satu je..Apek terbaikkkkk. Skandal lah ko nak skandal berapa ramai (erkk) pun as long as kau boleh performs cemerlang macam game Malaysia lawan Singapore tadi. Walaupun kalah tapi Harimau Malaya kalah with dignity.


Oh berbalik kepada cerita Shaheizy Sam Cik Epal tadi. Boleh tak kalau aku nak panggil Mr. A aku tu Khairul Fahmi? Hahaha.. agak tak boleh belah jugak nih. Tapi lantak lah aku memang cair tengok Apek dalam game tadi. Nak tengok Khairul Fahmi aku tak? Layaaannn.
 my Khairul Fahmi


time ni (2008) dua-dua kurus agi..sekarang dua-dua dah kebaaboommm..tembom yang amat

erkkkk...okbai!!



Thursday, July 28, 2011

Dahlia Teck dan printscreen tanpa watermark dah fofular serata alam


ini Dahlia Teck
ini pula printscreen tanpa watermark yang dah fofular serata alam


hahaha kelakar..memang kelakar. Apa ke bengap sangat aku penat-penat printscreen tapi tak letak watermark blog sendiri. Sekarang dah fofular serata dunia maya tak ke rugi rasanya aku..Serius sebelum ni aku pikir "watermark??alah..apa ada hal"...memang apa ada hal sangat lah bila tiba time-time macam ni..Kalau tak, dah glamour dah blog aku kan...*tangan di dada, mata ke atas*..sila..sila...sila muntah


bukan itu aje..Dahlia Teck pun tengah fofular serata alam maya sekarang. Semua blogger sibuk bercerita tentang minah ni. Minah ni lah yang dikatakan punca keretakan hubungan KFCM dan cik jejariruncing. Aku tak nak komen banyak  cuma pendapat aku..sepatutnya cik jejariruncing diam-diam sudah laa pasal krisis dia dengan encik tunang. Dulu beria story best-best je, bila keluar cerita tak best macam ni.maunya kena hentam la dekat haters kat luar sana. Apa pun semoga cik jejariruncing jadikan ini sebagai pengajaran. Dan KFCM...oh u soo not gooooood!!


Patutlah orang kata bertunang banyak dugaan. Sekarang kenyataan depan mata dah. Tapi aku rasa dugaan yang melanda cik jejariruncing ni sangat berat lah kot..Ini yang buat aku takut nak bertunang ni. Ahh lagi pun bertunang memang tak ada dalam dictionary aku pun, nak kawin terus je... hehe gatal!!


Tapi..tak tahu kenapa naluri aku mengatakan macam ada something wrong in KFCM. Ke dia kena mandremmm??jeng..jeng..jeng...


Friday, July 22, 2011

Unethical Blogger: Kot iya pun nak copy paste, tukarlah ayat sikit.."SIAL LAH"-Abang Long Dil berkata

Selamat pagi. Good Morning. Zao An.Yennaadey..pagi ini aku dikejutkan dengan satu mesej dari seorang rakan yang berbunyi begini;

"ada, kite ade baca pasal blog ada tu..pastu..try search tenet..jupe lok blog lain tulis sebijik hok pe dalam blog..pelik eh.."

my friend gave me the link.

Semangat hoi aku bangun pagi (minum air suam segelas before basuh muka)<----petua awet muda. On wifi dan pergi ke blog yang dimaksudkan. Hoi...ada orang amik entry aku yang pasal Apek gaduh ngan Elia tu la...sebijik sebutat lak tu. Takde sivik betollll. Dengan tajuk sekali di copy paste jugak..Haiyaa..Blog untuk menyalurkan maklumat lah kononnya, tapi copy paste entry orang. Usaha lah sikit bai.tak pun ko bagi lah backlink ke apa ke. Tak pun ko copy gambar sudah la bai..ayat tulis lah sendiri...ini ayat aku yang tunggang langgang tu pun kau nak copy ke? geleng kepala dah laa ramai-ramai. Ish...ish..ish...

header blog peng'kopi'


jom kita main permainan "cari perbezaan antara dua gambar"
cara-caranya bukak tab lagi satu dan pergi ke sini
selamat mencuba...

haa kau..kelakar pun ada jugak...tapi frustrated jugak..okbai!!

p/s: Thanks to THE UGLY SINDARELLA for the info

Thursday, July 21, 2011

Hubungan Khairul Fahmi dn Elia mula retak.

Hari ini aku nak jadi paparazzi boleh?alaa boleh laa..hehe wey betul ke ni wey...aku baru je aware pasal benda nih. Alaa tak bestnya..diorang sweet kot. Mengikut apa yang aku faham, si Apex ni yang dikatakan mula bermasalah. Mula lupa diri...'agah' dalam bahasa German (Kelate). Ish..kenapa semua mesti jadi kes macam ni bila dah glamor je mula laa nak lupa diri bagai. Me not likey lah..Memang nampak macam serius gila tahap dewa la jugak masalah diorang. Elia dah mengeluarkan kata-kata yang agak perit jugaklah..meh aku screen captured kasi korang tengok sendiri. Eh kepochi nya akuuuuu..hehe.



adoiii..kenapa..kenapa..kenapa mesti berubah Apex oi...sayang lah...dari kau belum femes lagi Elia dah jadi tunjang kau..Ada orang komen kat status tersebut cakap pernah nampak Apex makan dengan perempuan lain waktu game kat Sabah tempoh hari. Menurut Elia lagi, Apex kurang ajar waktu mak si Elia cuba nasihatkan dia. Elia cakap Apex dah melampaui batas seorang lelaki Islam yang sepatutnya. Femes memang merosakkan...

Tak pernah rasanya Elia cerita pasal keburukan Apex ni. Tapi kali ni sampai berani keluarkan status macam tu..memang tengah parah la kot hubungan diorang. Apapun, marilah kita sama-sama doakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala. Dan kepada Elia..harap sabar banyak-banyak.

Kalau betul lah apa yang diceritakan oleh Elia, rasanya...Apex hanya mencemarkan imej lelaki Kelantan. Dah la ramai memang dah tak suka dengan lelaki Kelantan. Ada kes macam ni..lagi lah nampak hoi. Walaupun tak semua macam ni..orang kata kerana 'nila setitik, habis susu sebelanga'.

p/s: sukalah teww peminat perempuan apex

Zuan memang tak patut kenakan Fida macam ni tauuuuu!!


Monday, July 18, 2011

Into Your Arms

There was a new girl in town
She had it all figured out (had it all figured out)
Well I'll state something rash
She had the most amazing... smile.

I bet you didn't expect that
She made me change my ways (she made me change my ways)
With eyes like a sunset, baby
And legs that went on for days

I'm falling in love
But it's falling apart
I need to find my way back to the start
When we were in love
Things were better than they are
Let me back into...
Into your arms.
Into your arms.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/t/the_maine/into_your_arms.html ]
She made her way to the bar
I tried to talk to her
But she seemed so far (she seemed so far)
Out of my league
I had to find a way to get her next to me

I'm falling in love
But it's falling apart
I need to find my way back to the start
When we were in love
Things were better than they are
Let me back into...
Into your arms.
Into your arms.

Oh she's slipping away
I always reach when I'm thinking of words to say
Oh the things she does
Make it seem like love
Just a game (just a game)
And I like the way we play

I'm falling in love
But it's falling apart.
I need to find my way back to the start (x2)

When we were in love
Things were better than they are
Let me back into...
Into your arms
Into your arms.

Into your arms.
Into your arms

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/t/the_maine/#share

Tuesday, July 12, 2011

*Sigh*

Manusia. Manusia memang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan, sungguh cliche ayat itu seperti bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun, kalau dah hari-hari asyik buat kesilapan yang sama itu namanya bukan lagi kesilapan tapi kesengajaan. U got me bebeh?

Ok sudah sekarang kita cerita pasal manusia riak takbur pula. *sigh* sangat tak berapa boleh belah dengan jenis homosapiens yang satu ini seperti tiba-tiba rasa nak hempuk kepala mereka. Duit banyak sekalipun janganlah riak takbur sebab bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik segala luxury yang kau ada. Contoh kau pakai kasut harga beriban-riban tak payah lah nak gebang canang cerita pada satu kampung yang kau pakai kasut harga ribu-ribu tu time nak berak saja. Bersyukurlah sebab tuhan bagi kau rezeki supaya kau boleh pakai kasut harga ribu-ribu tu orang lain takde nya nak membazir macam kau pakai kasut RM10 beli kat pasar malam pun sama je fungsinya kan?

Sekarang penunggang motosikal memang super duper berani tahap gila nak mampus sebab selamba saja naik motor takde lampu sambil tak pakai helmet dan pakaian warna gelap kat atas jalan raya. Bila sebut jalan raya maknanya jalan besar sama juga seperti pasar raya maknanya pasar besar. Aku yang drive memalam buta memang sakit hati nak mampus juga sebab terpaksa extra berhati-hati tak boleh nak pecut sangat bawak kereta. Sudahlah rabun malam sebab tak suka makan carrot. *sigh*.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 11, 2011

Gambar hidup. Acaner derang buat eh?

Aku jumpa kat blogserius Obefiend tadi. Aku rasa menarik lalu aku rasa nak letak kat blog, hence the pictures. Cinematography to be specific..Sila nikmati..





aku rasa gambar-gambar ni really ohsem. Kau rasa?

p/s: kalau buat gambar pakwe gerak-gerak camni kan best. Kbai...

Saturday, July 09, 2011

Apa ada hal??

They claimed this is the condition where all those cars are heading for BERSIH 2.0.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 04, 2011

Handphone: Sejarah dan Evolusi


Hai semua.....hope everyone are always fine k. Hari ini nak bercerita perihal sejarah dan evolusi telefon bimbit sikit. Eh, korang ingat lagi tak zaman mula-mula guna handphone dulu? Besar gedabak kannn..Korang start pakai handphone tahun bila?Aku mula pakai menatang gedabak besar ni tahun 2003 kalau tak silap. Hmm ye lah wwaktu tu aku form 3 kena pergi pindah sekolah nun jauh di Muadzam Shah, Pahang. First time jauh dari umi abah so, abah bagi pinjam phone dia yang line dah kena barred. Boleh call in je la call out pakai public phone jugak.Waktu tu model Nokia (rujuk gambar no. 1). haa tu lah phone yang besar gedabak tu. Dah la besar gedabak kemain susah aku nak sorok. Ye lah handphone kan diharamkan penggunaannya at sekolah aku waktu tu. Pulun laa sorok letak kat dalam baldi baju kotor. Waktu tu memang itulah tempat paling strategik.

Ok, phone no. 2 (Nokia 3315) pulak merupakan phone pertama hak milik aku but still bukan beli pakai duit sendiri laa. Dapat hadiah dari umi abah sebab dapat straight A's. Dapat tukar sekolah dekat sikit, MRSM Kuala Berang. Waktu tu boleh kata ramai kawan-kawan seangkatan pakai phone sebab semua dapat straight A's  jugak. Waktu itu dapat hadiah phone dari parent memasing memang dah boleh bangga giler dah. Plus pada mulanya MRSM tu tak mengharamkan penggunaan handphone maka dengan seronotnya kami duk tayang-tayang handphone tanpa rasa bersalah.

Kendian, ada orang berkenan nak beli phone aku, aku pun jual la kat orang tu, lepas tu merengek mintak phone baru dari umi abah *memang perangai mintak penampar betul*. Umi abah aku pun beli la handphone no. 3 tu (Nokia 2300). Aku suka phone tu sebab design dia cantik. Tak lama lepas tu phone tu rosak sebab aku hentak kat lantai. Habis pecah skrin huihui ganas tak ganas tak..? Disebabkan aku dah lama berkenan kat Nokia butterfly (rujuk gambar no. 4) aku pun rembat la satu yang secondhand pun jadi lah. Waktu tu aku dah form 5 kot, tetiba je sekolah aku buat undang-undang baru haramkan penggunaan handphone maka nokia model butterfly memang pilihan yang tepat sebab dia kecik comel je. *Senang nak sorok*. Soon after that aku tukar pulak phone yang no. 5 and waktu kat matrix dapat je duit allowance yang RM1000 tu aku pergi beli phone no. 6. Hehe first time beli phone pakai duit sendiri.



Gambar berikut merupakan phones seterusya yang aku guna. Malas nak cerita lebih lanjut sebab aku pun dah boring nak tulis dan aku tau korang pun dak boring nak baca. yesss, kalau korang kata aku gila gadjet, MEMANGGGG. MEMANGG aku gila gadjet. Asal dapat duit scholarship je aku akan cari phone baru. Sangat tak bagus perangai..by the way phone no. 11 tu ada orang kasi. No. 12 pulak aku beli sendiri menggunakan duit scholar jugak. hahaha mesti korang cakap aku gila...yess memang aku gilaa handphone.


 Ok.phone no. 13 tu yang aku tengah guna sekarang. Sayang gila kot phone ni sebab dapat hadiah birthday dari ehem ehem. Dah laa dah lama aku berkenan last-last boleh pakai jugak. Ingat tak entry ni?KLIK. Alhamdulillah tercapai juga hajat untuk memiliki. InsyaAllah this gonna be my last gadjet. Takmo tukar-tukar lagi dah..


Oh my...panjangnya..itu baru intro ok!! Ingat tak  penggunaan handphone di awal kemashyurannya? Dah la nak beli kad sim kemain mahal. Satu kad sim dekat RM100, aku punya RM98 and it was Celcom. Waktu tu tahun 2004. Sekarang RM5 dah boleh dapat satu kad sim. Lepas tu dulu kan famous gila main miskol2 pastu silap hantar mesej la walhal memang sengaja. Betul tak???? Lepas tu boleh pulak couple walhal tak pernah tengok rupa pun. Tak cakap orang, aku pun pernah sekali, haha budak-budak la katakan.. Bila ingat-ingat balik hoiiii malu gila kot. Sangat immature. Tapi ada jugak yang berkenalan thru SMS sampai ke jinjang pelamin. Apa ada hal...



Tapi sekarang,penggunaan phone tidak terhad untuk buat panggilan dan hantar SMS dah, melalui phone dah boleh hantar email, browse internet, dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Kalau dulu nak mintak gambar kawan
" Weh, MMS gambar kau satu"

sekarang punya style,
" weh, tukarlah avatar BBM ko letaklah gmbar terbaru"

kannn..senang tak payah berMMS segala.

I wonder how the telephone would be functioning in 10 years later. *garu garu kepala*

Sunday, June 26, 2011

I strongly feel loved




Thanks for everything my dear,

Syukur Alhamdulillah Allah sent you,

You completed me,
Everything I have now,

 Because you were here with me,



Saturday, June 25, 2011

Wordless, Clueless, Speechless





Semalam merupakan hari yang sangat bahagia. Aku dan Mr. A spend time together bersempena my birthday celebration. Kami menjamu selera di Kenny Rogers, gambar kat sana tak dapat diselamatkan kerana di makan virus. Eiii geram betul ngan encik virus tu kenapa makan gambar kami??? Lepas makan kami balik ke rumah Mr. A untuk pick up my kakak ipar. hehe saja nak bawak kakak pergi jalan-jalan kat Pantai Irama. 

Ada juga part tak best, tak dapat cari hadiah birthday..tapi Mr. A kata takpe esok keluar lagi..which mean today lah. So, here it is...baru je lepas keluar tadi, and tell u what, I'm a happy girl....jyeahhh dah dapat apa yang dicari. Ni dia



A blackberry bold 9700...huihui sumpah tak cari lain..kesian u sanggup ke hulu ke hilir teman I kan yanggg..hihii

wa punya jari berbalut sebab luka masa potong sayur..rajin tak wa?? miahahahaha

Dah penat jalan kami singgah di Restoran Wau untuk mengisi perut yang merengek minta makanan. So, there goes my happy dayyyy!!!

I LOVE U MR. A


okbai!




Friday, June 24, 2011

PEER PRESSURE

Maksud PEER PRESSURE mengikut kamus otak aku adalah tekanan yang wujud dalam diri sendiri diakibatkan oleh rakan sebaya. Haha pandaiii je kan. Kau akan dapat PEER PRESSURE bila mana kau lihat ramai teman rapat atau kawan-kawan kau mengalami keadaan seperti gambar-gambar dibawah... sila skroll sekarang!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


                   
                                    Di majlis perkahwinan Miera dan Liey. Teman seperjuangan di MRSM Kuala Berang

 Nadia Fariza's E-day (MRSM YT-Besut)
Afiqah Zarir's E-day (MRSM Kuala Berang)
Lina's E-day (Matrik KMNS)
Mimi's E-day (MRSM Kuala Berang)
Azah's weds day (MRSM Kuala Berang)
 dan yang paling special....
Iela and her baby. Dia ni antara yang paling awal kahwin. (MRSM Kuala Berang)
looking forward for their engagement this becoming eid
tengokkkkkk...ramai kannn, mana tak aku dapat PRESSURE???

I wanna get married...I wanna get married. My heart's pounding #tanda-tanda terkena PEER PRESSURE. Teruja untuk melangkah ke alam rumah tangga. Walhal umur baru mencecah 23 tahun dua hari yang lepas. Ini semua sebab PEER PRESSURE lah hoi. Hadoiii ramai ok kengkawan yang dah kahwin dan bertunang. Plus my besties pun dah nak melangsungkan pertunangan lepas raya aidilfitri nanti. Nak sedap lagi ditambah pula dengan tekanan kaum ibu-ibu yang tak habis-habis tanya "Bila nak kahwin?" tolonglah makcik-makcik semua, saya dah menyampah dengar soalan itu. Like HELLOOO..aku baru 23 tahun kot. Urus diri sendiri pun tak betul lagi ini kan pula nak uruskan mr. suami.


Kalau kau tanya pasangan yang sedang hangat bercinta sekarang memang ah semua nak kahwin kalau boleh tang tu jugak. Aku pun gitu ah, bila menghadiri weds kengkawan terasa macam nak cakap eh kau turun kejap bagi aku sanding pulak. Boleh? haha. Aku memang kalau boleh nak aje kahwin awal weh..tak caya tengok entry INI. Memang dah gatal sangat dah pun. hihihi.. Tapi tu lah banyak nak kena fikir, dengan belajarnya belum lagi habis, at least kalau dah habis belajar boleh laa take into consideration jugak. Lepas tu ada member aku pulak sound "Weh, kau dah puas ke enjoy hidup single? betul ke kau dah ready nak hidup berdua?" And that question making me to think twice. Eh betul jugak kan, aku tak kerja lagi, tak pernah nak merasa duit sendiri at least biar la dapat pegang duit and enjoy duit sendiri puas-puas. Dapat tabur bakti kat parents apa semua dulu baru boleh nak start fikir pasal kahwin.


Ramai suggest suruh aku tunang dulu, mula-mula aku pun fikir nak tunang jugak. Dah siap cakap dekat mak ayah dah, diorang semua setuju je. Sekali pihak lelaki pulak tak nak. Bakal ayah mertua aku cakap tunang pun bukan boleh buat apa-apa kalau betul-betul nak, nikah terus nikah gantung pun takpe dulu katanya. Mak ayah aku pulak tak setuju nak nikah gantung ni. Bukan apa, susah kerja jadinya, nak kena buat dua kali. Baik buat sekali harung terus kann. So, till now we decide to teruskan hubungan macam biasa lah. Target aku nak kahwin bila dah setahun berkerja. Kira-kira dalam 2 tahun lagi kot kena tunggu. SEKSA wey...okbai!






Thursday, June 23, 2011

#Entry lapuk 2: A walk to remember and The Scandalist

Juga peristiwa beberapa bulan lepas saja je tunggu dapat lappy baru, baru nak update. Nak bagi ada feeling sikit. That night before berakhirnya semester 7 aku dan geng masuk airku decide untuk keluar berfoya-foya. Destinasi utama adalah untuk makan the best chicken chop ever in JB. Situated in Hutan Bandar in front of SIBGS. Adehh lupa nama kedai ni. Kedai ni biasa-biasa je. Tkade lah grand mana pun. Open air and pakai meja lipat je pun. 


we ordered chicken grilled chop. yummaaihh!!


aku kalau bab minum air memang tak main satu gelas. Kena order lagi satu. Masa order lagi sekali tu waiter tanya nak gelas besar ke? I was like..hmm boleh laa gelas besar. Sekali besar betulll gelasnya hamikkau. Can you spot the different?


this is the hilarious Fa. Oppss currently not available. Then lepas makan haruslah ber photoshoot kat tengah-tengah parking kann.. LoL!! 














ok...borrow kejap BMW kauu


Dah penat posing sana posing sini kami decide untuk gerak ke Pasar Karat. But bukan nak ke Pasar Karat, tapi nak ke The Scandalist. 


 dark alley along the way to The Scandalist

Pekebendanya The Scandalist ni? tempat untuk cari skandal ke? Eh bukan..bukan..The Scacdalist ni sebenarnya...


butik baju bundle laa..cantiiiik sangat kedainya


konon khusyuk tengah pilih barang ah tu


jom coffee..hui cantik deco dalaman kat butik ni. 
Plus owner pun sangat friendly






Dan kemudian kami pulang dengan hati gumbira. Okbai!! miss u frenzy...