Nuffnang

Tuesday, March 30, 2010

=) Lagenda Budak Setan




Coming soon!

Tak sabar weh nak tengok movie nih. Tengok trailer dah macam best jest.

Tak dapat maklumat dengan lengkap pulak bila akan ditayangkan.

Wait and See je lah!
*Sigh*

p/s: Stopkan dulu playlist Kenny-G instrumental untuk mainkan video untuk audio yang lebih menarik

=) I Love You So Strong



*the very first date ever*

Amboi-amboi mesti terdetik dalam hati korang ::"jiwangnya minah ni":: tatkala melihat tajuk entry kali ini. (Ayat nak skema aje. p/s:: aku bukan cikgu BM) Kan...Takde lah jiwang sangat pun. Tetiba je rasa macam rindu pada seseorang. Seseorang yang dah bertakhta di hati ini selama 3 tahun 3 minggu dan 6 hari. Padahal baru je lepas 3G kejap tadi. Entah lah sekarang ni rasa macam lain je. Maybe lepas dugaan yang menimpa kami baru-baru ni, perasaan jadi lain bila dia dah start layan aku macam 2 tahun yang lepas (awal-awal dulu).

Sepanjang tempoh perjalanan hidup ini, pelbagai dugaan dan ujian yang datang menimpa. Namun, Alhamdulillah kami berjaya tempuhinya dengan tabah. Ecececehhh agak poyo disitu. Sudahlah...tak nak lah cerita banyak-banyak nanti ada yang meluat pulak dengan entry aku kali nih. Kalau boleh tak nak post hal cintan-cintun kat blog. Cukup lah sekadar aku nak tunjukkan penghargaan aku pada si dia yang selama ini banyak bersabar dengan kerenah-kerenah aku. I love u la der! Very de strong (-_-")...:p





Monday, March 29, 2010

=) My Future Brother In-Law




::Ololo...Dongoh malu-malu pulak orang amik gambo die::

Thanks belanja kitorang makan tadi.
Hehehe....u memang terbaikkkk lah bro!!
Next time datang lagi ye..



p/s: Foto diatas adalah hiasan semata-mata. Teheee:p


=) WARKAH BUATMU WAHAI TEMAN


Teman...
Dulu kita seringkali tertawa bersama,
Menongkah onak dan duri,
Tiada istilah penat pabila bersama mu,
Tiada juga istilah 'sedih',
Kerna kau amat mengerti hati ku,
Dan aku juga mengerti hati mu,
Walau seringkali kita bertegang leher,
Lantaran sifat degil menguasai diri...

Teman...
Kini itu semua hanya tinggal memori,
Dimana tawa mu teman,
Tawa yang aku rindui,
Sungguh...aku merindui mu,
Lantaran egois antara dua hati,
Aku kehilangan mu...

Teman...
Bahagiakah kau dengan jalan yang kau pilih?
Nyata kau kini bukan kau yang dulu,
Kemana pergi diri mu yang aku rindui,
Biarlah masa yang akan menentukan,
Aku yakin Tuhan masih menyayangi mu,

Teman...
Kecil benarkah nilai persahabatan kita bagi mu?
Apakah erti sahabat sejati bagi mu teman...




p/s:: Arghhh...i just can't stop writing :p Teheeee

Sunday, March 28, 2010

Stop Blogging


I need to stop writing for a while
Need to concentrate on my final exam
Wish me all the best dude

Saya pun nak kahwin jugek!


Baru je lepas membelek-belek facebuk kawan-kawan. Sukanya hati bila tengok ada kawan yang dah nak mendirikan rumah tangga. Ekceli that is my dream. Saya nak sangat kahwin awal-awal. Disamping dapat mengelakkan kemaksiatan dapat juga timang anak awal. Huuu~ suka baby sangat. Kalau boleh saya nak kahwin awal-awal.

Bukan apa let say if umur 19 dah kahwin and dapat baby. Beza umur baby dengan kita just 19 tahun je. Bila baby dah besar dewasa, tak ke boleh jalan seiringan macam kawan-kawan je. Kan. Ye lah let say anak kita umur 19 tahun dan waktu itu kita baru je 38 tahun. Soo muda lagi tuh! Waa...bestnye.

Kepada kawan-kawan yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ni saya ucapkan banyak-banyak tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Apa boleh buat umur pun dah nak menginjak ke 22 tahun tapi tak ada tanda-tanda nak kahwin pun lagi ni. *Sigh* Sabar ajelah wahai diri. Akan tiba waktunya nanti. Allah dah plan terbaikkkk punya kan.

*gambar hiasan semata-mata tiada kaitan dengan empunya belog ini*


Street Dentist


SANGGUPKAH ANDA MENDAPATKAN RAWATAN GIGI DARIPADA MEREKA?


CHINA





INDIA








Haiyo manyak ngeri maa!!

Saturday, March 27, 2010

Evolusi KL Drift 2 memang best. Cayalahhhh!!!




Tadi i dengan my buddies ingat nak keluar makan ayam penyet Bibik je. Pastu tetiba pulak rumet i nak belanja makan. Woh apa lagi kan ajak makan Pizza Hut terus. He he. Lepas makan tetiba pulak teringat yang cerita EKLD2 tengah duk tayang kat cinema. So, i pun dengan lantangnya menyuarakan hasrat untuk tengok cerita tu. Nasib baik buddies setuju. Thanks korang. (Diba + Aymee + Rohan)

I can tell that it worth it. Fuhh memang best sangat jalan cerita dia. Tabik spring kat u bro Syamsul. Memang berbaloi baloi lah bayar RM10. Puas hati sangat. Ada satu part yang touching pulak tu. Tapi babe sorilah, i kalau tengok cerita sedih pun konfem tak nangis punya. Ceeeeewwwwaaahh berlagak kau ek ;p. Tapi lain pulak ceritanya dengan dua orang buddies i siap nangis lagi beb. Ha3x

Kesimpulannya, memang korang tak kan rugi la kalau pergi tengok cerita EKLD2. Ekceli, i nak sangat tengok EKLD2 i sebab ada mamat Shaheizy Sam tu. Ingatkan boleh tengok lawak dia. Tapi sori beb dalam movie ni dia tak buat lawak daa. First time i tengok dia serius. But waktu mula-mula dia keluar tu rasa nak tergelak gak la sebab tengok muka dia pun dah lawak dah :p. Campur lagi denga pelat apek dia. Terbaikkkkkkkkkkk la lu der!. Apa pun i ucapkan tahniah kepada semua pelakon yang berjaya membawa watak yang di dokong dengan baik sampai movie tu nampak real. Tahniah jugak dekat bro Syamsul sebab baru dua hari ditayangkan kutipan dah cecah angka RM1.5 Million. Tak campur lagi dengan weekend punya collection. Memang box- office!

What I like about this movie:

1. Jalan ceritanya yang senang nak faham. Tak payah pening-pening kepala nak fikir

2. Boleh tengok Sam bawa watak serius

3. Sam dan Aaron Aziz cakap cina

4. Polis pun pandai drift. woh3x

5. Scha kena pukul nampak real

6. Berjaya buat i berdebar-debar

7. Banyak aksi drift yang superb



Kalau ada sesiapa yang tak pernah tahu EKLD2 itu apakah??? Sila baca sinopsis dibawah iya.

Sinopsis


Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.
Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.
Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.
Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.
Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.
Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.
Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?
Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?
Sama-sama kita saksikan!



Saksikan juga Trailer nya




I nak selitkan juga video clip lagu Bidadari kat sini. Tak kira nak letak jugak! :p





Best la jugak suara dorang ni kan.

~Off~

♫Mirip Siapakah ****** ini.♫♫♫







♫♫♫♫Mirip siapakah anjing♫♫♫♫ (ini sila baca dengan intonation lagu)

♫♫♫♫Milik siapakah gadis ini♫♫♫♫




Then...








Omagosh! Mirip Lady Gaga rupanya. Kelakar giler. Siapalah agaknya yang make over anjing-anjing tersebut so that they become like my Makcik Gaga. Makcik Gaga sori. He he he. I'm adore your voice but not your style.

So, inilah kerja i apabila sang mata masih tidak mahu lelap. Bukan assignment yang nak dikarangnya. Bila dah dekat due date or esok nak kena submit baru terhegeh-hegeh nak karang assignment kan. Well, what can i do? i'm totally in with my current activity. Writing. Blog. Blogger. Or whatever!

Rating For This Week




Thanks to all visitors for spending your precious time to read this adorable blog (@_@). Here i would like to share the graph of my visitor rating for this week. I'm kinda happy with the increasing number of visitors from day to day although its still not much as other blogger. Look...i'm a newbie right! So, it's such a good achievement for my self.


However, i'm still hoping that there will be more and more and more and more 1000x visitors in the future. So, feel free to keep visiting this adorable blog (woh perasan woh). Oh, please feel free to follow this blog too :P

Bahagiakah menjadi perampas?



The content of this entry was moved HERE.














p/s: untuk ahli kelab sahaja! yang lain jangan nak menyibuk ye...sila pergi main jauh2...kehadiran anda amatlah tidak dialu-alukan..huk3








Friday, March 26, 2010

Astaghfirullah budak ini!!!!




Hai *sigh*. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni ya? Memang betullah dah nak akhir zaman. Ada ke patut mak bapak budak ni ajar dia buat macam tu. Tak kelakar langsung. Menyampah lagi adalah tengok video ni. Kesian kat this boy. Rosak masa depan dia. Kepada semua yang bakal jadi ibu dan bapa serta kepada mereka yang sudah bergelar ibu dan bapa, didiklah anak-anak dengan baik jangan jadi macam ni. Nauzubillah

Yeaahaaa...Dah siap dah!

Disaat ini, didetik ini, diwaktu dan ketika ini saya masih tidak melelapkan mata sejak semalam. Semuanya sebab nak capai jugak impian yang saya buru itu. Okay lah, Alhamdulillah sebab impian 1 dah tercapai separuh. Ngee~~ Baru siap assignment reseach method. So, ada lagi dua assignment maa!!! Sekarang ni tengah pulun buat photoshop. Maka dah siap la yang aktiviti kelas punya. Orang lain semua dah hantar. Saya punya ni entah la lecturer nak terima ke tak. He he. Harap-harap terima la ya. Ni lah hasil photoshop saya.







Sekarang saya nak tidur dulu. Tak tahulah jam berapa wake up pulak ni. Please give me a wake up call kay...Daa~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 25, 2010

Memburu Impian

Ku jejak jalan yang berliku. Membara jiwaku. Memburu impian...Eh eh ternyanyi la pulak. Stop stop stop...Kalau suara sedap macam Siti Nurhaliza tak kisah la nak nyanyi pun kan? Ha ha ha..by the way entry ini bukan lah pasal lagu Memburu Impian yang dipopularkan oleh kumpulan Kristal itu ya wahai kawan-kawan. Tetapi entry ini pasal saya yang tengah memburu impian. Kelakar pun ada masa nak karang entry ni. Baru je nak google lirik lagu memburu impian ni tetiba jer Hot.Fm putarkan lagu ni. He he tengs kak Dj (Tini), kerana menyenangkan kerja saya. Adeh...apakah yang saya karutkan ni? Please stop me!!!

Back to the main topic okay. So, memang betullah saya sekarang ni sedang berburu. Memburu impian-impian yang tak tentu lagi boleh ke tidak mencapainya. Apakah impian-impian yang sedang bermain dalam kepala saya sekarang ini? Baiklah tanpa membuang lebih banyak masa jom kita sama-sama tengok.

Impian 1: Kalau boleh saya nak siapkan assignment Research Method in Education,VGA dan Kimia Analisi malam ni juga.

Impian 2: Kalau boleh saya nak mulakan revision untuk final exam hari ini juga.

Impian 3: Kalau boleh saya dah tak nak jadi Facebook addict dah.

Impian 4: Kalau boleh saya nak jadi seorang pelajar yang komited dan istiqamah dalam mengulangkaji pelajaran.

Impian 5: Kalau boleh saya nak jadi budak baik. Ngeeee~~~

Impian 6: Kalau boleh saya nak dapatkan DL untuk sem ni. Errkkk... boleh ke?

Impian 7: Kalau boleh saya dah nak start buat kerja sekarang.



Itu sajalah impian saya. Hope bolehla saya capai dalam masa terdekat ni.


p/s: Tengah tunggu SPSS installation ni. Sempat lagi tulis entry. He he he~~Daaa

Monday, March 22, 2010

~...~

Wait for my new update. Tgh mencari idea dan kelapangan waktu.
Chiowww

Sunday, March 14, 2010

Bila mood untuk buat assignment is ZERO



Bila mood untuk buat assignment is zero, maka aku dengan senang hatinya menggoogle gambar-gambar kereta idaman aku. Ha ha ha. Nah amik ni dia kereta idaman aku. Aku dah susun ikut turutan. Sila lah jamu mata anda semua..Mmmmuuaaachhx..(Aik...kenapa tetiba bagi kiss ni)?(@_@)



6. BMW M5
5. BENTLEY


4. PEUGEOT 206
3. PEUGEOT 307


2. TOYOTA YARIS


The one and only my favorite car win the first place
1. NISSAN LATIO HATHBACK
mmmmmmuaaaahchhh i'm in it!

That's all. Aku tak minat la keta mewah-mewah sangat. Pic no. 6 and 5 tu saja je letak. Nak bagi nampak up la konon!! ha ha ha

Chioww!

BEWARE GIRLS!! ULAR PALING BERBISA TELAH DIJUMPAI.


What??? Ular????Snakes??? Takotttt.....
(Neway, kiut kan ular albino tu)hehe!

Hati-hati tau korang semua! Baru-baru ni telah dilaporkan ada yang menjumpai spesies ular paling berbisa di abad ini. Haih...Aku memang takut lah dengan ular...Tak kira lah ular tu bisa or not. Yang penting nama dia ular. Ekceli bukan takut sangat pun. But, geli je yang lebih. Euyyyyywwww....(tengah meremang sebab teringat waktu member suruh aku sentuh ular kat satu exhibition @Danga Bay 2 tahun yang lepas).

Okay, back to the topic. Before we go through aku nak tunjuk la sikit gambar-gambar ular yang amat berbisa di abad ini sebelum penemuan ular yang sangat-sangat berbisa dan berbahaya especially for kaum hawa, perempuan, girls dan seumpama dengan nya. Lets cekidaud!


Sumpah aku geli geleman gila tengok ular nih!
Errkk...ada sesiapa yang nak try buat wedding camni gak?

King of the king- King Cobra

Okay lah sebenarnya pics kat atas tu langsung tak berkaitan ngan ular yang aku cakap paling berbisa tu. Kalau korang nak tau macam mana ular tu sila baca artikel kat bawah ni. Aku jumpa di forum Ehoza.com



ULAR PALING BERBISA DI DUNIA

NAMA PENUH : Ularius Kasurus
NAMA SPECIAL : Ular Kadut
LOKASI POPULAR : Seluruh Dunia
JUMLAH SPECIES : Tak Terkira Jumlahnya

DESKRIPSI : Bermata Satu, berkepala mirip kepala cendawan (tapi lainnya yang masih satu spesies memiliki lapisan kulit ekstra, biasanya ada di daerah Asia Timur), biasa berwarna dari pink (Europe) sampai Hitam ( Africa ,Papua). Tidak memiliki taring tetapi memiliki semburan bisa yang sangat sangat berbisa, ukuran biasanya dari sekitar 3"-12" tergantung 20 dari rangsangan atau sub-species.

GEJALA : Menyerang (biasanya) wanita di bahagian bawah perut, mengakibatkan mangsa kehilangan kesedaran sesaat, dan seterusnya diikuti oleh muntah-muntah untuk kemudian perut menggelembung dan rasa sakit yang sangat setelah 9 bulan.
**Catatan: Tidak semua serangan mengakibatkan rangsangan.

NATURAL HABITAT: selalunya mudah ditemui dibilik tidur...
ANTIBODI: Ada beberapa pelalian untuk Wanita, belum ditemui untuk Lelaki, ini kerana efect bisa ular tersebut masih belum jelas pada lelaki.

CARA MENAKLUKNYA:
Bila anda berhadapan dengan Ular ini, Jangan Takut dan jangan pula terke ju t, inilah trik untuk menghadapinya. Pegang lehernya dengan 4 jari anda sementara ibu jari menghadap ke atas.
1.Pegang dengan lembut dan gerakkan tangan anda naik turun.
2.Ini akan mengakibatkan Ular itu jadi sangat Agresif dan Rapuh,sehingga dia akan mulai menyemburkan bisa.
3.Proses mengeluarkan bisa ini sepenuhnya tergantung dari simangsanya.
4. Setelah menyemburkan bisa, Ular kadut akan tidak berbahaya selama sekitar 20 minit.

PENUTUP:

Ular Kadut walaupun berbisa tidak sepenuhnya berbahaya,bila diperlakukan dengan "baik" dapat menjadi peliharaan yang menyenangkan. Terutama bagi kaum Hawa, kerana ular yang ini memang suka bersarang digua dengan kelembaban tertentu. Ular yang ini ju ga kalau hidup di tempat dengan ketinggian tertentu akan dapat menyimpan'bisa' yang banyak dan akan membuat korbannya haru-biru dan menggelepar...gelepar.



Hahahaha...agak2 korang ular apakah itu? Pernah tak korang terserempak ngan kelibat ular ni? Kalau pernah aku nasihatkan korang hati2 la ek...Jangan sampai kena patuk kat ular ganas ni. Chiowwww!

♥ Bitter Heart of Mine♥



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Sun rays come down as seen when they hit the ground,
Children spinning around till they fall down down down.
I wait for you: it's been two hours now,
You're still somewhere in town,
Your dinners getting cold.
I rest my case you are always this late,
And you know how much I hate waiting around 'round 'round,
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside,
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is gettin' just a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine.
And then you come and tell me the same reason as you did yesterday,
So tell me whats her name.
Doo doo da dum, doo doo da dum, doo doo doo doo doo doo da da dum dum, da da da da dum, da da da da dum, da da da da dum.
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide,
Bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile,
Bitter heart, bitter heart of mine, of mine, of mine, of mine, of mine, of mine.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥





I DREAM OF...♥♥♥

Adeh...nak beli tak mampu lagi. Kalau aku beli alamatnya mau tak makan la aku seminggu...(erkk...bolehla kurus kan??). Hahaha..Aku sekarang syukee sangat tengok kasut-kasut Crocs ni. Design dia cam menarik la jugak. Kalau dulu aku tengok design kasut dia sure tak berkenan. Tapi tak tahu la kenapa sekarang boleh terrrrsuka pulak. Sekarang hanya mampu pakai Crocs Wakaf Che Yeh atau pun Crocs Pandan City je (sori terpaksa kecikkan dan kaburkan tulisan bagi tak nampak). Hahaha...Ermm kalau boleh nak la jugak pakai Crocs yang original. Kan.... so, dengan nafsu yang membuak buak aku pun buka la Official Crocs punya laman web. Cari yang mana-mana berkenan. Mana tahu kan tetiba je ada orang hantar pos laju ke 22 Jun nanti. (Ditujukan khas untuk Muhamad Aswad Ahmad Lotffi). Harap-harap awak baca la entry ni. Woh2x. K lah dah tak larat nak menaip ni. Ngantuk sesangat. Nah...amik ni design2x yang aku berkenan.










Nak sangatttttt!!!!!

From pics above...the cheapest price is RM169 and the most expensive is RM 209

Tak mahal kan....????

Siapa yang baik hati nak bagi besday present ke or whatever la kan. Aku kasi dia love banyak2 macam ni..hehe

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Friday, March 12, 2010

3 CLICKS MORE TO ACHIEVE 1000 VISITORS.....CLICK PLEASE!! hehehe

Thanks korang cuz willing to spend your golden time by clicking to view my blog. Hehe sayang u oll very much...Opppss! Tak lupa jugak. Cantik tak banner yang i've created tu? hehe assignment tak buat but layan buat banner boleh pulak kan. Haih...tatau nak jadi apa......toing2~

It's 4:02 am..but i still at my desk! Studying LOL!~

Dah dua gelas nescafe aku buat untuk pagi ni. Nasib baik la mata belum lagi mau lelap.
Nak rilexkan mind la jap. Jom layan this video by Lady Gaga-Speechless. Very the like whoaaa this makcik Gaga. Haha...layannnn zassssssssssssssssssssssssss!!






Sorry buddies. Aku tunggu video ni uploading lama sangat. Tak dapat2 gak. So aku just letak link je la ek..Enjoy it and hope u'll loving it cuz im loving it!


Im deeply in luv with makcik Gaga's voice. She can sing very well kan...as in her record. sebijik je suara dia. Not like any other singer yang gempak je lebih tapi bila nyanyi live konfem hancusss..haha. Makcik Gaga.....I LOVE U!

Thursday, March 11, 2010

Arghhhhhhhh...Assignment oh assignment!




Banyak bebenor assignment aku sem ni weh. Memang sem yang hectic la. Patut ah dulu senior selalu pesan "baik korang ready untuk hadapi sem selepas Latihan Mengajar". Begini rupanya. Haih...pelajar di akhir tahun.

Walaupun assignment banyak and ada yang terlepas dateline dah pun, aku masih tak berbuat apa-apa. Hahahaha gilakan aku ni??Memang 100% gilo. Bila nak buat ni weyh.....masa dah suntuk. En. Mood pulak tak jugak datang-datang. Esok ada test lagi. Test untuk subjek yang tak tahu apaper. Masuk kelas asyik praktikal je. Tup2 test masuk teori. Hah..amik kau. Walau demikian rupa, aku akan berusaha jugak. Hehe.

Okay. Dah tak ada masa dah ni. Need to finish up 7 assignment this week. Alamatnya tak berjalan-jalan makan angin la aku weekend ni. Haa kan..baguslah memerap je kat bilik. Study sekali. Sebab next week kau nak balik Klate pulops..huhu bestnye. I just can't wait to be home. Aku nak kawin. Nanti aku letak gamba-gamba perkahwinan aku tu kat belog ek. K lah bye..daa...Assalamualaikum!




Wednesday, March 10, 2010

~THE LATE MOHD AZRI HAZIM~

AZRI HAZIM! Siapakah beliau??? ya...aku langsung tak kenal dia. Jumpa pun tak pernah. Dengar nama pun tak pernah. Cuma semalam aku tertarik dengan post member aku (SONNET) kat facebook dia yang bercerita macam mana dia boleh kenal dengan this AZRI HAZIM ni. Maka, aku pun rajin la menggodek belog dia dan terjumpa la entry pasal arwah. Tak tau kenapa, hati aku sayu and touching sangat baca pasal this late AZRI. Tambah lagi dengan alunan muzik yang meruntun jiwa kat belog si SONNET tu. Entah. Aku dapat merasai kesedihan kawan-kawan beliau yang meratapi pemergiannya. Walaupun aku tak pernah pun jadi kawan ngan beliau. Berita tentang peristiwa yang menimpa beliau ada kat SINI.

Kemudian, aku cuba taip nama beliau kat facebook. Jumpa beliau. He looks nice. No wonder la why all his friends mourn over his dead. Melalui pengamatan dan pemerhatian aku terhadap gambar-gambar beliau yang kaku tu, aku dapat rasakan yang he's very nice and cheerful friend. happy go lucky la senang cerita kan. Ermm...he's got a very beautiful girlfriend too. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan awek beliau. bagaimana nak tempuhi hari-hari mendatang tanpa insan tersayang. Tiada untuk selama-lamanya. Aku baca semua komen and wall post ucapan takziah dari kawan-kawan beliau. And guess what, aku jumpa last post beliau sehari sebelum beliau pergi meninggalkan kita semua. "LIFE IS TOO SHORT TO BE DEPRESSED". Macam tau je dia dah nak pergi tinggalkan dunia kan?? Sesunguhnya itu janji Allah. Tak akan terlewat atau cepat satu saat pun kalau DIA dah tentukan. Arwah AZRI telah diberikan nikmat hidup selama 22 tahun je. Cepatkan? Muda lagi. Sebaya ngan aku. Even beliau tak sakit, sihat je macam orang lain. Namun, janji Allah tetap janji.

Kita yang masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini, ambil lah iktibar. KEMATIAN. Tidak kira muda atau tua. Apabila tiba waktunya, datanglah ia. Bertaubatlah selagi diberi kesempatan. AZRI...walaupun aku tak pernah kenal kau. Dan bukan juga kawan kau. Aku doakan semoga Tuhan ampuni segala dosa-dosa kau dan mencucuri rahmat ke atas roh kau. Amin. Kepada Nadia Shariff juga. Tabahlah menghadapi hari-hari mendatang dan sentiasa doakan yang terbaik untuk arwah. Hiduplah dalam kenangan itu. InsyaAllah bertemu jua disana nanti. Be strong girl. Tak lupa juga, a deeper condolences to his family and friends.



Al-Fatihah. Semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi.

p/s: Arwah AZRI HAZIM telah meninggalkan kita pada 24 February 2010 yang lepas dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Naza Suria yang dipandunya dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Beliau dan neneknya maut dalam kejadian tragis itu, manakala seorang lagi adik beliau cedera parah dan tidak sedarkan diri selama beberapa hari. Semasa entry ini ditulis. Adik beliau telah pun sedarkan diri.(maklumat melalui FACEBOOK miliknya). Beliau merupakan seorang trainee pilot yang sedang menjalani latihan di Asia Flight Training di Kota Bharu.