Nuffnang

Thursday, October 28, 2010

Kenali Peribadi Anda Melalui Cara Kentut


Hehehe siapa tak pernah kentut? aik aik jangan bohong ah

jom kenali peribadi anda. 


1.Bijaksana : orang yang tahu situasi dimana dan bagaimana dia harus kentu

2.ceria : orang yang masih tertawa setelah mencium kentut orang lain

3.licik : orang yang kentut tapi menuduh orang lain yang kentut

4.penipu / pembohong : orang yang kentut tapi tidak mengaku ketika ditanya

5.pemaaf : orang yang dengan ikhlas memaafkan orang lain yang sudah menuduh dirinya kentut 

6.kreatif : orang yang memanipulasi bunyi kentutnya

7.pintar : orang yang berjaya kentut di depan orang lain tanpa disedari

8.pemalu : orang yang suka kentut senyap2

9.terbuka : orang yang slamber kentut di depan orang lain 

10.tertutup : orang yang kentut akan hanya menikmati kentutnya seorang diri

11.adil : orang yang tercium bau kentut, tapi tidak mahu menuduh orang lain jika tidak ada buktinya

12.suka seseorang : orang yang akan kentut di depan orang yang dia suka

13.suka berlongsi : orang yang kentut sukanya dinikmati bau dan bunyi bersama-sama

14.rajin : orang yang rajin belajar membuat bunyi kentut

15.serius : orang yang tidak menerima pelawaan kalau sedang kentut

16.dewasa : orang yang dapat menerima kenyataan bila dia tahu terkentut di depan orang lain

17.keras kepala : orang yang marah bila kentutnya dikata orang berbau

18.suka memimpin : orang yang mampu membuat orang lain ‘mahu’ mendengar dan mencium kentutnya

19.pantang menyerah : orang yang akan terus berusaha untuk kentut walaupun dia belum bersedia untuk kentut

20.setia : orang yang tetap mencintai kekasihnya walaupun sudah tahu kentut pasangannya berbau


erk..aku kategori yang ke 18 kot...hihihihi

come to me baby please!



It's been a few days i didn't write. Oh I miss my blog. But if u noticed, there's something changed. What was that? cepat teka cepat teka.
Ahah....that's my banner laa. I did it on my own using photoshop CS3. Oh lame.
baru sekarang pandai nak guna photoshop untuk edit gambar.
shame on me. nama jer budak kimia dan komputer. hehe
anyway, ada lagi gambar yang sempat diedit 
nak tengok sila skroll ke bawah sekarang

.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng...gonjeng


sila abaikan kepala orang kat belakang tu ye

bunga konvo my other half

me and my other half


baru dua keping yang sempat di 'touch up'
well, as i've already mentioned before
too many works to do!


till then, bye...tido kejap!


Tuesday, October 26, 2010

Monday, October 25, 2010

alamak...sempat ke ni?



sosiologi submit pukul 2  petang kang...tinggal nak edit-edit sikit je lagi

radiokimia submit and present hari selasa. that's mean esok la kan? pe cer..langsung tak karang apa-apa lagi. jurnal dah ada. lega!

kimia koordinatan...submit hari khamis. masih dalam proses.

oral english kena berlakon submit hari jumaat. skrip pun takde lagi...gila ah

seminar pendidikan kekeluargaan pun hari jumaat. assignment tak compile lagi...assignment 4 tak siap lagi.

kesimpulannya sempat ke aku nak buat semua ni? kalau ikut kadar manusia biasa memang mustahil untuk siapkan semua nih.

means aku kena bekerja twenty four seven!

p/s: dah berapa hari tak tido. kesian kan? uh

Sunday, October 24, 2010

Malam yang sibuk dengan kerja yang berlambak, tiba-tiba...


Scene 1

"eh Fin, jom call McD nak?" cakap kat rumet.

"nak nak. aku lapar" dengan penuh enthusiastism atau pun dalam bahasa kelatenya (bersungguh) rumet menjawab.

Scene 2

 tok tok tok..."salam kak Te'ah ada nombor mcD delivery tak?"

"hah..ye ada. nak order mcD ke? nih amik no. ni"

"thanks kak Te'ah". sambil tekan-tekan keypad henfonku.

Scene 3

"Hello, saya bla bla bla....boleh buat pesanan satu set happy meal beef burger dan satu set fillet-O-fish"

"okay. pesanan diterima. sila tunggu sementara penghantaran dibuat ya cik"

"ok". klik. talian diputuskan. 

jam menunjukkan pukul 10.25 malam.


15 minit kemudian
.
.
.
.
takde tanda-tanda servis penghantaran sampai

30 minit kemudian
.
.
.
.
ponnnn takde jugak. aku dah mula gelisah. LAPAR. takpe, maybe sebab hujan kot. despatch takut beger dia masuk air kot. Optimis sikit.

1.30 jam kemudian
.
.
.
haih tak sampai lagi. ni dah lebih ni. dah laa first time aku order kot delivery. call balik mcD lah

" err hello boleh tanya tak, saya ada buat pesanan dah dekat dua jam tapi pesanan masih tak sampai lagi. macam mana ye" berbudi bahasa lagi tuh. padahal dah geram gilerr

"oh ye cik. no. order cik bla bla bla tu ke? maaf ye kerana terlambat, saya akan hubungi store berhampiran sekarang juga" apsal la pompuan yang angkat. kalau laki dah boleh ngorat kan. hahaha

"ok..tq". lega sikit. aku ingat pesanan tak konfem ke hape

2 jam kemudian
.
.
"tet..tet..tet" bunyi mesej

"McDonald arrive at w3"

hah sampai pun kau. dah nak majuk dah ni. haduiiii memang macam ni ke lewatnya kalau guna servis delivery nih. kalau tau lah aku dah ajak member aku pergi buat drive thru. Kalau yang memang tengah lapar gile dah tinggal arwah agaknya. eh melampau pulak sampai tinggal arwah. hehe

okay baru habis melantak. dah kenyang dah. time to sleep. eh silap time to continue my works. 

kesian kat my rumet coz dia tengah loya-loya sebab perut masuk angin.

-Bye-

Saturday, October 23, 2010

You can grab Blackberry Torch for free here. Serious No kidding!


This is a good news to users of blackberry. Much good news to non-blackberry user.


 The only dream that I can never catch until now is having a Blackberry smartphone.  If only I can buy that smartphone. Walllahhh. Thousand words still can not describe the feeling. Poor me. huh 


they make my saliva's melting (-_-")


One day a friend approaching me and told me...

Hey, do you know that Blackberry's family is introducing the new model of Blackberry? It's the Blacberry Torch 9800. You can grab it for free by blog about it in your 'extraordinary beauty nice blog'. (Haha note that   i created the phrases)

I went back to my room and start logging in my dashboard. Wow! its true. I found out that Celcom is giving out 2 units of new Blackberry Torch 9800 for free to Nuffnang blogger for the most creative post. I better grab this oppurtunity. Without wasting more time I started checking out the features of this new Blacberry product.  

Look at what did i found out.
ouchhh sexxayy!

Touchscreen. What are the most important is it is not fully touchscreen so just do not worry with 'kelecehan' using the touchscreen feature. It do have a qwerty keypad hiding at the back and you just need to slide it in front if you want to use it. Cool and cute!The space. I bet you will satisfied with the 8 GB of memory space. Not just that, if you think 8 GB still not enough you can expand the memory using the microSD card up to 32 GB. Wow! Talking about the camera now you do not have to worry about taking blurry pictures anymore. OMG!!! It's camera is 5 MP you. I love that! Before this, one of the blackberry feature that annoyed me is it's camera. How come it just came with 2 MP. Alright, you may check the details more in here. I really love this Blacberry Torch i told you!





I can tell that this is an all in one design. For those who like all features in one smartphone yes sure you can have this. I guess you people will crazy about it too. It comes with really cool and unique features which is you can't found it at any other smartphones includes the previous model of Blackberry itself.

So, don't waste your time come and join us in Nuffnang community if you want to grab it for free. Cool! More details about this contest click here.Thanks Celcom! Oh do you guys ever heard about Celcom Exec 50 Plan? The only postpaid plan that offers you the lowest rate to stay connected with your loves one.
-15 sen call rate to any numbers 
-Discount up to 30% every month
and more...
for only RM 50 per month. Sure you can afford it. I am the user of this postpaid plan for almost 2 years. And the only word i can tell you is  SAVE. If you want to save up your money just register with this plan. It really worth it! Register here. Hurry up and be the first 100 customers to get:

Free Jabra Bluetooth Headset Jabra Cliper (worth RM125)
Free 8 GB Micro SD Card (worth RM68)
Free Energizer Portable (worth RM58)


Hurry up! Hurry up! Hurry up!
For all the Nuffies what are you waiting for? Go blog about it just like what I've done.

I thought i will never have a chance to own a Blackberry. I was wrong then. The chance is in front of my eye now! Thanks Nuffnang and Celcom for giving this oppurtunity. Smile! Smile!Smile!




Thursday, October 21, 2010

gini ek gamaknya?



aku memang tak pernah pergi tengok fashion show yang ada model duk jalan kepit-kepit tuh. tapi aku selalu gak tengok fashion show kat tv. tapi yang nih sumpah aku tak pernah tengok lagi.




oh....inilah rupanya dinamakan ISLAMIC FASHION SHOW. apa ke bengap sangat dorang nih. tak paham lak aku. uihhh kenapa ada gamba rosmah kat situ? sebab rosmah ngan PM kita pun pergi jugak la kat event tuh. Dengar cerita si rosmah nak buat event ni kat KLCC lak nanti. so sila lah ramaikan suasana di KLCC time tu ye. mau penerangan lebih lanjut sila ke page facebook ni---->klik sini

what will i be 10 years from now!


what will i be 10 years from now
what will i wear
how will i look
what will i do
i think too much
is the rain still the same

ok. tipu. itu lirik lagu AIZAT. Years from now!

kearah yang lebih serius. 10 years from now. What am i going to be huh?
maybe aku sedang termengah-mengah mengajar budak-budak sekolah. maklumlah dah tua dah. 32 kot. ke muda lagi? macam muda lagi je kan. ermmm ataupun dah bertukar profession melangkah setapak ke atas. jadi lecturer. atau pun sedang kalut menyediakan sarapan, mop lantai rumah dan basuh baju anak-anak dan suami? erkk.. yang last tu aku suka. hihi jawatan aku jadi surirumah educated dengan gaji campur elaun RM3500 sebulan. wallaaaaah. ada ke orang nak kawen ngan aku pasni?


whatever. first kalau aku still seorang guru. maybe waktu tu aku dah balik mengajar semenanjung Malaysia. maklumlah cita-cita aku nak berbakti di Sabah. siyes weh. kalau orang lain nangis-nangis tak nak gi Sabah. aku dengan rela hati nak mencampakkan diri aku sendiri ke sana. Dengar cerita macam best jugak mengajar dekat Sabah tu. Okey aku bajet dalam 5 tahun je la aku kat sana. apa yang paling best kalau kita mencampakkan diri kita ke Sabah ni lepas 5 tahun kat sana kita boleh balik mengajar di kampung halaman terus. moral of da story here is 'jom posting Sabah ramai-ramai'.

my ex-students in Sultan Abu Bakar Girls School.

erkkk tengok apa aku ajar dorang tu..hik3x
second. maybe aku dah ada paling kurang pun 3 orang anak waktu tu. wah meriahnya! 

third. aku dah ada kereta idaman kalbu. Nissan Latio sport. tak kisah lah kalau waktu tu dah keluar kereta model baru yang lagi canggih manggih macam buah manggis ke. aku still setia kat kereta tu jugak. 

perghhhhh meleleh air liur beb

fourth. aku dah ada rumah banglo hasil rekaan aku sendiri. note that dulu cita-cita aku nak jadi arkitek. seriusssss cita-cita tu lah aku duk tulis kat dalam buku biodata kawan-kawan aku dari darjah empat sampai darjah enam. tiap-tiap tahun pulak tuh. dorang tu memang tiap-tiap tahun akan buat buku biodata baru. kenapa entah. toksah duk cakap orang. aku pun sama. tehee(@_@) 

fifth. aku dah pergi Mekah tunaikan haji. bawak sekali parents aku. ditanggung beres oleh aku. bila lagi nak berbakti kan? jasa dorang membesarkan aku pun tak terbalas. ishh..tetiba rindu dorang pulak. sabarlah minggu depan bukan ke kau balik? erkk

sixth. emm lima dah laa...aku dah ngantuk giler. sambung lain kali plak. kamu-kamu semua takkan baca je. cerita lah sket apa yang kamu-kamu bayangkan kamu bakal jadi 10 years from now.



p/s: kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan segalanya. Wallahualam.

Monday, October 18, 2010

OK meroyan time dah tiba


Yes meroyan time dah datang. Aku dah meroyan pasal banyak sangat kerja nak kena siapkan. Sama macam sem lepas jugak. Kalau korang pembaca tegar blog aku mesti korang tau. Kalau tak tau dan sibuk nak amik tau klik je sini. It's happen to be like this for every semester. Sabarlah wahai diri, setahun je lagi nak habis. Pulunlah kau habis-habisan. Dua malam tak tido tu dah jadi perkara biasa. Bagus jugak ada rentetan hidup macam nih dan dirakamkan dalam blog buruk nih, at least ada jugak rekod untuk anak cucu nanti. kannnn...

Jadual exam final pun dah keluar. Dah lama kot keluar. Sibuk nak cakap jugak. Biar ah nak jugak cakap. Exam takde lah stress sangat sebab banyak gap. Apa yang aku tengah stress nih pasal subjek yang nak kena amik sem depan. Macam berat je. Ada empat kot subjek tiga kredit. Mati ohhh! Harap pihak fakulti baik hati lah nak gi mintak diskaun ni. Memang macam nak gila je aku rasa sekarang. Assignment ada banyak lagi. Baik aku siapkan sekarang. Bye



pesanan untuk bakal cucu if u read this: Nenek tengah biol ni cu. Nanti kalau ada assignment cepat-cepat buat tau. jangan last minit macam nenek.

Friday, October 15, 2010

Tips untuk hilangkan lenguh pada kaki


Nak tips ke tak nak nih? Tak nak? Tak kira. Nak bagi jugak.

Lu pernah tak rasa lenguh pada kaki? Kalau lu kata tak pernah bawaklah bertobat sebab gua tau lu tipu. Gua selalu je rasa lenguh kat kaki, to be exact kat tapak kaki. Ahh...tak kisahlah asal namanya kaki kan. Selalunya bila kuar window shopping lama-lama. Waktu balik B.I.G hari tu pun lenguh gak. Time uh memang rasa sangat. So, apa gua buat? gua godek la internet cari petua. Nih antara yang gua jumpa.


1. Rendam kaki lu dalam air suam. Kalau nak kasi best lagi lu letaklah garam sikit. Rendam selama 15 minit je. Disamping boleh hilangkan lenguh-lenguh kat kaki lu, fungsi garam tu jugak untuk bersihkan kaki lu. (Gua buat yang nih)

2. Urut kaki lu. Haha typical kan. Tapi siyes, lu akan rasa lega. Lebih-lebih lagi urut guna scrub. Lagi best suruh kawan lu urutkan. 

3. Lu pakai timun atau limau. Lu just golek-golekkan je buah tadi tu kat kaki lu.

4. Lu kena tidur dalam keadaan meniarap. Esok bangun konfem hilang lenguh tu. Bila lu tidur ikut posisi uh darah lu akan jalan lancar.

5. Ni tip yang paling berkesan. Lu amik sebiji limau nipis. Lu potong dua. Sebelah lu perah dalam mata belah kiri, sebelah lagi belah kanan. Cara ni konfem jadi sebab lu dah tak fikir dah pasal kaki lu yang lenguh tuh. Pedih dalam mata lu mengatasi segala sakit yang lain. 




itu aje yang gua jumpa. Nanti kalau jumpa banyak lagi gua update lain.


(B.I.G) apa itu B.I.G? Bina Insan Guru lah


(ayat pertama bermain difikiran)

"Gurukah aku?"

"Tak. Kau bakal guru"

"Boleh ke aku jadi guru"

"Kau mesti boleh"

"Yes, pasti boleh dan yakin boleh"

dengan bangganya

"I am the future sophisticated teacher"

keterujaan melampau

sudah. full stop


hah tu dia...belajar dah nak habis. Latihan mengajar pun dah. Tunggu nak grad je sekarang lepas tu dah boleh mulakan tugas sebagai pendidik. Lepas ke tak belum tentu lagi. Jangan ingat nak jadi cikgu sekarang senang-senang je. Ramai yang beranggapan "Oooh belajar amik pendidikan untunglah kau keluar je dah dapat kerja". Eh pelisss kami pun belum tentu dapat kerja lagi ok. Bila keluar je nanti kena buat ujian personaliti, interview, interview dan interview lagi sebelum dapat tittle 'PEGAWAI PENDIDIK SISWAZAH'. Perasan tak banyak kali aku state perkataan interview tu? memang itu lah lumrahnya nak jadi cikgu. Bukan senang ok.

Dah tu apa kena mengena pulak ngan B.I.G ni ek. hmm program B.I.G ni kat mana-mana IPTA pun ada. Cuma bezanya maybe pada nama. Kalau kat UTM ni macam itulah gamaknya. B.I.G dorang panggil. Bina Insan Guru. Program yang menyebabkan aku tak leh keluar lepak dan shopping pada weekend hari untuk dua minggu berturut-turut. 

Weekend pertama hari pertama, aku kena attend ceramah pasal olahraga. Segala bagai lah kena amik tahu. Fungsi pengadil olahraga, fungsi bendera putih dan whatsoever tak larat nak cakap. Hadui..penat!. Hari kedua pun sama, ceramah lagi. Nah masuk hari ketiga habis cramp segala tulang temulang aku. Siapa suruh tak mau aktif kan. Sekali kena bersukan dua hari jalan macam robot. Otot-otot kaki dan tangan aku mengalami kejutan yang amat sangat. Ye lah mana tak nye. Cuba bayangkan dalam satu hari kena belajar empat jenis permainan. Mula-mula pagi tu kena main bola baling. Nasib baik waktu KoQ hari tu aku amik subjek bola baling dan sempat dapat sijil kejurulatihan lagi tu. Hamboiii... nak jugak promote. Tehee! Lepas tu pergi main bola tampar pulak. Perhatian!! coach handsome ok. Semangat jer main. Haha. Then rest kejap untuk solat dan makan tengahari.

Sambung balik dengan belajar main lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera. Coach handsome lagi!! semangat. Ini pun aku bulih handle sebab masa darjah enam dah pernah wakil sekolah untuk lontar peluru. Darjah enam ok! Nampak sangat waktu darjah enam dah berbadan sasa. No wonder! Last game untuk hari itu acara larian berganti empat kali seratus. Aku dah surrender cakap siap-siap kat coach tak mau lari nak jadi pengadil pegang bendera je dengan alasan kaki aku injured. It's true ok. Injured setahun yang lepas waktu praktis bola baling so, sampai sekarang kalau lompat-lompat atau lari berlebihan sakit akan terasa. Kesian dah tak boleh nak aktif sangat. Hmmm...Maka habislah B.I.G bahagian pertama. Untuk pengetahun semua, bukan cikgu sains sukan atau pendidikan jasmani je kena belajar pasal sukan ye. Ustazah, cikgu kimia, cikgu math pun kena jugak. Barulah mantop! Bosan ek aku bebel. Sorry time ni takde gambar.

Masuk weekend minggu kedua. B.I.G bahagian kedua. Kena camping babe. Dah lama giler kot tak gi camping. Paling last pun time tingkatan lima. Itu Kem Bina Insan. Kira lebih kuranglah kan. Ada juga persamaan. Sama-sama ada perkataan Bina dan Insan. hehe. Nak tahu tak kat mana kitorang punye camp site? Ahah..tak sampai lima minit jaraknya dari kolej aku. Save budget sungguh UTM ni kan. Tak merasalah kitorang gi camp kat luar. Tapi apa-apa pun camp tu sangat best. Haruslah sebab dapat camp comander yang sangat best. Fasilitator pun semua best. Jom layan gambar ! Penat dah wat senaman jari.


sila klik pada gamba untuk tumbesaran tulang temulang

Day 1
aktiviti
-pasang khemah
-masak untuk makan malam
-night walk


Day 2
aktiviti
-orientering
-kayak
-malam kebudayaan


Day 3
aktiviti
-explorace
-majlis penutup



maka itulah aktiviti gue selama tiga hari. enjoice u olsss

my happening group members





Monday, October 11, 2010

Hanis Zalikha: Penyelamat rambut resembling penyapu?

Hanis Zalikha: Penyelamat rambut resembling penyapu?

Frust tengok segelintir umat manusia



Macam-macam hal lah manusia nih. Bukan nak cakap aku ni baik sangat. Aku pun still manusia biasa yang tak terlepas dari kekhilafan. Nobody is perfect right. Tapi aku sangat terkilan tengok life sorang hamba Allah. Well known person jugak tapi tak sefemes Lisa surihani or Siti Nurhaliza lah. She is a sexy model. No need lah to mention her name. She used to be non-muslim before this. But then now, she's already converted to our religious. ISLAM. Yes she's a Muslim now. She married with Malay.

 Tapi sangat sedih melihatkan gaya hidup mereka. Si suami pulak kemana perginya tanggungjawab untuk menegur isteri anda? Dah Muslim tapi still seksi meksi. Bertatu segala bagai and siap boleh bangga ngan tatu tersebut. Well, dah ada sorang anak dah pun. Apa yang paling menggerakkan hati aku untuk tulis entry ni adalah sebab kesian giler kat anak dia tu. Anak dia boy. Kecil-kecil dah diajar pergi bar, pergi club. Baru umur 2 tahun u olss. Apa nak jadi??? No wonder la bila besar nanti perangai entah pape. Mintak dijauhkan..InsyaAllah. Moga-moga thats baby boy tak jadi bukan-bukan macam his parents.

Dia ni dah pernah kena kutuk kaw2 punya kat facebook. Satu je yang bagus pasal dia ni. Dia tak melenting bila orang kutuk dia. Siap boleh layan lagi. Then bagi nasihat kat orang yang kutuk dia balik. Cakap kutuk orang lagi berdosa. Tapi ye lah. Dah macam tu sapa tak mau kutuk. Eh, aku pun tak kutuk dia. Aku cuma terkilan tengok dia. Moga-moga one day she's realise and bertaubat. InsyaAllah. Sama-samalah kita doakan. Amin.

Wahai lelaki. Tak takutkah anda dengan balasan Allah nanti. Dosa sendiri pun tak tertanggung nak tanggung dosa si isteri lagi. 

p/s: agak-agak korang tahu tak siapa?

Friday, October 08, 2010

Perasaan takut yang tak mampu diungkap


Takut tak ngan gelap, hutan dan bukit? Aku! gelap tak takut sangat kot sebab masih boleh tidur dalam gelap. Tapi kalau gelap dalam hutan atas bukit. Waaaaaaaaa memang aku takut!!!
Camner ni malam karang kena night walk kat balai cerap. Bayangkan kena jalan sorang-sorang kiri kanan hutan gelap gelita. Malam tadi aku dah try naik ngan kereta bersama dua orang rakan yang bakal menyertai aktiviti night walk. Siyes gila seram. Walaupun naik ngan kereta habis meremang bulu roma dowh. Kami try padamkan lampu kereta nak tengok tahap kegelapan yang kami kena betul-betul lalui nanti. Tak sanggupppp. Sekarang tak boleh nak tidur memikirkan nasib aku malam nanti. Tepat jam 12.00 tengah malam. Perasaan takut yang tak mampu diungkap dengan kata-kata...

lebih kurang camni ar hutan tuh

Thursday, October 07, 2010

Eid 1431 Hijriah


Well, hari ni dah berapa Syawal ek? mungkin aku orang paling lambat update pasal raya kot.How was your eid celebration? Mine....mmmphhh tak meriah sangat.ok ok je. Al-maklumlah tak sempat nak beraya ngan insan tersayang. Sob...sob...sob

Dalam tak meriah tu pun still ada ke'happy'annya. Dapat jumpa kawan-kawan lama, dan yang penting dapat kawan baru. Friend of friend la senang citer. Fuhh dorang memang gempak dan sekepala tambah lagi aku memang mudah ngam ngan semua orang. 


First day. Raya kat umah arwah MAMA. Semua adik beradik berkumpul. Memang best tapi sayu sangat. Pagi sebelum pergi solat kat masjid makan nasi goreng je. Biasanya makan rendang cicah ngan roti jala. Eh cam pelik je bunyinya, roti jala cicah ngan rendang laa. Semua dah tinggal kenangan. Rindu dia. Amat rindu. Al-Fatihah


cukup. penuh
keluarga besar kami

anak anak dara dan mak dara


Second day raya. Open house kecil kecilan kat rumah dan terperap kat rumah langsung tak pegi jalan mana-mana. Ternak lemak yang sememangnya sangat banyak. Bagus kan...That day my besties datang rumah. Sila klik pada link dibawah untuk paparan gambar seterusnya.

Wednesday, October 06, 2010

Berpesta-pestaan seharian di Pesta Konvokesyen ke-45 UTM

Berpagian aku bangun pagi semalam (25/09/10). Lebih kurang pukul 8 a.m gitu ar. Agak awal la bagi aku untuk hari minggu.Mana taknya sampaikan bila aku jumpa kawan aku waktu nk pergi mandi pagi tu dia pandang aku semacam je dah tu sambil buat mimik muka pelik. Erkkk..hairan aku bangun awal di hari kemingguan. Hahaha

Ini semua sebab aku join contest la kat pesta konvo tuh. Kalau tak jangan haraplah nak bangun awal. Harap-harap bakal mertua tak baca entry ini lalu tak sanggup nak jadikan aku menantu. Ok sambung cerita asal. Semalam aku dan kawan-kawan seperti berikut (tgk gamba jap agi) join satu contest nama dia Apprentice. Ada sape-sape tak tau ke apprentice tu hape? Aishh...kenal tak Donald Trumph...kalau kenal angkat jari kelingking kawan sebelah ok. Haa..Donald Trumph yang kaya jutawan bagai tu ye, bukan Mc Donald hokey. So, contest tu start pada pukul 10 a.m sebab itulah kami pulun bangun berpagi-pagian.

Sesampainya kami di tapak pesta, terus mara menuju ke booth ADAbi yang tersergam indah. Briefing serba sedikit. Kami diberikan sehelai jersey setiap sorang dan wajib pulak untuk pakai baju tu sepanjang contest berlangsung. 

waktu ni tengah briefing.

Tugas kami pada hari tersebut adalah memasarkan barangan Adabi seperti Kopi 5 in 1 dan empat perasa cucur. Kumpulan yang dapat keuntungan paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. Ekceli 3 group je yang join, so kalah menang pun dapat hadiah gak. Kami join pun suka-suka je sebab nak dapat sijil. Apa yang best semua peserta akan dapat 2 buah novel sumbangan dari Alaf 21.