Nuffnang

Sunday, December 26, 2010

Senja Nan Merah with the kiddos!



Pada suatu senja nan merah, sedang aku dan golongan ibu ibu dan bapak bapak berborak, berbincang tentang hal hal semasa, kami terkesima seketika...mencari kemanakah menghilang golongan si kanak kanak. Ku toleh ke kanan, ku toleh kekiri. Tiada. Oh rupanya mereka di laman hadapan rumah. Alangkah terkejut dan terkesima sekali lagi aku dan mereka (seperti yang tersebut diatas) tatkala melihat kanak kanak tersebut sedang...sedang...sedang...errr...korang tengok la sendiri.


-
-
-
-
-
-
-
-
-






Depa dok bakaq rumput rupanya. LOL! Rajin betul kan depa ni. Tak payah kena suruh pun. Kitorang ingat duk main kejar kejar ke hape. Mereka nih tiga beradik, rajin pun depa la, malas pun depa jugak, kekadang  degil, kekadang dengar kata. Sepanjang cuti nih ni lah kerja aku, duk babysitting depa. Eh baby lagi ke depa nih? LOL! Meh layan gambaq depa ada lagi nih








Longgok rumput tu pun depa yang buat. Ok baju biru tu si kakak, Auni Ilyana (8 thn) nama diberi oleh bonda tercinta depa, baju merah tu pulak nombor dua, Ahmad Iqbal (6 thn). Bagi sesapa yang cakap "what the H, bagi kanak-kanak main api selamba jer". Harap maklum dan jangan risau depa memang boleh di harap dan sangat berdikari sebab dah di latih sejak kecil lagi oleh bonda depa.









Si kecik yang pakai baju Mercedes-Benz tu nombor 3, Adam Luqman (4). Saja lah tu tumpang glemer abang ngan kakak. Padahal main bola je kerjanya.






Peace!!!


Iqbal sangat matang walaupun baru berusia 6 tahun. Matang disini bukanlah bermaksud matang macam Hanis Zalikha. Hehe. Matang lah sebagai budak-budak,  maksud aku dia tak bersifat macam budak umur 6 tahun. He's a smart boy. Tapi nakal la jugak. Tipu la kalau tak nakal. Biasa la kids kan!



The best part is malam tadi my tuutt ( let's call him the Mister) datang bagi chicken chop. The Mister macam biasa lah pendiam orangnya, lepas hantar je borak sikit then terus balik. Tiba-tiba...



                                               Iqbal: The Mister tu kurusss..lemah lembut
Auni : Erm..tu lah, kak Ada gemok, ganas, garang.


Eh, budak dua orang ni sempat mengomel pasal aku and the Mister. Dah tu siap cakap aku gemok lagi ye..Har har har tergelak sakan aku. Aku garang ke? tak perasan plak. Tapi kekadang tu memang aku tegas ngan dorang ni. Apa apa aje lah korang.




WhatEver: Saya sayang kamu semua wahai kiddos sekalian!!!




Saturday, December 25, 2010

Blackberry Bold 9700


This phone become on top of my 2011 wishlist

Blackberry Bold II


I dream to have this since it first launched in Malaysia on October 2009. Well, where should I get soo much money to buy this phone at  that time. May be it is just a little to some people but it is too much for me. It's a must to have this by 2011, InsyaAllah I can afford it this time. 


WhatEver: working so hard in order to make this one affordable..:)

Aksi comolot Lisa Surihani



OMG my favourite actress was caught kissing. WTH? She's look innocent isn't she?

Sabar...sabar...sabar.. Jangan cepat nak fikir bukan bukan. Dia memang ah ada comolot tapi bukan dengan guys. Dia comolot ngan this girl..













OMG !! OMG!! OMG!!






 just kidding larh..
hahaa with this cute little girl...Mia Sara Nasuha! LOL!


WhatEver: musti ramai jejaka di luar sana jeles ngan this little gurl kan. sabar3x!

Ghairah!!!



Misi terbaru aku selama seminggu. Misi mencari remis di pantai. ohhh sangat meng-ghairah-kan. Sanggup bangun seawal jam 9.00 pagi untuk turun ke laut. Korek punya korek, kutip punya kutip tanpa aku sedar matahari dah terik kat atas kepala. Toleh kanan toleh kiri eh dah tak ada orang. Ah bantai ah tak puas hati lagi dengan hasil pencarian. Memang sangat best ah. Bagi yang tak pernah turun ke laut untuk mencari remis atau yang langsung tak kenal apa itu remis memang tak leh nak imagine lah perasaan aku. Panas semakin terik. Oh aku lupa aku sedang memakai short sleeves t-shirt dan tak pulak pakai hat. Mati ah gini abis burn. 

Tepat jam 1.30 aku decide untuk naik ke darat. Sebab nanti petang mau turun lagi bersama bf dan kakak ipar. Tehee! Paling tak bleh blah lengan aku burn memerah macam udang kena bakar. Pedih oh. Sama macam muka aku. BURN....! 

Haha itu aje nak cakap. Kulit aku sedang mengalami kebakaran yang teramat. PEDIH!

this is how the 'remis' looks like



WhatEver: pics misi pencarian tak dapat di capture sebab semua orang tak bawak henfon.

Friday, December 17, 2010

9 perkataan lelaki harus FAHAM



Bila perempuan cakap...

1. Ok. Fine!
~ tolonglah faham kalau perempuan dah cakap macam tu tandanya dia nak stop bertengkar dengan kamu. Dia rasa dia betul dan nak menang, so, lebih baik kamu diam je untuk meredakan keadaan.

2. Tolong bagi saya 5 minit.
~ hehe selalu buat tak wahai perempuan perempuan di luar sana? Lebih lebih lagi kalau tengah bersiap nak keluar. Dengan mekapnya lagi, berdandan, belit belit tudung. At last 5 minit yang diminta tu sebenarnya menyamai setengah jam. So, kepada lelaki lelaki di luar sana faham faham lah kalu si perempuan minta 5 minit, jangan risau kamu masih boleh pergi kedai mamak dan tonton satu game bola sepak. Haha melampau betul. Lalalalala~

3. Tak ada apa apa atau bahasa omputihnya, Nothing!
~ Kamu harus faham sebenarnya kalau dah si perempuan tu cakap 'nothing' maknanya dia tengah nak meletup tapi still under control. Ada lah tu something yang disembunyikan olehnya. Maka dengan itu lebih baik kamu jangan nak tanya banyak banyak. Buat derkk je ek.

4. Buat ah, nak sangat kan? atau pun go ahead!
~ Contohnya kalau awek kamu cakap "hah, pergilah ngorat pompuan tuh tadi cakap nak sangat!". Sekali, janganlah kamu pergi ngorat betul betul pulak kan. Itu merupakan satu cabaran bukannya bagi kamu kebenaran untuk buat. Tahulah kamu semua pantang dicabar...haih

5. Mengeluh dengan kuat seperti "Hhhhhhhaaaaihhh"
~ Haa itu tandanya perempuan tu merasakan buang masa je bertengkar dengan kamu pasal perkara yang tidak penting baginya.

6. Tak apa atau it's okay!
~ Agak bahaya ah kalau perempuan cakap  macam nih sebab sebenarnya mereka sedang berfikir dalam dalam macam mana caranya nak maafkan kamu kalau kamu ada berbuat kesalahan.

7. Terima kasih!
~ Kalau tetiba jer perempuan cakap terima kasih kat kamu, jangan banyak soal pula, cakap je 'sama-sama'. Tapi kalau perempuan tu cakap pada kamu 'terima kasih banyak banyak ye!' jangan pula kamu jawab 'sama-sama' sebab perempuan tu sebenarnya tengah sindir kamu.

8. Whatever!
~ ahah...ini sebenarnya satu cara untuk perempuan tu cakap F**K you!

9. Jangan risau, saya tahulah macam mana nak buat.
~  Perempuan akan cakap macam tu selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka sendiri juga yang buat.

Saturday, December 04, 2010

The Girlfriends and sweet memories




HOT tak HOT tak?  


Haa..Tu member I waktu sekolah dulu. Lama giler kot tak jumpa since seven years ago. December 2nd hari tuh berlangsung sebuah reunion kecil kecilan kat KLCC. Ramai jugak member yang datang. Antaranya hot lady kat atas tu. Azreen namanya. Many more, my best buddy since form one Ida Natasya. 


cutest girl in da worl. Ida Natasha.
Babe, I'm bless to have u as my greatest buddy!
Love u


Nur Syuhadah Aziz
Very ambitious person. 
Good Luck in whatever u do babe!


Ezzah. Miss u babe!


Balqis
Still cute as always. 
Good luck babe with your new life!


Atiqah Nadiah
Our professor
A little bit quiet nowadays.


And the last character. Budak Gewmok!


Mula mula sampai KLCC jom buat iklan Colgate dulu




Lepaih tuh jom bekpes KFC



sesi ber'camwhoring' dalam jamban menjadi agenda wajib 
setiap kali reuni.













keluar jalan jalan kat park sementara menunggu ketibaan yang berhormat


bila semua vvip tiba




mengimbau kenangan. setiap kali jumpa pun pasti cerita sama
tapi serius tak boring. LOL!


serius giler oh si Tasya siap dengan hand gesture segala





last activity on that day. NGANGKUNG bersama



That's all for now. Happy seeing u guys. hope to see u again next time. I love u all!

Wednesday, December 01, 2010

What 's up?




I got a ring from 03-8XXXXXX0
(never appeared before)
hisshh siapakah?


"Hello"

"Err Hello too"

silent....

"Hey, it's me Tasya"

"Oh it's you, i thought stranger"

"Hahaha..so, what's the plan"

"As i stated before, will be arriving at your place tomorrow night"

"Oh okay...Emm hey, do you have sport shoes dear?"

"Yup i do have it, why?"

"What if we go hiking"

"Haa..where and when" ::excited::

"Broga...sunrise view. Is it okay?"

"Waa..it's been too long i've dream to go there. LOL."

"Ok then. See u" 

"See u too. Bye" click...





Wow..what? Broga Hill. Just can't wait. InsyaAllah this becoming December 2 we'll hike Broga. 
So, wait for my update!..huhu

way too.....*undescribeable* erkkk is this word ever exist? haha whatever!

Tuesday, November 30, 2010

Dui bu Qi ! 对不起 !




Dui bu qi !
Maaf dalam bahasa melayu kita
Oh! itu bahasa mandarin ye kalau ada sesiapa tak tahu. Tak percaya sila buka new tab atau tekan 'control T' pastu type google translate sekarang. Sekarang ye !




Dah. Dapat kan? tu lah...tak tipu punya. Maaf memang mudah sangat diucapkan tapi sangat sukar untuk memaafkan? Mengapakah begitu? Sebab dah memang asas perempuan mempunyai hati yang sangat fragile, sangat sensitif. Sekali terasa panjang pula rajuknya. Dan oleh kerana sifat asas hati perempuan ni fragile jugalah, marahnya pasti tak lama sangat. Tiba masa pasti akan memaafkan jugak. Macam enjin kereta yang panas lama kelamaan sure akan sejuk juga. Cuma kena sabar sikit je. 




Tiba tiba...di malam yang hening ini (ceit ko ingat ko tulis novel ye?)

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada pengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir sedang berkumandang. 
Layan lu ah!




Nak lirik penuh sila GOOGLE le sendiri malas betul ampa nih!

Dan tibatiba juga riak takbur mode :: saya pandai cakap mandarin ::


我的名字Adahunny。我二十二年。我来自吉兰丹州。现在我就读的UTM。我喜欢所有的游客,我的博客读者。我的爱好是喜欢写博客。我的志向是成为一名教师。我有一个男朋友。我很喜欢他。

Wǒ de míngzì Adahunny. Wǒ èr shí èr nián. Wǒ lái zì jí lán dān zhōu. Xiànzài wǒ jiùdú de UTM. Wǒ xǐhuan suǒyǒu de yóukè, wǒ de bókè dúzhě. Wǒ de àihào shì xǐhuan xiě bókè. Wǒ de zhìxiàng shì chéngwéi yī míng jiàoshī. Wǒ yǒu yīgè nán péngyǒu. Wǒ hěn xǐhuan tā.



cop mohor rasmi

Sunday, November 28, 2010

Puaskah kau sakiti aku?




Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah Sayangku?



Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku



Mungkin hanya bila ku mati
Kau 'kan berhenti' tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini...



Puaskah-Wali Band

Saturday, November 27, 2010

Syok oh lagu ni- terbaikkk- two thumbs up!




Bagaikan Bidadari-Tomok





(intro)
Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama



(korus)
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi




(ulang intro & korus)
Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga



(ulang korus)
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku

jom ah layan bideokelip dia



Hot Tips for your LIPS



Full Bodied Lips

- Skip the lip pencil. If that is sacrilegious, then soften the outline   with your finger.
- Go matte instead of gloss or shine.
- Choose deeper, muted colours like purples, browns and bronzes to soften the fullness.




Thin Lips

Draw a neutral-coloured pencil slightly beyond the lip.  Then apply lipstick. Your lipstick will catch onto the liner to give an illusion of fuler lips.
- Apply lip gloss to the middle of the bottom lip to make it pop and appear fuller.
- Wear lighter, brighter shades,


Bottom Heavy Lips

- Use a lip pencil of the same shades as your lips.
- Then use a brown lip pencil to draw a second line in the middle of  the   upper lip.
- Apply lipstick. The brown will blend in and your upper lip will look fuller












Let's give a try!!!!

Don't despair and never loose hope





Everytime you feel like you cannot go on. You feel so lost that your so alone. All you is see is night and darkness all around. You feel so helpless you can’t see which way to go. Don’t despair and never loose hope. Cause Allah is always by your side
Insha Allah 


You’ll find your way. Everytime you commit one more mistake you feel you can’t repent. And that its way too late. Your’re so confused, wrong decisions you have made haunt your mind and your heart is full of shame. Don’t despair and never loose hope. Cause Allah is always by your side
Insha Allah 



You’ll find your way. Turn to Allah He’s never far away. Put your trust in Him. Raise your hands and pray

OOO Ya Allah


Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah by Maher Zain


Datang bulan

bila datang bulan
semua perkara yang kita buat semua rasa tak kena
itu belum lagi kalau orang lain buat salah
senang je nak melenting kat orang tu kan
lagilagi kalau ada boipren
sepatutnya boipren ni kena take note la bila gepren dia datang bulan
bukan apa at least kalau gepren dia tetiba je marah tak tentu pasal
or marah sebab perkaraperkara kecil yang tidak sepatutnya
dia boleh consider la ngan apa yang si gepren dia tu cakap
maklumlah time tu memang la si gepren nih dah naik hangin satu badan kan
emm datang bulan yek?
agakagak ada tak orang yang datang bulan tapi still cool relax je
takde rasa nak hangin langsung
ade tak ade tak?



Thursday, November 25, 2010

Kebetulan yang bukan kebetulan

Baru je bercakap cakap pasal kebetulan bukan kebetulan with the buddiez tadi. Paham tak ngan phrase kebetulan yang bukan kebetulan  ni sedara? Pernah tak dengar kalau mata kiri anda bergerakgerak dengan sendiri orang cakap ada benda buruk bakal jadi. Katakan mata anda bergerakgerak sendiri then lepas tu anda jatuh longkang and anda pun cakap "patutlah mata kiri aku gerakgerak tak berenti dari tadi nak jatuh longkang rupanya". Anda sebenarnya dah menuju ke arah syirik sebab percaya anda jatu longkang sebab mata anda bergerakgerak walhal sudah memang ketentuan yang tertulis di Loh Mahfuz lagi anda akan jatuh longkang pada waktu dan ketika tersebut. Itu lah yang dipanggil kebetulan yang bukan kebetulan. 





Ada lagi, waktu sekolah dulu majalah Remaja tersangatlah femes kan. Sebab apa? sebab kat belakang tu ada zodiak. Beli je Remaja terus selak kat bahagian zodiak then baca pernyataan tentang nasib masing-masing kat zodiak tu. Kalau ada admire kat someone tak lupa untuk baca zodiak budak yang di admired tu. Pastu siap cakap "eh match la aku ngan dia". "eh betul laa zodiak ni sama macam kejadian yang berlaku pada aku". Amik kau nah ngucap balik. Itu syirik namanya, mana boleh nak predictpredict apa yang bakal berlaku kat diri kita melalui zodiak tu. Semua tu kan kerja Tuhan. Memang la kadangkadang tu apa yang tertulis tu kena ngan diri kita tapi seperti yang aku cakapkan tadi la tu semua adalah kebetulan yang bukan kebetulan. 





Tadi pergi ngeteh ngan buddies gelak bagai nak rak mendengar cerita-cerita lawak mereka. Sumpah gelak macham nak pecah perut. Pipi pun rasa lenguh gila sebab asyik duk gelak aje sampai orang lain pun pandang kami semacham dua macham ajer. Lantak ah ada kami kisah? Janji hepi...hehe. Nak dijadikan cerita, aku pulak yang sedang mengalami kebetulan yang bukan kebetulan sekarang ni. Orang tuatua cakap kalau gembira@gelak@galok terlebih tandanya lepas tu mau nangess. Itu orang tuatua cakap aku tak percaya. Tapi iyalah memang kebetulan yang bukan kebetulan betul lah sebab sekarang aku memang macham mau nangess. Mood aku tetiba down disebabkan kenyataan yang aku anggap aku tak dapat nak terima. Ok fine taknak cerita kat sini. Tapi itu je aku boleh cakap aku sangat sedih sekarang. 





moral of da story: sampai hati awak buat saya!!! saya percayakan awak tahu tak???

Wednesday, November 24, 2010

Luahan hati seorang manusia bergelar pelajar


Lama betul rasanya i tak bermanja kat blog nih. Hari ni i nak manja puas puas. Nak story pasal final exam yang macham hareemmm + hampeh + spoil dan sama waktu denganya. Harap maklum. Pada awal sem hari tu bukan main lagi berazam nak study betul betul untuk sem ni. Kononnya nak kejar CPGA dean list sebab dah tak sempat nak kejar first class. Kalau CGPA dean list tu sempat la sikit sikit walaupun semput. *KONON*Sekarang dah semester ke enam dan ada lagi dua semester untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian di UTM, United Kingdom (Eh gila kau tahulah jeles tak dapat pergi oversea) hahaha..apa apa ajalah.






Harapan pada awal semester;

* tak nak tuang kelas 
berjaya lah konsisten untuk sebulan pertama. Masuk aje bulan kedua dan seterusnya faham-faham ajalah labuuuu. Bila dah sekali buat onar nak buat lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kelas yang paling banyak tuang semester ini haruslah kelas Kimia Fizik. tak minat oh fizik. selama lebih kurang 14 minggu tu hanya beberapa kali je berjaya menghadirkan diri ke kelas walaupun lecturer tu suka buat kuiz secara tiba-tiba. Dua kuiz dah burn. hehe still cool babe! hotakkk kau...jangan fail sudah. carry mark dah pun keluar untuk subjek tuh and Alhamdulillah dapatlah goodgood. Walaubagaimanapun, kelas Oral English langsung tak pernah tuang sebab setiap minggu sentiasa ada task baru. huhu bangga dengan pencapaian tak pernah ponteng kelas untuk satu subjek.





*nak terus buat ulangkaji lepas balik kelas
konon tak nak bagi study banyak banyak time final. sudahnya macam tu lah jugak gayanya. macam mana nak ulangkaji dah kelas pun asyik tuang. Rasanya semester ni mengadap notes time ke kelas je kalau kat bilik atas inisiatif sendiri nak buka notes dan setadi. JANGAN HAARAP. Sudahnya buka lappy dan buka mukabuku ataupun paling tidak pergi jalan jalan kat blog sebelah menyebelah. layan gosip artis dari siang sampai malam. apa kau ingat kau wartawan?



sekadar hiasan semata mata tiada kena mengena langsung dengan empunya blog ini. hehe




So, sekarang tengah final exam. Paper pertama, kedua dan ketiga tak dapat nak perform dengan baik. Tapi paper keempat goodgood lah. Alhamdulillah. Lusa paper kimia fizik. Yeaay tak tahu satu benda pun. Ini ke student? confused! Lepas tu paper kimia koordinat. subjek yang paling diminati. semoga sempat untuk study dan jawab dengan baik (see, baru nak study). Last but not least paper sociology. Harap En. Jamal baik hati bagi soalan yang senang senang aje tau. 

Rumusan cerita hari ini: Kau jangan nak perasaan nak kejar dean list. hahahaha *mental disoder*

Semangat yang hilang

urgh...aku tak mampu nak handle stress yang melanda

kalaulah...
aku seorang student yang istiqamah
kan bagus

kalaulah...
aku seorang yang rajin
kan lagi bagus

kalaulah...
aku suka pergi kelas walaupun satu haram pun tak paham apa yang diajar
kan bagus juga

kalaulah...
aku selalu berbuat kebaikan
bagus juga tu

kalaulah...
aku pandai jaga hati agar tak tercemar
paling bagus!

kalaulah...
aku boleh jawab final exam dengan baik
sukanya hati

kalaulah...
aku pergi study sekarang sebab esok ada paper
pun satu idea yang baik. daa~chow

-adios amigos-

Wednesday, November 17, 2010

Lembu, Korban dan dot dot dot!


"hai nama saya cik mbuu buu..esok saya akan jadi lauk"

alololooooo....kecian kat cik mbuu buu kita esok dia dah nak kena 'cut throat'.  Selamat menjadi lauk lah ye. hihihi... Whatever pon aku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. SELAMAT MENJAMU SELERA. 

WhAteVEr: Kepada si 'heartbreaker': thanks sebab berjaya broke my heart.

Monday, November 15, 2010

KAHWIN


It's been a while.....yeah miss you too!

kali nih aku nak cerita pasal kahwin. best oh kalau dapat kahwin awal. ishh gatal nye. meh garu meh. hehe
Negeri aku tercinta ada buat satu program KAHWIN PERDANA untuk 100 pasangan yang layak. bestnya rasa macam nak pergi daftar je. cerita ni dah lapuk sebab dah dua tiga hari lepas kot tapi aku nak post juga. meh baca jom


KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan 
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November 

WhAteVEr: baru je baca sinar harian dalam tu cakap masih ada tempat lagi. so, sesiapa yang berminat boleh la gi daftar sekarang....ingat tak entry lama aku? klik link nih. ok bye! kahwin pree ni bai...syok oh!

Tuesday, November 09, 2010

Kompilasi tips untuk perut KEMPIS menawan!



urghhh perut moncett. mencikkk!

1. Perut muncit sebab makan tak sikit
so, apa nak buat? jom kita review tips dari blog kevinzahri.com. Bagi sesiapa yang malas nak terbang ke blog dia boleh baca kat sini je. 


  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melakukan beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sesi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
2. Petua bagi yang malas nak buat senaman bagai.

Petua 1
Kamu bancuh segelas teh tanpa gula then, perahkan sebiji limau nipis. Minum. Konfemmm tercirit lepas tuh. hahaha serius weh. Buat la hari hari kempis la perut tu.
*sesiapa yang ada gastrik harap jangan tiru langkah ini


Petua 2

Kamu amik sedikit kapur makan dan perahan jus limau purut. Then, gaul kedua dua bahan hingga sebati. Sapukan campuran bahan tersebut pada perut kamu setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia kering pagi esok baru basuh.

Petua 3
Kamu beli losyen Secret Garden untuk bakar lemak tu. Sapu kat perut dua kali sehari tiap tiap hari. InsyaAllah berkesan hendaknya. Secret Garden tau jangan beli yang Dunia Herbs atau Yusmira Trading. Bukan kata tak jadi, tapi lambat kesannya berbanding Secret Garden. Mengikut pengalaman kawan dan diri sendiri. Tapi jangan jadi macam aku dua tiga hari je maintain sapu. Lepas tu dah tak amalkan. Hampas kelapa betul. 

3. Cara lagi mudah

Kamu pakai je korset. Kan berlambak di pasaran. Pakai selalu insyaAllah jadi.


Amalkan la kalau nak pewoot yang macam nih

sexxayy...lalalalala~

perghhhhhhh!
Mudah je sebenarnya kan...mau tak mau aje masalah nye. Bak kata pepatah..jeng jeng jeng...

"uhuk uhuk uhuk...hendak seribu daya, taknak seribu dalih"


WhAteVEr:teringat pulak gaya cikgu bahasa Inggeris(Sir Muhamad) aku cakap pepatah ni waktu aku darjah lima. Beliau selalu cakap pepatah ni kalau ada budak yang tak siap homework yang dia bagi. *sambil cubit pewoot ooo* sakit. Aku pernah rasa gak. hehe