Salam alyke everyone. Okay cam biasa. INTRODUCTION pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeee...hehe
Fuhh!*sambil buat gaya Awal Ashaari* lega rasanya bila dah lepas killer paper hari ni. Sukanya, dah boleh manjakan diri dengan belog tersayang nih. Banyak cerita nak karang tapi tunggu masa dan ketika yang sesuai je. So, inilah masa dan ketika yang sesuai untuk mengarang. Okay, sila bagi perhatian sekarang ! (macam cakap ngan anak murid plak). Hari ni nak tulis pasal AD(singkatan bagi Antidot) punya diet. Dah lama sangat peram entry nih. Dah masuk hari kelima diet dah pun. Maklum lah ke'bz' AD membataskan waktu untuk karang entry panjang-panjang. Hoho
Ok. Skrol atas sekarang! huh? Diet biawak? apakah?. Berapa banyak tanya daa.
*'Mode serius'* Diet biawak nih sebenarnya takde kaitan langsung pun dengan biawak. Nama saintifiknya ialah Dr. Atkins. Haha pandai je aku reka cerita. Korang percaya?*angguk-anguk*. Haha jangan marah ye. Takde pun istilah diet biawak sebenarnya. Yang sebetulnya adalah diet yang diperkenalkan oleh Dr. Atkins. Korang kenal Dr. Atkins?*angguk lagi*. Tipunya korang ni. AD kenal sorang je name Atkins, tu pun pengarang buku 'Atkins Physical Chemistry'. Agaknya orang yang sama ke ek? Tak kisah la. Yang penting sekarang ni nak cerita pasal diet yang diperkenalkan oleh beliau. Diet ni mula diperkenalkan pada tahun 1970an lagi. Tapi tidak mendapat sambutan sangat pada masa tu.
Tapi semenjak dua menjak nih, diet nih mula menjadi sebutan dan topik hangat para blogger termasuk lah AD sendiri. Hoho teruja (*_*). Okaih sambung. Tak sabar nih nak kongsi.Semuanya bermula bila pada suatu hari AD pun tak ingat dari mana datangnya link belog si
Dzul nih. Lalu AD terklik la belog dia. Tengok entry macam menarik je. Pasal kurus tu beb! Wa dah lama berangan nak kurus ni. Serius uolz, AD terkejut tengok si Dzul tu. Dia takde pun ambik JM5 ke, Pil Herba Orang Kampung ke, Marie France Bodyline ke, or yang seangkatan dengannya lah. Banyak sangatlah nak senarai pendekkan. Apa yang dia buat? Ok, dia amalkan diet mengikut plan diet Dr. Atkins ni la. Percaya atau tidak, Dzul berjaya kurangkan berat badan dari 150kg jadi 80kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Wah maveles kan.
Plan diet nih ada 4 phase dimana phase pertama dikenali sebagai Induction. Dalam proses induction, kalau buat betul betul insyaAllah boleh turunkan 10-15kg uolz. Dan tempoh induction pula dua minggu. Lepas tu masuk phase-2 (on-going weightloss), phase-3 (premaintainance), dan phase-4 (Lifetime maintainance). Diet ni menghadkan pengambilan karbohidrat. Sebelum ni selalu jumpa orang yang diet kalori je. Tul tak?*sila angguk lagi*. Diet karbohidrat means kita tak dibenarkan untuk mengambil nasi, roti, dan pelbagai jenis yang sama dengannya lah. Tapi kita boleh amik makanan yang selain dari karbohidrat seperti ayam, daging, ikan, cheese pon takpe. Huhu bestkan, amat sesuai lah untuk seorang 'food lover' macam AD. Tapi kalau diet kalori biasanya akan menyebabkan kita lapar dan bertambah gemuk (ikut pengalaman AD). Sebab apa? sebab malas nak baca kandungan kalori makanan nih, main hentam je semua tolak batu ngan kayu je. Tu pun makan jugek ubi 'kayu' n air 'batu'. Nasib engkau lah AD, gemuk la engkau sampai bila-bila. Tu lah pasal AD kena berubah. BERUBAH ! ok.
Haha sebelum ni cakap je nak diet tapi badan duk still maitain cute camtu gak*adeh aduh, jangan la baling telur* gurau je lah. Ye lah...tak cute pun. Hihi. Bukan main lagi kononnya terima cabaran orang "ok, korang tengok lah masuk sem depan aku slim mesti korang ternganga". Cuba tanya kawan-kawan AD and boipren AD, dah lali dah dorang semua dengar ayat tuh. Nak muntah agaknya kalau dengar lagi. Hoho. Ya lah dari sem 2 duk cakap camtu sekrang dah sem 5 taaaaak jugak kurusnya. Makin gegem adalah ! Siap sanggup beli JM5 lagi tuh semata-mata untuk kurus. Tapi beb, ni semua kalau tak nekad and niat tu tak datang dari hati ko makan lah apa apa pun, tok sah cakap la. Memang tak jadi punya. AD, biasalah hangat hangat tak hengat je. Mula-mula je makan JM5 tu. Abis satu kotak baru 2kg turunnya. Then, pastu naik balik. Menyampah. (Dr. Rodzmi sila jangan saman saya) Sebenarnya, JM5 pun berkesan jugak, dia mengamalkan diet kalori. Seperti yang AD cakap tadi lah, diet kalori tak sesuai untuk food lover macam AD nih. Sebab tu lah JM5 tak memberikan kesan sangat pada AD. Lagi satu AD tak suka senaman and jogging. Hehe. (AD suka tidur je).
Pipi kembung. Boipren AD panggil. Hehe
AD yang baju merah tu. Takkan yang baju putih tu pulak kan
Tengok apa yang AD pegang tu.....Hahaha....Very chubby la derr!
Tapi gambar-gambar tersebut kira ok lah sikit. Cuba tengok yang terbaru ni
Hah...ambik kau! Ketiga dari kiri. Boolat tak hengat. Tengok lah apa yang AD melantak tuh. =)
So dengan naked nya, eh eh eh nekad laa. AD nak try la diet yang diamalkan oleh Dzul tu. Sambung cerita tadi yek. Lepas baca je belog dia, esoknya AD terus start diet. So, masuk hari ni dah hari kelima. Cepat je waktu berlalu. Macam-macam dugaan terpaksa AD lalui. Ececeh...salah satunya terpaksa tahan orang perlekehkan AD "eleh, boleh ke kau diet", "aku nak tengok berapa hari je kau bertahan". Thanks to u olz yang keluarkan dialog-dialog sepeti itu. Sebab dengan dialog korang lah AD jadi bersemangat, cekal, tekad, nekad dan naked..opppss i did it again ! Tak tahu lah kenapa AD dapat nekad sampai macam ni sekali. Apa yang penting sekarang ni bukan 'kerjasama' k, tapi nekad dan niat dalam hati. AD dah bosan jadi gemuk, lepas ni AD nak shopping baju size S, M je taknak dah size L dan XL or kadang-kadang XXL. Errrrhh malunya...
Alhamdulillah. Selama 4 hari yang dah lepas, hari ni AD bangun tidur terus timbang. Kekekeke...tak boleh timbang sokmo sebenarnya. Tapi gatal nak timbang gak. Nak tau! berat AD dah turun 2.5kg dari berat asal. Hoho. Cayalah. Kredit to Dzul. Kenapalah AD tak jumpa belog si Dzul nih awal-awal lagi ek. Hrmm..Kalau tak mesti dah kurus sekarang kan. Ahahaha berangan ! Ok pada korang yang curious nak tau lebih lanjut tentang apa yang boleh makan atau tak boleh makan dalam diet ni sila pergi lompat ke belog ini.
Saya Nak Kurus. Tentang menu AD plak nanti AD update lain. Panjang sangat dah ni. Jenuh korang nak baca nanti. K chiow! opppsss..jangan lupa bantu AD klikk Nuff jika ada iklan ye..Thanks korang..Mmmmuah!