dah masuk bulan MARCH weh. Aku suka. Sebab bulan March bulan cinta aku. Lantak ah orang lain nak bulan Februari. Amik ah korang. Aku nak bulan March jugak. Nak tahu kenapa? Kalau nak tahu je lah. Boleh skrol ke bawah. Bawah sekali tau. Ok
Sempena bulan cinta aku, aku ada nak kongsi something interesting. Tahap cinta kamu. Jom kita tengok sama-sama. Disebabkan oleh kekangan masa sebagai seorang student yang komited *ececeh* aku akan post setiap tahap setiap hari.
TAHAP PERTAMA: Bunga cinta sedang mekar
Masa: Dari bulan pertama sehingga bulan ketiga perhubungan terjalin
Pernah dengar tak orang kata emmm tiga bulan pertama semuanya indah. Gaduh-gaduh pun takde. Betul lah tu. Sebab situasi di tahap ini selalunya amat indah dan mengasyikkan. Awwww!!! Seluruh tubuh kamu akan terasa getarannya apabila bersemuka dengan si dia, begitu juga sebaliknya. Tahap perhubungan pertama ini memang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta *ala-ala lagu Misha Omar gitu* dan kemesraan. Rasa tak? rasa tak?. Sebenarnya tanpa disedari, kamu dan si dia saling memberikan 'hint'. *hint apakah?*. Selain dari itu kamu selalu berusaha untuk tampil menarik di hadapannya, begitu juga dengan si dia. Kalau boleh kamu dan si dia sentiasa berdoa untuk sering bersua. Walau sehari tak jumpa, terasa umpama sebulan tak berjumpa. Chaaaiiiiit.........
Kemesraan: Setiap detik, setiap saat seluruh urat nadi kamu berdua bergetaran, menandakan tafsiran hati walaupun tidak dinyatakan secara langsung. Ikuti 'irama cinta' yang sedang dimainkan. Tetapi ingat, sentiasalah bersikap wajar. Ya, ingat tu kawan-kawan! Jangan terlalu rakus untuk mendorong hubungan ini menjadi lebih intim. Bukan apa, takut impian tak seindah harapan!
Cuba periksa: Benarkah kamu merasa getaran cinta seindah yang digambarkan di atas ketika bersama si dia?
p/s: hoi cuba korang google image taip perkataan 'bercinta'. aiyokkk aku tak bertanggungjawab!!! cuba lah. Ok bye!
No comments:
Post a Comment