Masa: Enam bulan sehingga setahun
Kamu mula berfikir untuk jangkamasa yang panjang, jadi tidak hairanlah kamu mula ingin mengetahui tentang si dia lebih mendalam. Semasa di tahap pertama dan kedua, kamu hanya memandang ke arah positif sahaja. Tetapi apabila memasuki tahap keempat, barulah kamu akan menyedari sedikit keburukannya. Kamu sering menuduhnya sudah banyak berubah padahalnya memang tidak pernah berubah. LOL! Cuma kamu baru menyedari sikap buruknya selama ini. Kamu mula melihat si dia berbeza dari pandangan sebelum ini. Kadangkala kamu sering terfikir adakah ini penghujung cinta kamu? Sebenarnya pasangan romantis juga sering menghadapi perkara sebegini. Cuma pandai-pandailah kamu mengawalnya agar hubungan kamu tidak mula bergoyah. Walaupun kebosanan mula melanda, tetapkan semangat kamu dan singkirkan segala prasangka. Jangan segan silu untuk berbincang ataupun meluahkan perasaan kalau kamu dan si dia benar-benar menyayangi antara satu sama lain.
Kemesraan: Mungkin juga pada awal saja kamu berasa curiga kerana frekuensi kemesraan sudah mula berkurangan. Namun semakin lama kamu pasti boleh menerima kenyataan bahawa percinta pasti ada pasang surutnya juga. Tatkala menghadapi tekanan carilah jalan penyelesaiannya bersama. Jangan mudah bersikap lepas tangan kerana ia akan menjadikan sebelah pihak tidak bertanggungjawab dalam menjaga hubungan. Cubalah saling bersikap jujur dan berfikiran terbuka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kamu berdua.
Cuba periksa: Adakah kamu berdua suka membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan risiko di atas tindakan yang diambil itu?
"The more one judges, the less one love"
-Honore de Balzac-
No comments:
Post a Comment