Masa: Enam bulan seterusnya
Di waktu ini, banyak persoalan mula muncul tentang hubungan kamu dan si dia. Walaupun agak rapat, namun masih tiada kata putus untuk menentukan sejauhmanakah hubungan itu. Malah perasaan sangsi mula menjelma dan kamu sendiri belum mengetahui tentang dirinya sepenuhnya. Si dia juga kerap berkata sesuatu menandakan hanya dirinya yang terbaik buat kamu. Namun begitu ini tidak bermakna kamu patut menerimanya tanpa perlu berfikir terlebih dahulu. Masih banyak lagi perkara yang patut kamu cungkilkan tentang si dia. Apapun kalau hati sudah suka, kamu berdua patut bersungguh-sungguh untuk mendalami hati budi masing-masing. Saat ini tentu saja pelbagai ujian akan menimpa, tetapi sekadar menguji sejauh mana kesungguhan hubungan intim ini.
Apa yang terjadi saat ini: Kamu berdua mula menyesuaikan diri demi menjaga hubungan. Namun begitu sebenarnya terbuka luas 'dunia khayalan' yang kamu berdua sendiri cipta hingga membuatkan kamu dan si dia sukat untuk berhadapan dengan realiti sebenar. Contohnya, kamu mengharapkan si dia seperti jejaka/ gadis yang sering diimpikan tetapi pada hakikatnya dia tidak mencapai tahap sebegitu. Kamu mahupun si dia tidak sepatutnya bersikap hipokrit, maka eloklah 'membuka' topeng yang menutupi wajahmu selama ini. Bersikap wajar dan bersedia menghadapi kenyataan. Kadangkala apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Kadangkala apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Sedarilah hakikat ini!
Cuba periksa: Adakah kamu berdua sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan dalam jangka waktu yang panjang?
"Love seems the swiftest but it is the slowest of all growth.
No man or woman really knows what perfect love
until they have been married a quarter of century"- Mark Twain
No comments:
Post a Comment