Nuffnang

Friday, March 11, 2011

Segalanya YA dengan YES: SAYA BANGGA JADI UTM-IANZ


Hey. Anda tahu tak YES tu pedia? Ya cikgu. Pedia? Yaa cikgu. Pandainyaaa. Bukan itu ya anak-anak. YES disini bukan Ya, tapi broadband terpantas di abad ini. Ko nak nak dunlod movie? Toksah cakap ah memang laju gila. Satu movie sejam je kot. Nak layan youtube sampai muntah pun boleh, tak ada buffering. *P1Wimax mak pon kalah noxx*.

Tambahan lagi kalau anda adalah pelajar UTM. Lagi special tau, sebab YES ni dia join venture dengan UTM. Siap ada tower dia lagi kat dalam UTM. Coverage hang toksah cakap lah, memang merangkumi seluruh UTM yang besar nih. Tak macam P1 Wimax mak nih ada lompang sana lompang sini. Malang sungguh aku berada diluar kawasan, tapi sib baik dapat connection jugak. Dah lah YES takde contract. Kalau ikutkan hati nak je aku pakai YES tapi apa boleh buat contract P1 pun tak habis lagi. Tak tamak pulak kannnn. Pasal spec lain aku malah nak ceghita. Hangpa klik je lah YES. *boleh layan citer korea sampai demam*

Lagi, apa yang specialnya ialah kita sebagai pelajar UTM  memang dah siap berdaftar ngan YES. Kalau anda semua dah ada broadband sendiri, anda just kena pergi amik ID anda untuk YES LIFE. Pedia pulak YES LIFE nih? Meh nak cerita sket meh...

1. Pendaftaran percuma

Seperti yang telah dinyatakan kat atas tu, pendaftaran adalah percuma dan automatik didaftarkan oleh pihak universiti. Omjayyy!!!aku memang suka benda-benda free macam ni. Tapi untuk amik ID je kalau nak broadband kena bayar RM99.  Anda hanya perlu pergi ke kedai YES yang terletak di Arked Meranti dan cakap nak amik ID YES LIFE sambil tunjukkan kad matrik anda kepada customer service. Nanti dia akan bagi ID, PASSWORD dan MSISDN. MSISDN tu kinda like no. telefon anda lah. No. dia starting with 018. My no. is 018-9365**4. *feel free to drop me a message*. (@_@). Bagi membolehkan anda menggunakan YES LIFE melalui desktop or laptop anda hanya perlu download installer dia. Nanti customer service tu akan  beritahu bagaimana caranya. Software dia ala-ala ym gitu je.

This is how it look

2. Kadar paling rendah, hanya RM0.09/min or sms

Dengan YES LIFE anda semua dapat buat panggilan dari desktop or laptop  ke handheld (telefon bimbit) di merata-rata tempat dan ke semua telco cuma dengan kadar RM0.09 per minit. The cheapest rate I've ever found. Sumpah paling murah, Celcom paling murah pun RM0.15. SMS ke semua rangkaian pun RM0.09 juga. Also through your desktop. Kalau anda pergi oversea rasanya tak perlu buat roaming pun.

Then, tahu tak anda tak perlu bayar pape pun tiap-tiap bulan RM9 akan dikreditkan ke akaun anda. Anda hanya perlu guna dan habiskan RM9 tu je. Nanti bila dah habis anda tak perlu topup just tunggu kredit baru pada bulan berikutnya. Menarik tak? Alah RM9 tu dah cukup banyak dah aih. Bukan selalu guna pun, guna time duk kat bilik je. At least boleh lah menjimatkan prepaid main line anda.

Contohnya, if anda semua duk bilik dan tetiba rasa nak call kawan yang berada di Jusco sebab nak kirim Cool Blog, atau pun nak call kawan yang duk kat Restoran Pinang sebab nak kirim ayam penyet, just call them thru your desktop. Memang sangat berguna bukan? Lagi apa yang anda boleh buat dengan RM9 tu ialah anda boleh make calls up until 1 hour 40 min or send 400 sms.


3. Review penggunaan

Setakat ni aku baru try make several phone calls. And it's quite clear la. Eh tak, memang clear pun. Tapi as usual la, tak mungkin akan  se'perfect' call guna phone. Die macam ada delay sikit. Macam bila anda habis cakap, selepas 2 or 3 saat lepas tu baru anda akan dengar kawan anda balas percakapan tu.  Dia macam tak sesuai la kalau anda nak bergayut lama-lama. Nanti ada pulak yang gigit laptop or desktop. Choppp words of the day, MACAM. perassan tak? haha


4. Tutorial

Amboi, siap tutorial lagi noxx.

How to make a call

benda alah ni akan keluar after anda tekan logo call kat tepi sms
(skrol balik ke gambar atas, then cuba cari kat mana logo sms. Clue: warna orange)

How to send sms

benda alah ni pula keluar bila anda tekan logo sms

5. Kesimpulan

Manyak syioookkk woooo........Nasib baik aku masih ada lagi saki baki 1 semester  kat UTM. Boleh lah guna YES pas-puas. Nanti bila dah keluar UTM dah takde special privilage dah. Kalau dah keluar nanti boleh sambung perkhidmatan bagi yang nak sambung, cuma bayar RM 50/month. Tapi kan, syiok woh jadi budak tahun satu sebab derang dapat guna internet lajuuuuuuuuuuuu. (berbaloi la derang nak pakai broadband ni sebab derang nak duk sini lama lagi)



p/s: Aku heran sebab bila time nak buat PSM tak pula keluar idea yang mencurah-curah macam mencurah air ke daun keladi macam aku buat entry ni. pelik betul. Ok bye!

No comments: