Nuffnang

Thursday, March 03, 2011

Tahap kedua: Fantasi Cinta

Orait Hai assalamualaikum...Seperti yang dijanjikan hari ini aku akan cerita pula perihal alam percintaan di tahap kedua. Enjoyce!!!


Masa: Tiga bulan sehingga enam bulan

Di tahap ini, kamu berdua belum menemui keanehan dari pasangan masing-masing. Semuanya masih kelihatan 'perfect'. Inilah tahap hubungan yang paling ideal. Kamu saling mengenali kebaikannya tetapi sangsi dengan sikap buruknya. Walaupun begitu kamu seboleh-bolehnya ingin menutup segala kecelaan dengan mewujudkan cinta sejati walaupun terpaksa bersikap hipokrit. Kamu berdua juga selalu membuang masa semata-mata mahu menunjukkan perasaan cinta terhadap pasangan. Adakalanya kamu cuma menelefon atau pun menghantar SMS berulangkali dalam sehari semata-mata mahu mengucapkan 'I miss U'. Buang masa saja kan? Ye dop?


Kemesraan: Getaran cinta masih terasa dasyat setiap kali kamu dan dia berpandangan. Tapi frekuensinya mula berkurangan kerana sering bertemu. Walaupun begitu, ternyata kamu dan dia mempunyai daya tarikan yang sama cuma sukar untuk menyambungnya menjadi satu. Namun, untuk menimbulkan mood cinta, biarkan saja suara hati yang mengawal otak. Suara hati mampu membuat keputusan terbaik demi perasaan yang berputik. Walaupun begitu jangan biarkan ia tersasar dan berlakunya perubahann drastik terhadap diri sendiri.

Cuba Periksa: Adakah kamu dan sidia mempunyai banyak persamaan dari segi minat ataupun pandangan?



" It is difficult to know at what moment love begins,
 it is less difficult to know that it has begun"
- Henry Wardworth Longfellow


No comments: