Nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Melayu ke, Cina ke, India ke, Kita semua makan nasi

mamat ini sangat patriotik
melawak-melawak juga
penerapan nilai patriotisma tu penting
cayalah matlutfhi90


enjoy the vid peeps!
ok bye

Wednesday, March 30, 2011

Erythrina Subumbrans

 Niat hati memang nak update blog hari-hari
kalau boleh dua tiga pat kali aih sehari
tapi apakan daya masa sangat jeles ngan I
*ni pun curi-curi padahal tengah discuss assignment*

 Oh lupa..nama saya Erythrina Subumbrans
Glamour tak?
hehe..biol betul kena buat assignment pasal genus erythrina nih
btw, tahu ke menatang hape erythrina subumbranimati nih?
the subumbranimati tu sebenarnya is a plant

this plant

banyak terdapat di negara gajah putih
Thailand



that's all for the info
ok bye!!!

Tuesday, March 29, 2011

Happy Birthday My Baby Garl


HAPPY WONDERFUL 23rd BIRTHDAY 
TO

IDA NATASHA DZULKEFLY KUANG

cilok from ur fb. hehe

our old good day


the one and only 'b-boyz' ever in my heart.
do u remember that darl?

*have a blast my dear TASHA
*Heart u always
*Stay cun as always and forever
*may good things always get in your way!
*hidup baik-baik


-XOXO-




Adahunny have a pleasure Saturday with girlfriends


Last Saturday was awesome when I finally got a chance to hang around with my old girlfrands from MRSM-YT Besut, Arina and McYah. 

Woke up early in the morning to pick McYah at her home. Had lunch at Pak Ali's and brought McYah back to UTM. Had a quick visit to Ned's place first before headed to my block to meet Arina. Yes Arina and I  living under the same roof. Hehe. 

McYah seems very happy meeting Ned. Oh, thanks to Ned for the BIG breakfast McD. *Makan lagi*. Then, we headed back to my block and had a little rest while waiting for Arina having her bath. Weyyo..Arina baru bangun tido. Hehe. Oppsss! 

Went to Arina's room. Chit chatting about our old beautiful days in school, flash backing our funniest and happiest memories and not to forget Arina's love triangle. Hahaha. So sweet babe! 

Sila enjoy kebulatan yang terserlah. 

Ready to go out for dinner 

McYah said this picture is sweet. 
at Idaman Sayang Restaurant. we're having ayam penyet

Arina and McYah

This is very funny.

The next destination haruslah ke Pesta Konvo.
That's the main point why I invited McYah to come here in UTM beside saje2 nak jumpa dia.
Amik kau,
 McYah and Arina shopping shawl kaw-kaw
sampai tak sempat nak snap snap pictures
LOL!
Last word 
I am having a very good time with both of u.

See ya next time
ok bye!








Monday, March 28, 2011

Dia dari Marikh dan saya dari Venus (Part II)


Hye, jom sambung cerita. Actually aku blocked fb M bukan sebab gaduh pasal komen kat fb tu pun. Malam sebelum tu ada cerita lain disebalik cerita. Aku cakap kat dia tak payah amik kisah pasal aku dah sebab aku dah bosan. tak tahu kenapa aku rasa macam serabut sangat dengan banyak kerja nya lagi, silap paham dengan M lagi. So, that's why lah aku cakap cenggitu kat M. M terus senyap sampai keesokannya. Aku pulak yang gila gelabah bila M tak mesej pape pun hari tu, terus senyap. Aku tengok dia online kat fb aku tegur, no response. Aku mesej hp, no response. Aku call, no answer. Weyh, dia betul-betul dah tak nak amik tahu hal aku ke wey. Hah tau kau gelabah. Aku pulak jenis yang cepat hangin plus tak sabar plus suka pikir negatif terus amik keputusan well ok, tak nak amik kisah hal aku, block la fb. Haha tu la sebab aku blocked fb dia. 

Then, duk tak sat dalam 15 minint cenggitu dia call. Aku biar je sampai la 3 kali baru aku angkat. 

M : sorry, tadi ada kerja recording sikit. ada apa call? *wah macam takde pape berlaku je kan*
Aku : Memang dah tak nak amik kisah pasal i ke?
M : dah u yang cakap macam tu kan. so?
Aku : Amboi, abis tu kalau i suh u tinggalkan i, u tinggal camtu je la ek
M : errr..takde la macam tu, eemmm...errr..eemmm abis kenapa cari i balik
Aku : i tahu i salah, sorry *haha padahal, aku tak lengkap takde kau, paham tak*

Perbualan berlanjutan selama setengah jam. Dah ok balik aku ngan M. Haha kejap je. Baru sekarang aku sedar aku tak boleh nak dia jadi macam apa yang aku nak. Sebelum ni aku sangkakan dia tak pernah nak amik tahu hal aku kat fb, tapi dia bagitahu sebenarnya hari-hari dia akan buka profile aku, tengok gambar aku cuma tak tinggal jejak je. Kiranya dia suka stalk dalam diam-diam la. Haha see, dia buat pape senyap-senyap manalah aku nak tahu yang dia care pasal aku ke tidak. Haih, M..so, sekarang i kena faham u macam mana. 

Yang best nya, M buka akaun fb aku then tengok aku chat ngan member laki aku tu, yang aku duk kutuk-kutuk dia. Sikit pun dia tak simpan dalam hati, kecik hati sikit tu ada lah tapi dia pikir positif. Dia memang cool, apa-apa pasal aku semua dia pikir positif. Dia kata pasal chat tu, dia anggap waktu tu aku masih silap faham ngan dia that's why dia tak salahkan aku. Haih kenapa cool sangat wahai sayangku M. M pernah cakap kekurangan aku, kelebihan dia dan kekurangan dia kelebihan aku. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Bila sesekali dia keluarkan ayat, huh ayat power terus. Itulah special nya my mr. M. 

Mulai saat ini, aku akan belajar untuk lebih menghargai diri M, belajar bersyukur dengan apa yang ada dan aku berjanji untuk jadi yang terbaik untuk M. Aku akan belajar menerima perbezaan antara aku dan dia.  Dan aku akan menerima dia seadanya sepertimana dia menerima aku seadanya. Semoga hubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Doakan kami juga! 


Sayang mr. M ketat-ketat

-The End-
ok bye!


Maddi Jane - Jar of Hearts (by Christina Perri)

Sunday, March 27, 2011

Dia dari Marikh dan saya dari Venus

Men are from Mars
Woman are from Venus

       Ok, pernah dengar tak? Tajuk sebuah buku motivasi yang sangat bagus. Mengisahkan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan yang sepatutnya kita kena amik tahu. Before that, aku bakal mencarut panjang kali ni kalau suka teruskan bacaan kalau tak suka. BLAH..eh tak ah kasar sangat bunyinya tu. Tak suka pun u all baca jugak, tak pun klik advert then blah. Eh so whatever lah! 


      Hari ni instead of siapkan segala kerja yang sepatutnya aku siapkan, tetiba rasa macam nak cerita pasal diri aku yang bangang tak reti-reti nak bersyukur ni. Baru sekarang nak buka mata dan pandang semua yang before ni aku sengaja tak nak pandang. Baru sekarang rasa nak menghargai segala kebaikan yang si dia buat. Aku gelarkan si dia sebagai M. Aku kenal M dah lama, 4 tahun. 4 tahun jugalah usia hubungan kami.


    Di awal perhubungan aku banyak suffer sebab M tak pernah ada awek before dia dengan aku. Aku dengan dia ada masalah komunikasi sikit. Bila call dia banyak diam je sebab tak  tahu nak cakap apa dengan aku. Aku yang sejak azali ni jenis cakap banyak memang sangat hangin la kan dengan perangai dia. Aku masih ingat, waktu tu aku dekat UMS, Sabah. Aku pernah nangis waktu cakap telefon dengan dia sebab asyik aku je yang banyak cakap. Haha manja kan aku ni, pasal tu pun nangis bagai. 


      Lagi, aku suffer sebab dia sangat tak romantik, tak seperti apa yang aku harapkan. Well, all girls out there wish they will have a romantic man kann. hehe. Aku ni jenis lebih-lebih sikit, konon nak dia layan aku macam princess. AH MEMANG TAKKAN AH DIA NAK LAYAN CAMTU KAN. Aku terlebih berangan kot. Lagi-lagi bila aku lepas baca novel cinta atau pun lepas tengok drama korea. Ye lah watak lelaki dalam tu memang la semua nak sweet dan romantik je. Apa lagi, mengamuk-mengamuk la aku nak M jadi macam tu. Haha so childish. MEMANG. Kau tau tak M ni jenis yang tak pandai nak buat surprise, tak pernah nak bagi bunga, and tak pernah nak sorok-sorok belikan something yang kau suka lepas kau cakap depan dia

"eh, I suka la kasut ni. Cantikkan"

      Percayalah, dia akan buat tak tahu je. Hadiah birthday pun dia tak pandai nak decide nak belikan aku apa dia. Kena aku mintak dulu, baru dia belikan. Ya, dia jenis yang aku kena mintak dulu baru dia akan belikan. Aku rasa cara aku layan dia adalah cara sebagaimana aku nak dia layan aku. Aku suka tunjukkan yang aku sayang dia. Aku selalu ucapkan kata-kata sayang dekat dia. Tapi dia jenis yang takkan tunjuk dia sayang. Macam kalau kau berangan tiba-tiba dia akan hantar mesej "sayang, I miss U, I love U". Oh jauh panggang dari api. Dia takkan buat. Aku ada lah yang selalu buat macam tu. hehe malu...see, memang nampak aku yang lebih-lebih.


      Dan oleh sebab itulah, aku dengan dia suka gaduh-gaduh, suka main clash-clash pastu rujuk balik. (tah berapa kali clash dah, tapi mostly tak sampai 3 hari pun)hehe.  Aku pulak jenis yang apa aku cakap, apa yang aku suruh, aku nak dia ikut. Kalau dia tak buat or tak nak ikut mula lah aku merajuk marah-marah. Maybe sejak dari kecik, aku dah biasa dapat apa yang aku nak. And sampai sekarang, kalau aku nak sesuatu aku akan usahakan sampai aku dapat. Tak bagus kan. Macam haram je perangai.


      Actually, we can't always get everything that we want in this world. Kena accept that fact! Contohnya, aku sebenarnya harapkan aku akan dapat lelaki yang romantik. Dan bila aku tak dapat lelaki macam tu, aku macam nak ubah M jadi seperti apa yang aku nak. Hah, baru jumpa point sebenar. Aku nak M jadi macam lelaki idaman aku. Aku nak dia jadi romantik, alaa..macam dalam cerita korea tuh. haha rubbish!.


   Seorang kawan pun menasihati aku. Dia kata dalam dunia ni, Tuhan dah ciptakan semua benda berpasangan dan Tuhan dah buat semua tu dengan adil. Contohnya dalam kes aku, aku ni jenis yang kononnya romantik, suka tunjuk-tunjuk loving, memang takkan dapat lelaki yang macam aku nak tadi. Aku akan dapat lelaki yang kurang or tak romantik langsung, yang jenis tak pandai nak tunjuk sayang and etc. Cuba bayangkan kalau dua-dua romantik, tak ke lama-lama akan jadi bosan? then, cuba bayangkan kalau dua-dua jenis keras hati, ego, nak ucap sayang pun payah. Berjalan ke hubungan macam tu? That's why la salah seorang akan ada yang jenis lebih-lebih sikit, dan yang seorang lagi jenis biasa-biasa je. Nampak macam tak kisah, tapi dalam hati sebenarnya dia sayangkan pasangannya lebih dari pasangannya menyayangi dia. 


      Dan macam tu lah M sebenarnya, dia jarang ucap sayang tapi sebenarnya sayang dia terlalu dalam. Pasal hadiah apa semua tu kan, memanglah aku kena mintak tapi tak pernah dia hampakan permintaan aku. Semua yang aku nak dia akan penuhi. Ingat lagi waktu tu birthday aku, aku nak jam Casio. Dia mati-mati cakap nak bagi jam Power Rangers pasar malam kat aku. Dan aku pula mengamuk gila masa tu sebab aku ingat dia betul-betul akan bagi jam Power Rangers. Betul, sebab cara dia cakap tu memang macam betul-betul tau. Lagi-lagi bila aku call dia dengar dia borak ngan kakak dia pasal jam Power Rangers tuh. duk cakap pasal ada lampu-lampu semua tuh. Haha aku memang mengamuk sangat. Bodoh gila rasa time tuh. Sampai aku merajuk tak nak kuar sambut birthday dengan dia. haha.


      Padahal kau tau tak apa dia buat? Aku naik je kereta aku tanya dia mana jam Power Rangers? Time tu aku memang dah redha gila la, Power Rangers pun Power Rangers lah. Dia cakap ada tu bawah seat, amik lah tengok. *Gila tak sabar*. Aku amik then buka paper bag tengok ada kotak jam Casio. Gila time tuh aku dah macam berdebar gila. Eh, kata jam Power Rangers, ni kenapa kotak Casio? Dia cakap alah, kotak je Casio, tapi jam memang jam Power Rangers. Ciss, aku pun buka kotak tu laju-laju, then tengok dapat jam Casio betul-betul. Haha gila tak happy aku time tu kan. Aih aku dalam hati cakap romantik juga mamat ni, tapi romantik dia cara lain. Bukan senang tau dia nak jadi macam tu. Sampai sekarang aku tak ganti-ganti jam tu walaupun dia cakap nak belikan aku jam baru. Aku cakap taknak sebab jam tu kenangan gila kot. Banyak sangat perkara-perkara yang aku tak sangka dia akan buat, dia buat. Dia dah banyak improved.


      Baru-baru ni aku gaduh lagi dengan dia, tak tahu kenapa sebulan sebelum ni aku layan dia gila macam shit. sikit-sikit nak marah dia walaupun dia hanya buat kesalahan yang kecik. Sampai dia pun perasan benda tu. Aku selalu marah dia sebab dia tak selalu komen or interframe kat facebook aku. haha cam budak-budak. Aku rasa macam dia tak amik tahu pun perkembangan aku. Aku jeles tengok pasangan lain kat facebook tuh. Ya la aku tak harap pun dia akan komen jiwang-jiwang ke hape. Aku pun tak suka kalau macam tu. Aku cuma harap dia akan komen setiap gambar aku ke, setiap post aku ke. Ini tidak, langsung tak menunjukkan kewujudan dia. Sampai ada orang pernah tanya aku ngan dia dah takde pape ke sebab tak nampak mesra pun kat facebook. Haih sampai macam tu sekali.


      So, aku dengan sengajanya melayan komen-komen kawan-kawan lelaki dengan gaya gatal. hehe. Sampai satu hari tu dia call aku cakap aku nampak gatal kat facebook. Aku macam so what? dah dia tak pernah pun nak interframe kat sana then why nak bising-bising bila aku komen-komen dengan orang lain?. Jahat tak aku?..hehe. Untuk sekian kalinya aku gaduh dengan dia, aku blocked dia dari facebook aku, then aku chat ngan kawan lelaki aku yang aku duk gatal-gatal tu. Aku macam duk kutuk-kutuk la M kat kawan aku. See, sangat jahat. Then..*panjang sangat daa, sambung next entry*


bersambung....




Sunday, March 20, 2011

Sakit

asyik sihat je
sekali sekala ada jugak time sakit
time Allah nak uji kita
taknak bagi kita lalai
disamping nak menyucikan dosa-dosa kecil


kita asyik happy je
kadang-kadang sampai lupa pada DIA
MasyaAllah, jangan
abis, time sakit je baru nak ingat?
MasyaAllah, jangan
jangan macam tu


whatever condition it is
kita sakit ke
kita sihat ke
kita sedih ke
kita gembira ke
selalu ingat DIA


sebab DIA tak pernah lupa kita walau sedetik pun
DIA sentiasa sayang kita
kita je pura-pura tak tahu
sebab tu jika kita nyaris kena something yang terrible
jangan cakap macam ni
"nasib baik, Allah sayang aku lagi"
salah tu


kenapa nak kena cakap macam tu
sedangkan Allah tak pernah TAK SAYANG kita
TAHU?
ALLAH SENTIASA SAYANG KITA


ingatlah, sakit sikit tu hanyalah ujian
mungkin sebab sebelum ni kita alpa
selalu lupa padaNYA


Semalam kena diarrhea
hari ni nak bangun dari katil pun susah
sakit pinggang
hoho muda lagi dah sakit urat


ok bye!

Saturday, March 19, 2011

Mak Andam wannabe!!

Aloh, mak andam wannabe?
haha NOOB oke

hari ni walaupun aku kena diarrhea 
aku masih kuat untuk tolong lukis-lukis
muka kawan-kawan aku yang nak menghadiri 
Pre-graduation Night Dinner

amboihh jeles oke aku tak dapat pergi
ingat tak entry ni?
oke tak klik pun takpe
bagi aku habis cerita dulu

ni ha..aku ni bukan pandai sangat mekap orang
setakat gitu-gitu je boleh la
masih NOOB 
like i said before

so, takyah la nak judge aku
eh blog eh..


before

after

ehem ehem nama dia Fadhilah ya.
 single lagi


before


after

ini pula namanya Syikin
pun single lagi
ehem ehem



arghhhh...jeles, nak pergi jugak weh




ok bye!
makan jap



kredit gambar before touch up
dari facebook derang sendiri

Pocket Monkey

Pocket Monkey bukan Pocket Money
atau
Monyet Saku bukan Duit Saku
*sila abaikan google translation*




cute terlebih kan menatang nih


nama saintifik menatang ni adalah 
Pigmi Marmoset


boleh ditemui di hutan-hutan hujan 
Brazil Barat
Columbia Tenggara
Ecuador Timur
Peru Timur


monyet yang paling kecil di dunia
panjang badan hanya 14-16 sentimeter
berat monyet jantan sekitar 140g
berat monyet betina sekitar 120g



sebelum ni rasa macam menatang kat bawah ni paling cute


rupanya ada lagi yang lagi cute
serius kalau ada kat Malaysia ni
aku nak bela sekoq



ok bye!









Aku rimas dan lemas

PROJEK dalam bilik hostel

Jeng jeng jeng....
aku sekarang kan rajin betul projek
hari-hari aku projek dalam bilik hostel aku

balik je dari kelas terus projek
kadang-kadang tu langsung tak pergi kelas pun
ye lah kalau dah malam tu projek sampai 5 pagi
macam mana aku nak bangun pergi kelas pukul 8 kan
memang tak ah...

gila kan aku?
projek je pandai sekarang
sampai langsung tak pandang benda lain
betul, tak tipu
dan ini memang serius

sampai kadang-kadang lupa pasal makan
tersedar pun bila jam dah pukul 4 petang
perut berkeroncong, baru ingat nak cari makan

nak kata syiok sangat tu tak juga
tension lagi lah ada


PROJEK SARJANA MUDA 
punya pasal la aku jadi macam ni
dapat pula supervisor yang super cerewet
hantar draft berkali-kali
berkali-kali la juga asik kena betulkan
sangat tension oke
ok bye!




p/s: clean up ur dirty mind please. Trololololololol!!!




Kagum disiplin Jepun


Seperti semua sedia maklum
rakyat jepun sangat berdisiplin
kaya dengan tatasusila dan penuh tertib
sehinggalah ditimpa tsunami 
habis semua hancur musnah
namun disiplin mereka tetap terjaga

boleh nampak tak derang masih boleh beratur
kalau kat negara kita takde nya der...
belum tsunami pon dah potong queue bagai

serius sangat respek dan kagum
agak-agak tak beragak bila kita nak jadi macam 
Jepun. I mean disiplin rakyat kita


no wonder why they can be developed faster
tengok la jap lagi mesti tak sampai 2, 3 tahun pun nak maju balik
whatever it is, let's pray the best for them
and kita minta dijauhkan dari bala bencana
amin



ok bye!


sumber foto dari abang serius

Friday, March 18, 2011

Nilai dan Ranking blog HANIS ZALIKHA dalam Malaysia

Tetiba rasa nak share pasal ranking blog HANIS ZALIKHA kat sini.  *capslock lagi. Oh I peminat beliau OK* But that doesn't mean I'm LESBO!!!LOL. Well ada mau kipas sikit la, Hanis memang seorang yang baik dan yang paling penting dia TAK sombong. Rajin je dia reply tweet aku. OK fine! Aku tau dia pun reply tweet engkorang semua.  Ada aku kesah, tetap mau show off di sini. 

okay ini tweet pertama dari beliau
tweet kedua
ketiga
and this is the latest. Terharu oh masa dapat tweet ni sebab seingat aku, aku wish beliau good morning and beliau tak lupa untuk wish aku good nite. Agak kembang kempis hidungku waktu menayangkan tweet beliau pada kawan aku. Hahaha LMAO


Yes, aku tahu ramai dah tahu tentang rank beliau.  Tapi tetap mau  tayang juga.



Blog dia  mendapat tempat ke 398 di Malaysia. Wow!!! hebat bukan? Mendapat pelawat seramai 7,228 sehari. Ramai tu. Agak-agak boleh agak tak berapa earning Nuffnang dia dapat? Hanis, mintak sikit boley? Damn, aku tak pernah nak dapat cashout pun earning aku sebab RM50 pun tak capai lagi. Jeles ngan u ok Hanis. 


Ha, ni yang paling menarik. Nilai blog beliau RM188, 149.09 beb. Hanis, tak nak jual ke blog anda? Hehe. 


By the way, how aku bleh tetiba rajin check rank blog Hanis? Sebenarnya aku check nilai blog aku.


Hahaha langsung tak tersenarai dalam rank pun. Nilai blog pula baru RM1,038.94Eh ok what, lepas lah nak beli satu lagi blackberry. Hoyeah..lalala~~ Daily pageview is less than10 orang je. Oh terharu sebab ada juga yang sudi singgah. Well, arigato kepada pelawat-pelawat.



Selain itu, aku sempat merajinkan diri atau dengan frasa yang lebih tepat membizibodikan diri check nilai blog yang femes-femes kat Malaysia. Antaranya seperti blog cik jejar a.k.a JEJARIRUNCING. Dan ini hasil dapatannya


agak memberangsangkan

Dah lah, nak sambung buat kerja. Selingan je nih. Nak tahu nilai blog anda? Rasieeeee. hehe takde lah sila klik SINI. Ok lah got to go, till then. Ok bye!!!

 

Wednesday, March 16, 2011

The first thing i wanna do when i meet you is...





Hug and cry on your shoulder






"True friendship is like sound health, 
the value of it is seldom known until it is lost."
 - Charles Caleb Colton

Sunday, March 13, 2011

SUCCESS



Success is having a flair 
for the thing that you are doing, 
knowing that is not enough,
 that you have got to have 
hard work and a sense of purpose
-Margaret Thatcher  

Saturday, March 12, 2011

(Review) Filem Hikayat Merong Mahawangsa



Oi blog, sebelum aku tido aku nak jugak update satu lagi entry. Tadi aku ngan kawan-kawan pi tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Baru dua hari ditayangkan. Filem yang sangat boleh dibanggakan sebab bagi aku sangat setaraf dengan filem-filem antarabangsa. Segala penat lelah dan jerih perit adik beradik KRU ternyata tidak sia-sia. Aku bagi 8/10 stars untuk filem ini. Serius sangat kagum. Huh sampai sekarang masih terasa keterujaannya. Langsung tak rasa membazir aku keluarkan RM10. Aku memang peminat cerita Melayu. Sebelum-sebelum ni pun selalu gaduh ngan member-member sebab berebut nak pilih antara cerita Melayu atau cerita omputih. Tapi aku rasa filem ini paling the vas the boom kau memang the boom lah. Tho still ada lagi sedikit cacat cela. That's why aku just bagi 8/10. 

Sebelum aku review panjang lebar lagi, nah ini sinopsis English version. aku malas nak translate.

Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ’The Chronicles of Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveler who came to Asia several hundred years ago. The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia… one hundred years before the period of the Three Kingdoms. As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds. However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsa’s fleet was attacked by Geruda’s forces while stopping at a small island to replenish supplies. Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilizations from the East and West ?


Itu antara serba sedikit intipati filem. Ada banyak part menarik, kelakar ada sedih pun ada. Tapi tadi masa aku pi tengok panggung tak penuh pun. Maybe orang fikir cerita Melayu apalah sangat kan. Hoiii korang kena pi tengok, siyes. Tak macam tengok cerita Melayu. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh dicontohi. Selain boleh memberi kesedaran betapa pentingnya sejarah kita. Lepas tengok filem ni baru aku tau Merong Mahawangsa ni adalah raja kedah yang pertama. Dah belajar dulu tapi tak amik port sangat. Aihh tak boleh cerita banyak-banyak nanti tak suspen. Yang paling penting hero nya sangat handsome. Muscular gilaaaa. Tapi dah jadi suami orang. Tak yah berangan!!!






Kenapa ko kena pi tengok filem ni?

1. Of course la ko kena support orang kita. Bukan apa, sebab filem ni memang sangat superb. Orang kita dah up dah, boleh lawan hollywood ah tak lama lagi.

2. Ko takkan menyesal melaburkan RM10 ko. Sebab confirm ko akan puas hati.

3. Grafik yang sangat cantik. Memang ko akan nampak lakonan tu macam real although ada lah part-part yang masih kena sharpen lagi. 

4. Tak ada scene romance geli-geli yang mampu buat ko muntah dan menyampah

5. Scene action yang sangat mendebarkan

6. Filem yang memang sangat lain dari typical filem Malaysia yang banyak berunsurkan percintaan, percintaan, percintaan dan percintaan serta percintaan. You get me? Cuba senaraikan tajuk filem-filem Malaysia sebelum ini. Berapa banyak ko dapat perkataan cinta? ahah...

7. Boleh bantu ko hapal sejarah yang semakin lama semakin ko pikir tak penting

8. Ko akan perasan budaya PUNK memang wujud sejak zaman 120 AD lagi. haha

9. Ko boleh tengok 'the mawas man'.

10. ko leh gelak kat Ying Ying yang hillarious


tengok trailer pon dah superb

eh ada jugak part yang failed. huhu ada satu part yang obvious, masa lawan tak nampak pun Merong luka banyak tapi apabila dia dibawa berubat tu nampak banyak gila pula lukanya. Serius ko akan perasan sebab memang obvious gila. 


p/s: serius aku nak tengok sekali lagi cerita ni. Next week punya to do list. Ok bye!

Friday, March 11, 2011

Segalanya YA dengan YES: SAYA BANGGA JADI UTM-IANZ


Hey. Anda tahu tak YES tu pedia? Ya cikgu. Pedia? Yaa cikgu. Pandainyaaa. Bukan itu ya anak-anak. YES disini bukan Ya, tapi broadband terpantas di abad ini. Ko nak nak dunlod movie? Toksah cakap ah memang laju gila. Satu movie sejam je kot. Nak layan youtube sampai muntah pun boleh, tak ada buffering. *P1Wimax mak pon kalah noxx*.

Tambahan lagi kalau anda adalah pelajar UTM. Lagi special tau, sebab YES ni dia join venture dengan UTM. Siap ada tower dia lagi kat dalam UTM. Coverage hang toksah cakap lah, memang merangkumi seluruh UTM yang besar nih. Tak macam P1 Wimax mak nih ada lompang sana lompang sini. Malang sungguh aku berada diluar kawasan, tapi sib baik dapat connection jugak. Dah lah YES takde contract. Kalau ikutkan hati nak je aku pakai YES tapi apa boleh buat contract P1 pun tak habis lagi. Tak tamak pulak kannnn. Pasal spec lain aku malah nak ceghita. Hangpa klik je lah YES. *boleh layan citer korea sampai demam*

Lagi, apa yang specialnya ialah kita sebagai pelajar UTM  memang dah siap berdaftar ngan YES. Kalau anda semua dah ada broadband sendiri, anda just kena pergi amik ID anda untuk YES LIFE. Pedia pulak YES LIFE nih? Meh nak cerita sket meh...

1. Pendaftaran percuma

Seperti yang telah dinyatakan kat atas tu, pendaftaran adalah percuma dan automatik didaftarkan oleh pihak universiti. Omjayyy!!!aku memang suka benda-benda free macam ni. Tapi untuk amik ID je kalau nak broadband kena bayar RM99.  Anda hanya perlu pergi ke kedai YES yang terletak di Arked Meranti dan cakap nak amik ID YES LIFE sambil tunjukkan kad matrik anda kepada customer service. Nanti dia akan bagi ID, PASSWORD dan MSISDN. MSISDN tu kinda like no. telefon anda lah. No. dia starting with 018. My no. is 018-9365**4. *feel free to drop me a message*. (@_@). Bagi membolehkan anda menggunakan YES LIFE melalui desktop or laptop anda hanya perlu download installer dia. Nanti customer service tu akan  beritahu bagaimana caranya. Software dia ala-ala ym gitu je.

This is how it look

2. Kadar paling rendah, hanya RM0.09/min or sms

Dengan YES LIFE anda semua dapat buat panggilan dari desktop or laptop  ke handheld (telefon bimbit) di merata-rata tempat dan ke semua telco cuma dengan kadar RM0.09 per minit. The cheapest rate I've ever found. Sumpah paling murah, Celcom paling murah pun RM0.15. SMS ke semua rangkaian pun RM0.09 juga. Also through your desktop. Kalau anda pergi oversea rasanya tak perlu buat roaming pun.

Then, tahu tak anda tak perlu bayar pape pun tiap-tiap bulan RM9 akan dikreditkan ke akaun anda. Anda hanya perlu guna dan habiskan RM9 tu je. Nanti bila dah habis anda tak perlu topup just tunggu kredit baru pada bulan berikutnya. Menarik tak? Alah RM9 tu dah cukup banyak dah aih. Bukan selalu guna pun, guna time duk kat bilik je. At least boleh lah menjimatkan prepaid main line anda.

Contohnya, if anda semua duk bilik dan tetiba rasa nak call kawan yang berada di Jusco sebab nak kirim Cool Blog, atau pun nak call kawan yang duk kat Restoran Pinang sebab nak kirim ayam penyet, just call them thru your desktop. Memang sangat berguna bukan? Lagi apa yang anda boleh buat dengan RM9 tu ialah anda boleh make calls up until 1 hour 40 min or send 400 sms.


3. Review penggunaan

Setakat ni aku baru try make several phone calls. And it's quite clear la. Eh tak, memang clear pun. Tapi as usual la, tak mungkin akan  se'perfect' call guna phone. Die macam ada delay sikit. Macam bila anda habis cakap, selepas 2 or 3 saat lepas tu baru anda akan dengar kawan anda balas percakapan tu.  Dia macam tak sesuai la kalau anda nak bergayut lama-lama. Nanti ada pulak yang gigit laptop or desktop. Choppp words of the day, MACAM. perassan tak? haha


4. Tutorial

Amboi, siap tutorial lagi noxx.

How to make a call

benda alah ni akan keluar after anda tekan logo call kat tepi sms
(skrol balik ke gambar atas, then cuba cari kat mana logo sms. Clue: warna orange)

How to send sms

benda alah ni pula keluar bila anda tekan logo sms

5. Kesimpulan

Manyak syioookkk woooo........Nasib baik aku masih ada lagi saki baki 1 semester  kat UTM. Boleh lah guna YES pas-puas. Nanti bila dah keluar UTM dah takde special privilage dah. Kalau dah keluar nanti boleh sambung perkhidmatan bagi yang nak sambung, cuma bayar RM 50/month. Tapi kan, syiok woh jadi budak tahun satu sebab derang dapat guna internet lajuuuuuuuuuuuu. (berbaloi la derang nak pakai broadband ni sebab derang nak duk sini lama lagi)



p/s: Aku heran sebab bila time nak buat PSM tak pula keluar idea yang mencurah-curah macam mencurah air ke daun keladi macam aku buat entry ni. pelik betul. Ok bye!

Thursday, March 10, 2011

NAK iPHONE4 PERCUMA TAK???


iPHONE4 ni babes!

Kalau nak klik lah link kat bawah ni ya.

Don't you always envy those people who can swipe and double tap with fingers on their phones? And now I can be one of them cause #DiGiiPhone4 is giving out iPhone4 with just an upgrade on your current line!

(Must Watch) Nina, the cutest girl on the block

Hello guys, anddddd Assalamualaikum. It's been a while, yeahh I know that. Lil bit busy with some crazy and hectic works that even makes my life in a big chaos. Oh well guys, have you ever watch or even knows a supa dupa cute girl named Nina? Do you or don't you?? It's okay, I'll bring her to you. But before that let me give you a brief explanation...naaaaa not in brief, I mean a simple  explanation about who her was. All I know is her name is Nina, not quite sure how old she was, maybe 5 y.o this year.  Her papa is an American and her mama is Japanese. That's mean she is Japanese-American. Can you imagine how cute she could be? Ohhh please be patient I'll show her pictures later. The most cutest thing I found in her is she can speak in bi languages, Japanese and English. I found it interesting and cute. I'm in love with her, I tell you. Ok here's the pictures..tadaaaaaa...........



Couldn't find more pictures of her. 

Hence, the videos
 
This is Nina, first year and a half

This is cute......arghhhh wanna meet you Ninaaaaa
wanaa cubit your cheeks.

This.is way too cute by Nina, she's intelligent

Nina is playing doctor with her mama
(In Japanese, sounds so cute)

And this is her latest video

If you guys want to watch more, you can just go here geofg


I wish to have daughter as cute as her in the future. Really love her damn much. Please don't grow up Nina. Hehe can you stay be a kid forever? Of course can't, I know. Ok bye!