Nuffnang

Saturday, April 23, 2011

Jom ushar laptop dwiskrin sentuh Acer ICONIA 484G64

Untuk pengetahuan semua, lappy aku memang dah nazak tahap kerbau kena langgar lori. Dengan button ON yang dah tanggal, bila nak on je kena capai skrewdriver atau gunting atau apa-apa je lah yang muncungnya tajam. See, betapa nazaknya lappy aku. Tu tak masuk lagi tang cepat panasnya. Tengah syiok duk menaip thesis or tengok movie korea tetiba je padam. Tak ke hangin satu badan kalau macam tu. huh! Sedih :(

Teringin nak beli lappy baru. Tengah ushar yang nih. Dah ada ke belum ek kat Malaysia?


Sebuah laptop keluaran Acer
Acer ICONIA 484G64




Sedikit info

ACER Sales & Services Sdn Bhd (Acer), mencuri tumpuan pasaran komputer peribadi di negara ini apabila memperkenalkan laptop dwiskrin sesentuh ICONIA 484G64 yang ditunggu penggemar gajet.

Memikirkan masa depan teknologi skrin sentuh, Acer ICONIA 484G64 menawarkan kaedah baru yang mengasyikkan untuk melihat dan berinteraksi dengan video, gambar, laman web serta filem melalui skrin 14 inci tanpa papan kekunci fizikal. 

Ia memberikan pengalaman visual berbeza yang membolehkan ciri multimedia digerakkan mudah dengan jari menerusi teknologi ‘Gesture Editor’. 

Sekiranya pengguna meletakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian bawah skrin, ia akan mengeluarkan papan kekunci maya QWERTY bersaiz penuh.

Satu lagi aplikasi khusus untuk model ini ialah ‘Social Jogger’ yang mana pengguna boleh memeriksa komen dan perkembangan terbaru pada akaun rangkaian sosial mereka sekali imbas serta menggunakan kedua-dua skrin untuk melihat lebih banyak kandungan.

Tambah menarik, ICONIA 484G64 menampillkan keunikan Acer Ring. Dengan hanya meletakkan lima jari ke atas skrin dan membuat pergerakan seperti menggenggam, Acer Ring akan muncul serta membuka aplikasi seperti TouchBrowser, TouchPhoto, TouchMusic dan TouchVideo. 

Melalui aplikasi dan teknologi Acer Ring, pengguna mampu melakukan pergerakan atas skrin untuk zum, memusing, menyelak halaman dan skrol. 

Model terbabit pernah diumumkan sebagai pemenang pertandingan ‘Last Gadget Standing’ yang diadakan ketika Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas awal tahun ini. 


Spesifikasi
 
PRODUK: Acer ICONIA 484G64 
HARGA: RM3,699
PEMPROSESAN: Intel Core i5-480M 2.66 GHz
MEMORI: RAM 4GB DDR
GRAFIK: Intel HD Graphics 128 MB
SKRIN: dwiskrin Dual LED-backlit TFT - 1366 x 768 piksel (2 x 14 inci)
STORAN: 640GB
SAMBUNGAN: 2 x USB,Wi-Fi 802.11 b/g/n, TV output HDMI
JANGKA HAYAT BATERI: 3 jam
SAIZ: 347 x 248.5 x 9-31.9mm
BERAT: 2.8 kg


Sekian berita untuk  hari ini, kita bertemu lagi di hari dan waktu yang sama, esok!

1 comment:

G3-lina said...

hope dapat lah ye! amin