Nuffnang

Sunday, April 24, 2011

Kenapa jerawat tumbuh?

Rimas dan tertekan apabila jerawat mulai tumbuh di sekitar wajah.  Keyakinan diri pun mula berkurang. Dah penat mencuba pelbagai jenis produk namun tak berhasil. Mungkin kita perlu selidik apakah punca sebenar jerawat tumbuh. Orang putih cakap better prevent than cure. (eh, macam tak pernah dengar je. hahaha bantai je tu)

DAHI


Jerawat di daerah dahi berpunca dari haba badan yang melampau dan peredaran darah  yang tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Anda juga mungkin sering mengalami stress. Biasanya anda merupakan seorang yang panas baran. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba pupuk tabiat tidur awal, dan bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air dengan banyak.

 

HIDUNG 

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

 

DAGU

Jerawat di kawasan dagu menunjukkan fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

 

PIPI KIRI

Jerawat di pipi kiri tumbuh kerana fungsi hati yang mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

 

PIPI KANAN
Disebabkan oleh fungsi paru-paru yang mungkin tidak normal. (Don't smoke)

 

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Disebabkan oleh sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan diet yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Aku pun memang mengalami masalah jerawat nih. Huh tension sangat! Tapi tak teruk sangat, aku guna Dalacin T untuk hilangkan jerawat yang tumbuh. Alhamdulillah berkesan. Anda semua boleh la kalau nak try. Boleh beli kat mana-mana farmasi, watson atau guardian. 

atau bagi sesiapa yang mempunyai jerawat yang teruk disebabkan resdung, anda boleh cuba Retin-A. Juga boleh didapati di mana-mana farmasi, watson atau guardian.



ok bye! Till then...jumpa lagi

4 comments:

wiwie sazali said...

nice info..
nway, sye pun pki dalacin t. .. mahal tp berbaloi2..

Adahunny said...

Yess tu lah..lega sikit ada Dalacin T..thanks singgah sini :)

WakafKita11 said...

nice info lh...tq yer

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Woo~~ nice info , kna mkan sayur bnyk ni :D